November 20, 2008

aku telah 'ditagged' !

ini pertama kali aku ditagged oleh blogger.angkara cik waheed! *peace cik waheed* ^________^
jadi aku jawab saja begini ya..

1.what's ur ambition?
honestly,aku pown tarak tau nak jadi apa sikalang.ikut cik waheed kata time sek rendah dolu2 kan cikgu ada tnya kite nak jadi apa kan.bole buat 3 choices.betot x? haha serase nyelah aku pilih pertama, mao jadi cikgu sbb dolu2 cikgula job yg plg aku excited bile dgr.ari2 pown bilang sama mak, "sowk besar org nak jadi cikgu!" *kondifen jew aku* maen ngan kwn2 pown, kalau x maen kawen2 kompemlah maen cikgu2.haha.& kedua,aku pilih mao jadi pramugari.ngee yg neh lagi x buleh handle.aku suke sgt sbb jadi pramugari bole fly mane2 yg kite suke.owh besh2! & ketiga aku pilih mao jadi polis.neh kawan akula punye kije influence aku suro jadi polis.dia ckp jadi polis best.diela ckp.aku x ckp.heee.. lantas sikalang aku plan mao jadi exec finance sbb insyalah akan major coz neh degree nt.or else niaga sendiri.

2.who's more important to u? bf or fren?
ooladida..soalan nehla yg aku plg x suke bila bicara.selalu bila kapel kwn terasa terabai.aku pena rasa kwn yg terabai & jgk dikatakn mengabaikan kwn.*wengs! sebetulnya dua2 pown sama penting.it juz kne pandai2 manage masa tok bf kite & kwn2 kite.so fair enoughla kan?;)

*3.what will u do when you face pressure?
hee ini ques yg aku ubah utk acara tag-mengetag neh.slalu aku bile pressure kompemla hengat bukan2.hati gundah gulana.nak legakan hati dari kecik aku musti kne lompat atas tilam pastu peluk bantal kuat2.muke kasi tutup ngan bantal tuh. then nanges.tu 1 waylaa.cara laen tules diari.luahkan evtin mse menules tuh pastu rs lega yg teramat.even gado or x puas hati ngan kwn2 kan aku kompem tules surat luahan perasaan.hehe time sek dolula buat mcm tuh.tahpape kan.sbb tuh kowt aku suke menules. ;)

4.do u tink u have enough confidence?
tak pena ada strong confidence dlm diri.haha sewius! slalu rs inferiority complex.perasaan renda dri tahap maksima.maseh lagi tak buleh ubah smp sikalang & aku sedar aku ada pwob neh semenjak aku pindah rumah mse darjah 5.mse tuh x hengat punya nerd.dak2 laen sume hawt2 or budget hawtla kan.da bicara suke boy neh,boy tu.
tuka2 kapel.aku mcm culture shock jew time tuh.x pena pikir lgsung bab cintan cintun.dala tuh aku pakai tudung pown berlipat, jerawat beranak-anak.mmg rase sgt2 rendah diri.

5.how many babies u want?
ngeee..aku mao 4 org anak kalau kawen nt.2 laki 2 pompuan. ^_____^

6.do u believe in seeing a rainbow after the rain?
yes,absolutely.sumtime tgk keadaan jgk.

7.what's ur goal for diz year?
goal aku ialah menjaringkan gol utk Malaysia bila lawan MU.haha nolaa kidding! aku hanya ada hasrat utk blaja sungguh2 smp cucur atap.no more henky penky.no more luvvy duvvy.simply becoz i'd enough of it.ala2 yuppies wannabela kowt! x pikir mao settle down unless god says so.insyalah..

8.do u believe in eternity love?
yah..i do.kalau tak aku takkan tunggu sama jejaka chantek. ;) tapi lambat lagila kowt utk itu smua.

9.what's a perfect gf/bf like to u? (list 10)
satu- dia ada basic agama.
dua - dia bole bimbing aku kalau aku salah.
tiga- dia dtg dr keluarga baek2.
empat- dia ada pendidikan.
lima - dia bole tepati ciri2 yg makbah aku nak.
enam - dia bertanggungjawab.
tujuh - dia senang dgn aku which mean buleh terima aku seadanya.
lapan - dia tak berkira.
sembilan - dia bole buat aku ketawa riang ria.
sepuloh - dia sweet dgn cara dia sendiri.

10.what are u really afraid of?
snakes! sgt..sgt..sgt geli & ngeri bile tgk.eiiiyuuu~

11.what is ur current hate?
lelaki gatal.lelaki miang.lelaki kasanova.

12.is there anything u wanna tell da people who hates u?
hopefully tader saper akan benci aku.tapi kadang2 kite x sedar kite ada buat salah kat org kan.for those who hates me (kalaulaa ada)..maaf byk2 atas salah silap aku! harap dpt dimaafkan sbb aku juga x ingin dipersoalkan di akhirat nanti.

13.do u cherish every single frenship of yours?
ofcoz i will. ;) aku x banyak kwn yg betul2 rapat.satu org yg bisa buat aku selesa,aku akan kwn dgn dia sampai mati.

14.what is your recent nite dream?
hahaha.rasenyer aku tak perlu ulang ceritera itu kan?^______^

15.what do u crave for the most currently?
owh sgt2 byk! lately kehendak aku macam2.baju baru.laptop.kamera hebat.shades.photo bang! ahhh..aku kira kalau aku bernaseb baek utk tunaikan smua kehendak2 itu,akan aku suakan buat kalian dlm entri akan dtg ya. ;)

16.most unexpected gift u received so far & when?
mp3 samsung,touch scrin.hadiah bufday dari ex aku.sewius aku syg amat sbb aku suka pada muzika & itu saja yg buleh buat aku mengenang yg indah tentang dia kadang2.kadang2 oke!

17.describe da person who tagged u in 5 words.
hahaha.habeslaa ko waheeda.. :D

satu - nice
dua - specky
tiga - bijak
empat - peramah
lima - humble

18.what have u done to yourself to make yourself happy?
dgr muzika.tgk movie.shopping.be with people yg aku sayang.mkn apa yg aku nak.tidow bile2 yg aku suka.aci redah buat apa2 yg aku nak buat. *giler x senonoh* :D

19.what will u become in another 10 years to come?
mase nehlaa kan, kompem2 aku da kije.kowt2 da kawen so jadi isteri yg solihah. *eceyyh*

20.describe yourself in 3 words.
satu - pemalas
dua - sengal
tiga - penggelak (ada ke perkataan neh?)


tag instruction!
Remove 1 question from above and add in your personal question.Copy and paste these 20 question in your blog. Tag 8 peoples back.

seterusnya aku tag nama2 di bwh ini.hehehe:
  • cik iela pari2
  • cik afy
  • cik azie adyda
  • inchek buttercisco
  • inchek audio
  • inchek ikramtorres
  • cik maira
  • prof kamil? ngeee.. (da out of list ^^)

berOnggeng! D=

sementelahan aku telah habes final..masa2 yg terluang dapatlah kiranya aku beronggeng utk menghilangkan kebuhsanan di rumah. juga dapat aku topup di hari2 yg lampau di mana aku kesibukan melakukan tugas2 wajibul gunnah.eceyh.. gaya macam aku perdana menteri jew sibuk selalu!:D lantas hari itu aku klua dengan kwn baek aku yg sengal, yg aku so-called as si busuk que.da lme menabur janji nak klua dgn que sbnar nyer.kitorunk buat deal, aku treat dia wayang.dia treat aku mcD. *hoyeayhh* akhirnya tercapai jugak impian kite dua kan busuk! ^____^ dapat akhirnya aku mkn itu cheese burger & kitorunk nonton tropic thunder sambil gelak tarak hengat dunia.sewius klaka movie neh! kalian patot nonton, tak rugi! plg x buleh blah,tom cruise jadi gumuk+munchet.pastu buleh pulak buat tarian ala2 hip hop.mmg x begayut-gayutan pulak laa kan dia punya perut tuh kan.suke aku! *ehemm* ahaa..tapi x puas hati betot berani que ketok pala aku time tgh tggu train nak balik.taper dia tak kene makan lagi selipar jepOOn saiz 14.bakal2!




aku & que busuk ;)



ciss! berani u curik cheese burger i.

& smalam aku klua lagi bersama inchek razlan. ;) dia fetch aku kat lrt cempaka, pastu kitorunk pegi time square. nonton wayang juge.movie ialah "hye m bond.james bond!" sequal kali neh quantum solace.not-half bad la.yg pasti byk adegan lawan2,keja2,tembak2 sana sini.sampai satu tahap aku agak pening nonton.akhirnya definitely hero takkan mati kan.bond akan teruskan misi dia yg laen.guess akan ada sequal laen. (bilela dapat nonton madagascar 2 agaknya?)

aktiviti rOnggeng aku yg seterusnya ialah esok.weee mao camping di melaka! ;) dah plan dari time final dgn kwn2 uitm.sedey nyer ada yg x jadi pergi saat2 akhir sbb x dapat green light atau masalah2 seumpamanya.haishh.x seronokla ada yg tader.dala pasneh susa mao jumpe kan,kan..yg ada akan truskan misi.camping di pantai.mlm2 buat barbeque smbl dgr gemersik alunan ombak bergulungan.angin sepoi2 bahasa bertiup.baju aku akan terbang ke depan & ke belakang.lompat2 atas pasir pantai.owh x sabar! aku dah la x packing apa2 lagi neh.ayuh aku packing baju-bajungan skrg! heee..ketemu di laen entri oke. (^_~)

November 16, 2008

terima kaseh pada producer!! akhirnya aku berlakon juga filem HollywOOd..

entri ini agak luar biasa.kalian percaya aku berlakon filem Hollywood? hey, siapa kata producer x mao ambil pelakon dr Malaysia? ^_____^ aku ceriterakan pd kalian babak lakonan aku..

oke, 1 2 3 action! setting lakonan pd suasana yg hingar bingar di USA.watak aku ialah aku & punyai seorang adinda laki2.ahh aku maseh ingat riak muka kami yg cemas.perkabaran yg menyayat hati.ayah kami hilang tanpa jejak! aku x pasti apa pekerjaan ayah,yg pasti dia seorang yg sgt kaya.melangkah masuk pada banglo kami yg mewah,dindingnya bertampal marmar coklat gaya sophisticated.anggun & berkilauan.kami didatangi 2 org detektif siap bersarung tgn.mereka ahli CSI & katakan pd kami kes ini akan disiasat dgn segera.aku sudah kerisauan tahap dewa.jadi, aku & adik atas inisiatif sendiri menyelongkar bilik yg merangkap pejabat peribadi ayah.aku tau ayah gemar baca satu novel ini.novel itu tidak akan ada org yg berani mengusik.senantiasa ada di atas mejanya.tapi kalian..novel itu sudah tiada! pelik bukan?

aku & adik berpandangan.darah laju menusup jantung.aku & adik pasti ayah yg menyorokkan buku itu di mana2.kami selongkar lagi di bawah timbunan buku2 ayah.celahan dokumen2nya.dalam almari buku.jumpa! aku buka novel itu.ada satu nota yg terselit.bunyinya nota itu, "search the knowledges within your heart". (apa kes ayat skrip skematik elektronik sgt neh?) aduhh..apa maksudnya?kenapa ayah tglkan nota ini buat kami? tolong otak! fikir..fikir..

tiba2 pintu pejabat terbuka.sekumpulan wartawan menyerbu.sungguhla tiada masa mao melayan.kami harus selesaikan kes ini.tapi mata aku tiba2 tertancap pada seorang wartawan lelaki ini.cute giler oke! wewitt..kalau jumpa kat Malaysia terus aku ajak kawen. *ehemm* kami keluar dr pejabat atas dasar melarikan diri dari mereka.aku & adik berbincang.lama tiada jawapan.apa maksud nota itu? apa maksud ayat itu? sialan! neuron otak aku langsung2 tiada mentafsir.adik memegang bahu aku tiba2.aku kilaskan pandangan padanya. "John Calhoun.kak, John Calhoun!". "Omigosh..him! da writer!" aku terjerit smbil menarek rambut.ayat itu kalian ditulis oleh si penulis itu.lega! sudah dpt menghuraikan klu dr ayah.kami kembali ke pejabatnya mencari buku John Calhoun secepat mungkin.tiada masa lagi.ayah pasti dlm bahaya! jumpa buku itu,capai & berlari-larian kami menuju ke pintu kereta.


dalam perjalanan,buku itu diselak helaiannya.ada beberapa siri angka.minda aku tangkas meneka.no telefon Rusia? aku mendail angka itu dgn pantas.ada suara merdu yg menjawab.tiba2 kamera fokus pd seorang perempuan molek persis gaya pembaca berita.aku berkira2 samada aku yg mereng atau penulis skrip & si pengarah yg mereng? tapi pengarah kata teruskan! oke,aku aci redah teruskan lakonan.ya kalian,pembaca berita itulah ayah aku yg hilang! =.=' katanya.. "ayah selamat.jgn risau.ayah terpaksa lari ke Rusia utk menyelamatkan diri.ayah sebenarnya anggota KGB,pengintip pro utk mencuri maklumat sulit FBI.ayah menyamar utk mengelak dr buruan mereka.cepat keluar dr USA,selamatkan diri kamu!"

aku & adik benar2 terlongo.kamera fokus pula pada 2 jet pejuang berlepas ke angkasa.situasi makin cemas.kami tiba2 menjadi sasaran ahli2 FBI. (owh! suda ada rasa mcm Bruce Willis dlm filem Die Hard)
lari dr jet pejuang,akhirnya kami tiba juga di rumah.tubuh menggeletar.malam tiada satu pun bintang.pekat & kelam.gesa2 kami masuk ke dlm rumah.menutup tiap pintu & tingkap.firasat aku tdk keruan.aku mengintai di sebalik tabir.ada 2 lelaki bertopeng mengacu riffle pada kami.aku menjerit memanggil adik.bila dia di sisi,aku tunjukkan padanya lelaki bertopeng.arakian itu juga pintu berdentum dgn kuat.hati aku berdebar kencang.lari menahan pintu dr FBI durjana.tiba2 ada sehelai daun masuk di celah pintu.sgt2 nipis.tidak bukan daun tapi bom!! aku terkesima.peluh dingin acap terasa.aku kira, aku mati.mujurnya adik pantas bertindak mengambil & mencampak bom itu kembali pada mereka.

KebabOOomm!!! bom meletup kuat.api marak menyala.asap berkepul2 memenuhi rongga.ahhh sialan! ada lagi FBI yg tidak mati.adik berlari menuju ke dapur.aku menyusup di celah2 perabot mengintai aksi mereka.masih ada yg berkeliaran.mungkin mereka tdk pasti kami masih hidup ataupun sudah selamat tinggal duniawi.aku bingkas ke dapur melihat adik.dia sedang memanaskan air di dlm periuk & dlm periuk itu ada cili kering. "aii mamat neh gaya macam nak masak sambal nasi lemak jew?", kata aku dalam hati.sambil2 tu angkat kening double jerk.hermm aku dr tadi x puas hati sama penulis skrip yg mereng.dlm skrip aku perlu tanya dia.. "nak buat apa dgn cili neh?" dgn gaya yakin yg jitu dia jwb.. "nak simbah FBI.biar dorunk menggelupur kena air cili panas." dlm hati aku berkira2. "FBI pakai riffle.kalau diorang tembak sempat ke nak simbah air cili?" hailaaa..

& tiba2 juga lampu terpadam.segala mak nenek lighting & gambaran pada kamera sudah tiada.hitam.. kosong... kelam...aku kedipkan mata dek silau cahaya.mata terus tembus menghala kipas yg berputar di siling.aku dekat mana? bila masa aku atas tilam neh? tadi bukan keeeee...ngeee mimpiiii!?!! hek'eneee.. ingatkan betul2 berlakon filem Hollywood.ciss kurang asam punya mimpi! =.='


p/s: untung2 buleh win award pelakon wanita terbaik lepas neh kan..kan? kalah erra u! aaawww...^^

November 15, 2008

the storyteller

"Today, after making about 50 television commercials and six feature-length films, after winning 11 international awards, I often feel like I don't know the first thing about filmmaking. But I know this much:

If your intentions are pure, if you apply your craft with a view to observe humanity and, ultimately, God himself, very often something powerful will surface. And the next thing you know, hordes of strangers from all around the world are stepping forward to tell you "the story of their life or how their father died." (yasmin ahmad)

it is pleasing me when i read those words.yasmin is well-known for her extraordinary ways of making film, always tryin to do sumtin dat we less expected. ;) yet she's still keep her head down over anytin.yes anytin eventhough she have won so much awards in her career history.da very 1 thingy i like about her is passion.do 'ur thing' sincerely & make it pure.reading her blog perhaps cud help me out to be more passionate.haha indeed it is.thnx yasmin! =)

November 13, 2008

sayOnara.mOga kita jumpa lagi!


prolog:


awanan biru. acap kali aku bercerita tentang dia.ya awanan biru yg sentiasa mengekori injak kaki aku ke mana jua. di balik jendela kecilku, sambil2 menopang dagu aku ralit melihat gugusannya.aku rasakan ruang rasa yg tercipta antara kami.seperti sahabat.mistikus.*senyum* hatta, aku cepat kalihkan punggung malasku dr kerusi plastik putih. aku capai kamera yg tidak hebat langsung, lalu aku snap piccie ini.biar kami sentiasa bersama walau aku tidak lagi di sudut itu.sayOnara sahabatku!
.....................................



masa benar menoktahkan segala.3 tahun di UiTM Johor, kini sudah berakhir.hati terakhir final, menyusuri jalan pulang aku jerit dengan kuat sambil mendepang tangan... "lihatlah dunia!!!! lihatlah pada aku!! aku sudah merdeka & bahagia!!.." puas.rakan-rakan menggeleng kepala dan tersenyum.waima, aku kesah apa. ;) terlalu byk yg aku hadapi.terlalu byk yg memberi rasa.secara jujur pertama kali aku ke mari, aku lgsung2 tiada berperasaan.tidak memilih & tidak juga menolak.*sigh* perasaan aku ubrak-abrik.lewat usia 18 thn,aku kira aku maseh anak-anak hingusan.mengerti tidak pada kesusahan.mungkin aku terlebih manja & mengada.waktu persekolahan,baju sekolah dibasuh mak & abah.digosok juga oleh abah.kasut selalu saja dibiar di bilik air.siang & mlm ralit pada rancangan tv.bila dibebel aku merajuk menghempas pintu kamar.bermasam muka & bertelingkah dgn abah kerana membanding-bandingkan aku dgn ank rakannya yg 10 kali ganda rajin & baik dpd aku.dahulu aku nafi tapi kini aku mengerti.ahh aku benar si dungu yg biadab.bila aku diterima ke matrikulasi aku seperti hilang akal.pertama kali singgah di istana asrama.namanya berdikari bukan? utk mengeja berdikari itu pown aku sudah terpisat-pisat.aku pernah menangis 1/2 jam tanpa henti arakian tiba-tiba terpandangkan piccie mak & abah di meja blajar.aku tak pernah fokus pada pembelajaran.hanya tau mengira hari2 utk aku pulang ke rumah.itu pown selalu saja dihantar & dijemput dari gopeng ke ampang.stress.sgt2 stress.markah kuiz 0.cgpa mid sem 0.00.selalu aku menanges.aku telefon mak mengadu.katanya.. "bole buat.Insyalah bole" mak sgt yakin pada aku.tak pernah memandang enteng anaknya.tapi tiada apa yg aku balas untuk dia kalian..*sebak* waktu terima keputusan sem 1.sudah aku jangka aku gagal.hatta aku dibuang dari matrikulasi.hari yg sama, abah di hospital sedang dibedah. diagnosis dari doktor: sakit jantung.pertama kali aku bersua muka dgn abah, soalan pertama abah ialah keputusan exam. abah sakit tapi abah maseh risaukan pasal aku.*diam* pulang ke rumah, mak duduk di pintu & menanges.*diam* Ya Allah itu pertama kali mak menanges sebegitu di depan aku.sebab aku.semua salah aku.besarnya dosa aku pada mak & abah.sgt2 besar kalian..sehingga kini aku kesali & aku tangisi.
......................................





nafasku bejat.itu pertama kali aku melihat segala apa yg dilihatkankan oleh kanta mataku pada panorama di UiTM Johor.kalian lihatlah piccie di atas.indah bukan? ^____^ jejak tanahnya,aku tekad tiada lagi aku yg dahulu.perlu aku bangun & tdk sekali pandang belakang lagi.aku langsung2 tiada menanges tika ditinggalkan.sudah aku katakan,aku tiada berperasaan. *senyum sinis* tinggallah aku di sini diulit segala hapak & harumnya kehidupan.
ahh bunyinya ironik.tapi itulah dia.itulah hidup aku 3 tahun ini.walau susah mana, walau aku bersungut keletihan, walau aku berkecil hati & tak mampu teruskan lagi, tiba-tiba akan ada lintasan memori itu yg membangkitkan aku dari lena.syukur pada Allah s.w.t yg sering mengingatkan aku tika alpa..


kau dibuai mimpi dia jaga
kau bersenang dia berkerja
untukmu tiada terbatas
memberi tak minta dibalas


ingin dibinanya untukmu
kehidupan yg sempurna
punya kekuatan jiwa
punyai maruah


leterannya dari rasa luhur
menegur sebelum terlanjur
itulah yg diwarisi
pesan ibu terpahat di hati


beringat-ingatlah berpesan pesan
utk kebaikan
marah bukan kebencian
tapi tanda sayang


engkau semaken dewasa
berjiwa merdeka
sedang dia semaken tua
membilang usia
di saat kau berjaya
dia tiada berdaya
semoga kau tak lupa
jasa bonda & ayahanda

maaf kalian..air mata aku tak dapat diseka lagi.tiap kali aku ingat memori itu.tiap kali lagu ini yg mengulik jiwaku,pasti bah air mata ini.sungguh aku maseh rasakan dosanya aku pada mak & abah.tidak apalah kalau pernah aku susah sejemput cuma.tidak apalah kalau aku menanges tika aku menyiapkan asgmnt yg tak pernah henti.tidak apalah jika aku tidur di meja atau di atas lantai kerana aku tak mahu tidur lama utk tiap test & final yg menanti.tidak apalah kalau aku sepanjang hari di atas kerusi menelaah ilmu walau aku rasa aku sgt2 penat.tidak apalah itu semua.tidak apalah berbanding apa yg mak & abah aku lalui utk aku & adik beradik yg lain.mereka lebih tahu erti kepayahan & jerih.mak..abah..aku hanya mampu berikan ini utk kalian.
..................................





epilog:


aku telah kembali pada syurgaku. lihatlah dunia!! lihatlah padaku!! biarkan aku hirup nikmat ini.benarkan aku jajahi kamu.dampingilah aku bahagia walau kadangkala aku akan sunyi tika kamu berpaling.peganglah erat & dakaplah aku agar aku tidak tergelincir.UiTM di hatiku.maseh.terima kaseh buat segalanya.sayOnara.mOga kita jumpa lagi! ;)











































October 20, 2008

bila tugas aku mao selesai?cepatlaahh!

prolog:
maaf kalian! ini saja mampu aku suakan buat masa ini.kalam aku tidak buleh meriwatkan kisahnya.bukan tidak mahu.aku benar sibuk kebelakangan ini.hampir pada final exam,maken ligat waktu mengejar.terkontang-kanting.ahhh sialan! maaf sekali lagi.


.................
pertengahan:
aku maken kuat makan.moody & tension.jadi jiwa aku fikir yg tidak tidak patutnya.
aku ini benar gilak.owh aku suka.terima kaseh.


..................
akan ada byk perkara yg berlaku dalam sehari dua lagi.akan aku kabarkan di entri akan datang.
tunggu ya kalian! ^____^


...................
epilog:
tugas sudah memanggil.pukul 2.29 pagi.jadi aku tak akan lena di perbaringan.hanya melihat.
msg sudah masuk.*oke aku mengerti!*
pergi dulu.susul kemudian.

October 16, 2008

rOmantika


aku punya dua rasa yg berbeza hari neh.
*sigh*
itu hari..harijadi seseorang.
aku tak wish pown kat dia.
& m not gonna do dat aswell.
sebab pertama, dia langsung tak ingat harijadi aku bln julai yg lepas.
betapa hati aku tersinggung sbb neh.
tapi x buleh jgk nak blame dia.(yekew?)
sebab kedua, aku tak mao ingat apa2 lagi yg berkait dgn dia.
aku ego.aku akui.
noktah.




saat seperti ini.
aku kenang2 pada jejaka chantek.
aku berfantasi dia.
jiwa aku sudah dirasuk mood romantika.
*senyum*
ketika dia muncul,aku rasa ada debar.
muka merona merah.
tapi aku tau mata aku bersinar. (*macam piuter lepas kasi kilatlaa konon*)
tiada siapa yg akan mengerti.
perasaan itu sgt dalam.
biarkan aku di awangan.
bergantungan tanpa jejak.
dia bisa berkongsi rasa bersama aku. (*ehemm*)
memandang aku dgn senyuman manis.
lalu terbuai dgn petikan gitar dia.
suara yg polos & asyik.
hampir saja air meniti di birai mata. (*ahhh cepat2 kesat*)
lepas itu aku..


*oppsss!*


err..maaf kalian.
aku ini gemar berfantasi!
berseorangan di bilik,jiwa aku juga nakal bermain-main. ^____^
episod lepas tuu..x payala bagitau.heee..

October 13, 2008

owh aku lupe lagi!

aahhhh sejak dua menjak istinjak neh kan..aku rasalaa neuron otak aku da maken pupus atau pown suda senget kowt.sebab tuh jgk byk fius2 dlm kepala suda putus menyebabkan aku jadi hilang ingatan tahap asbestos.aku berkira-kira dlm hati. "aku kenape ek?" "kowt2 aku kene pergi medical checkup lepas neh?".

ada sekali (eleley ckp jela tiap2 kali!) aku chat atau msg dgn ber'orang-orang', aku mesti lupe apa yg dia sembang2 sama aku.oke cthnya.. "u study kat mane?". "eh bukan i da gtau ke tadi"."ngeee..yekew u ada gtau?"."yee.da gtau.u mesti lupe kan!"
haaa..betul3!! (buat sore upin ngan ipin) mmg aku lupe pown! heee.. :D

kejadian laen, aku tercicir kad matrik kat library.aiyooo..musibat neh! kalau kad matrik hilang habeslaa kena tahan dgn pak gad.ditambah dgn penyakit clumsy aku yg tak pena nak hilang,aku aci redah satu library cari kad aku.perasanlaa jgk ada 2-3 org 'pandang pandang jeling jeling' kat aku.errr..ehehe mana taknya.da aku yg buat tawaf byk kali depan diorang.kad matrik x jumpa2 jgk. =.=' hmm cari lagi..truskan usaha.*plingg* baru aku teringat aku duduk dkat komputer tadi! terselamatlah riwayat kad matrik aku.sayang taw kad matrik neh! da dekat 3 tahun aku gune.(sebenarnya nak kaber piccie aku yg skema x hengat kat kad tu. malulaaa i! uuuuuu..)

kejadian ke-3.neh lagi haru oke! aku nak cuci tgn lepas makan nasi+lauk ikan sambal.aku bwkla bekas.dlm bekas tu ofcozlaa ader sabun takkan sandwhich pule.jadi aku pown riang ria baso tgn.pastu belek2 sket muke kat cermin.omigosh jerawat besar! *eheemm* belek2 rambut pulak.betulkan sket.oke cun dah aku.lepas neh bole ngorat lecturer.(eh bukan kelas puan faizah ke lepas tu?) pastu kan aku pown balik bilik.cube teka! cube teka! :D hahaha..aku lupe bwk balik sekali bekas sabun! molek jew bekas sabun tu atas sinki tak bersentuh.aku nehlaaa..
amil asetat-14 betul!

adaaalaaaa ari tu pulak kan kan..tibe2 aku dpt sms dari din.dlm sms tuh dia tules mcm neh.. :D
1.gelaran sy bg awk?
2.lagu sesuai utk sy?
3.hadiah utk sy?
4.awk nak sy jadi ape utk awk?
5.nasihat utk sy?
6.benci/suke sy?
7.nape?

aku pown replylaa..*malu pulak* aku tules mcm neh.. ^___^
1.adindaku yg mereng.hahaha.
2.lagu abc.mari nyanyi!:D
3.owh macam2!
4.jadila teddy bear sy.mesti cumel kan! heeee..
5.berhati2 di jln raya.ingatlah pd org2 OKU!
6.sukeeeee..
7.sbb awk slalu msg sy.heeee.. (*ehemm ini tiada apa2 makne oke!*)

din reply blk menda yg same kat aku.dia tules mcm neh..
1.amoi munchet.hehe.
2.lagu doremon.
3."sy ilang ingatan lorh".hehe.
4. .... & seterusnya.

*wengs! kureng asam boi nyer din.berani die kate aku ilang ingatan! err... tapi nmpak sgt kekronikan penyakit pelupe aku neh.*kasi malu lagi sama aku* adoiilaa semut2.aku termakan kau ye semut..?!!

October 9, 2008

muzika dansaan

oleh kerana aku ditimpa konflik yg mengharukan aku, jadi aku upload muzika berbeza.
lagu by komplot - kOnfLik metrOpOlis


=.='

juga nak berterima kaseh daun keladi pada kak anna (sue anna joe) utk sticker free di blog anda!
terima kaseh ya! :D

*owh owh!* lupa lagi.sudah beberapa kali edit ini entri.haha.
terima kaseh juga buat lazy angle (sygku eila!) utk entri u yg neh -

maafkan-aku-wahai-blogger2-sekalian

suka sgt2! sedap dibaca oke! ^___^

October 8, 2008

hari duka

hari ini mood aku sudah lari.mengubrak-abrik perasaan aku.kadang-kala dunia sepi tanpa duka tidak bulehkah? jiwa aku keciwa.hati aku jadi tidak tenang.


semalam aku terima panggilan dari kawan aku.tak semena aku bergaduh dengan dia.semua bermula pasal duit.aku ini pasti malang bila berkira pasal duit.ceriteranya..
aku diwakilkan utk kutip duit dinner course aku yg cadangnya berlangsung pada hari ahad.aku & faezah tak pergi pun.senang cerita kami malas mao pergi.jadi aku mintalah pada kawan-kawan sekelas.mereka bayar sekali yg jumlahnya RM56.bila kelas habes, kawan aku yg tolol itu minta balik duit dia RM12.kata dia tak cukup duit, mao witdrawn di ATM kemudian baru bagi semula wang itu pada ajk dinner.fine! aku katakan aku tiada wang tukar.yg ada itulah rm56 semata.aku bagi semua wang pada kawan aku yg tolol itu.aku suroh dia bagi sendiri pada ajk.ambillah kau aku tak kesah.bukan duit aku pown.aku fikir semua sudah selesai.malam semalam si ajk msg aku, kata dia kawan aku yg tolol itu bilang duit dinner ada pada aku.apa kes? kan da bagi semua!
tiba-tiba yg tolol itu menelefon.boleh dia katakan aku hanya bagi dia RM7 itu hari.memanglah aku ini si dungu, tapi taklah terlampau bahalul smp tak pandai nak bezakan duit rm50 dgn duit rm5.dia tak mao mengaku kalah.habes aku yg salah?kalau benar aku salah mmglah patot aku yg gantikan duit yg hilang itu.tapi kalian fikir sendiri.duit rm56.kalau hilang duit sekeping rm50 itu patot ada pada dia hanya rm6 lah bukan?oke fine!aku tak kata pown dia yg ambil, mungkinlah tercicir di mana-mana.tiba-tiba aku yg dimarahi kenapa.tak buleh bicara baek2?


dolu2 juga aku pernah bermasam muka dgn kawan pasal ini.sudah meminjam tak reti mao pulangkan.sampai tahap abah aku sendiri dtg jumpa sama dia, baru mao kasi duit.kalau rm10-20 buleh jugaklah aku bersabar.ini ratusan ringgit.aku yg dungu beri atas dasar kasihan.akhirnya makan diri.sekarang pown ada lagi yg meminjam tapi tak bayar.nak minta serba-salah.taper...tunggu.barangkali satu hari aku kawen sama hartawan jadi buleh aku lupakan saja & siapa2 mereka itu pown buleh buat2 terlupa.hmmm..kan aku sudah bilang,aku ini malang bila bicara pasal duit!*sigh*


_________________________


pagi tadi aku terjaga dek deringan hp yg bingit di gegendang.abah call.abah bilang..


"irfan sudah meninggal.abah nak balik perak sekarang"


aku terpinga.innalillah..
irfan itu anak saudara aku berusia 16 tahun.kasihan pada dia.sejak umur 9 tahun dia tiba2 diserang demam panas.lalu langsung dia tidak buleh berkata-kata, berjalan, hatta bermain-main sekali pown bersama temannya.masa kecil dia sangat petah.selalu saja bilang mao jadi seperti awie sbb masa itu lagu awie tgh hott.abah kata mungkin sudah sampai ajal dia & lebih baek dia pergi drp terseksa di dunia.aku fikir abah betul.semua ada hikmahnya.aku doakan roh irfan dicucuri rahmat Allah.& semuga pakcu ni & kak syikin tabah hadapi pemergian irfan ke rahmatullah..













October 4, 2008

aku di sini

aku sudah pulang ke rumah. ;)

baru beberapa minit di kamar berbaringan, aku tros menyerbu komputer.

rambut kusut masai.badan berbau hapak.

rasa x senonoh pula. :D

aku tak sabar ini.

menceriterakan hatta kepulanganku ke kampung.

owh.. heaven!




*senyum lebar*




aku dari kecil acap kali tiada pernah jemu menatap potret bukit-bukau itu.

semasa kecil.

semasa kami semua maseh anak-anak hingusan.

aku & kakaklah.

kami bernyanyi riang dalam kereta.penuh semangat.




balik kampung..hohoho balik kampung.hati riang! :D




kami berbisingan.

abah & mak senyum memandang.

abang?abang aku tidak tahu buat apa.hee..

lalu dlm perjalanan.

aku lihat awan berarak biru & putih.

aku menuding itu.

aku katakan..




mak awan bentuk gajah! eh itu bentuk rumah! warhh itu bentuk harimau!




betul ini.

aku tidak tipu kalian.

sampai ke kampung.

lihat sudah atap zink itu.

lihat sudah rumah kayu bertingkat dua itu.

usai dimamah waktu tapi adanya opah & atuk di dalam.

kalian paham perasaannya?

mesra.




*senyum lebar lagi*




corat-coret saudara-mara yg kepoh.

sambil itu menguyah hidangan raya.

air kopi hitam pekat senantiasa ada.wajib!

walau berebut tandas.

walau berebut seterika.

walau bersesak di tempat perbaringan.

waima aku kesah apa. ;)




kini.

ya opah & atuk tiada lagi.

aku pasrah.

segala sudah berubah.

ada ikatan yg sudah renggang.

namun maseh kami pulang.

tidak ke rumah kayu.

hatta ke rumah batu adik-beradik mak sajalah.




*senyum sumbing*




mereka menyambut girang.

bersalaman mengucap selamat.

owh masih ada rasa mesra!




*senyum lega*




rancak kami berborak.

bergelak sundal tak hengat dunia.

berjalan sana sini.

membeli itu ini.

menghirup kuah laksa.

menghirup cendol pulut.

segala apa yg dibuat.

mengulangi nostalgia lama.

nostalgia itu kocok-kocokan.







*senyum lebar lagi*

October 2, 2008

riang ria syawal :D









1 syawal.. tiada aku lihat panjut.tiada aku lihat bunga api.tiada aku lihat mercun roket.tiada aku lihat bumbung kampung halaman.tiada corat-coret saudara mara.maka itu sajalah.hanya bersama keluarga terchenta. ;) owh ada rasa sedih sedikit.*random*


tadi abah & mak bilang pada kami.. "esok (3 syawal) kita pulang ke perak." *hoyeayyy*
aku riang! :D

September 29, 2008

weee..da nak raya!

selamat hari raya..!!!!!
maaf zahir!!
err..batin tader kan?
:D


PERINGATAN:
maen mercun jgn lupe diri
makan minum jgn lupe i di sini
jemputlaa i dtg rumah u all
boleh laa i makan bertambah-tambah sekali
hehehe..



salam sayang,
aaina dahlia

dua ekor musang kecik


aku & mak selalu menggelar anak kakak sebagai "musang kecik"! ada dua orang.jadilah mereka duaekor musang kecik. :D kasihan kakak & abg ipar aku.raya kali ini,mereka terpaksa bekerja double shift menggantikan org laen-laen yg telah pulang beraya.terpaksalah juga aku & mak & abah bekerja shift menjaga dua ekor musang kecik di rumah dari semalam sehingga raya ke-2.sebab itulah aku tak pasti sempat atau tidak kami pulang ke kg terchenta di n9 sanon.apo nak buek! tepakso!

dua ekor musang kecik sangat berbeza watak & perwatakannya.bukanlah nak mengkondem mana-mana antara dua.ini jujur aku ceritera oke! kakak lebih nakal sedikit daripada adik.kakak kami pangel sebagai tina.adik kami pangel sebagai adri.ikut logik pown adik kecik lagi.manalah tau sangat nak berbudi bicara. eh dak kecik pown ader budi bicara kew?aku tertanya sendiri.

tadi petang.aku baru lepas mandi.masuk dalam bilik.tina pangel aku. "acuuuuu naaaaaa!!" arhh..sudah.musang kecik suda pangel.ngeee.. dia masuk dlm bilik.aku sedang lap2 badan yang basah & mao pakai baju.jadi aku tukarlah depan dia.tina pandang aku macam laki gatal mengendap perempuan molek.aku suda seram.tersiput aku malu-malu.tiba-tiba tina tunjuk sumtin.dia kata.. "apa tu??" erkk! aku tak tau mao bilang apa.masa itu aku tengahhhh...*ehemmm2* pakai underware.underware aku corak katun.(dak kecik kan alergi sket tgk katun2 neh kan?heee..) muka da macam pakai blusher silky girl.aku jawab.. "aaa err tader apa.katun.hehehe.." dia pandang aku lama.pastu dia bilang.. "tu towel!" *wengs! cakap pasal towel rupenyer si tina neh.kan da malu kat diri sendiri.yekew?bukan aku x tau malu kew? :D sudah itu.aku pakai telekung.mao solat asar.tina pandang aku lagi tarak lepas.aku buat x kesah.troskan solat.aku rukuk.tiba-tiba... hailaaaa! =.=' tina berdiri atas sejadah dan tros sujud dan dan tu jugak.tros aku solat x kusyuk.rase nak gelak.*tahan* aku elak sket & sujud.jadilah kami berdua bersujud pada waktu yg sama di atas sejadah yg sama.tak ke haru namanya kalian?

sebelum berbuka.tina pegang sikat biru besar.lalu dia mengapa-apakan sikat besar itu di atas kepalanya. konon nak sikat rambutlah! aku hanya memandang.dia pergi belakang aku.dia sikat rambut aku pula..
"baeekkknyer anak buah aku neh..terima kaseh tina!" kata aku dalam hati. ya! terima kaseh sebab sikat rambut aku dari belakang ke depan. =.=' abah yang melihat tersengih geli hati.maka terlihatlah gigi abah yg rompong di hadapan. (last week abah tercicir gigi palsunya entah di mana-mana) romponglah ia sehingga selepas raya.doktor kata doktor x mao buat.dia mao pulang beraya.hehe kesian abah!

aku sedang menaip ini.jeng3x! tina dan adri datang menjengah.ewahh macam tau tau aje acu na dorunk tgh guna computer.bijak bijak! anak sapelaah neh.lalu tina menekan-nekan tetikus.aku sedang menaip.*sabar* tina menekan-nekan pula keyboard.*sabar* adri datang mao menekan punat "on off" di cpu. "aaaaaaaaaaaaa! jgn tekan!!" aku da terjerit. *heart attack aku* naseb baek sempat tahan sehingga tercabutlah cover punat "on off" itu.adrrriiiii! (juling mate) tina yang mao menekan-nekan lagi, aku cakapkan pada nya. "eh..jangaann.." tina terdiam.dia berlari mendapatkan mak aku. "uwaaarrrrrrrrrrr!! acu na buatttt!!!" *gulp* dia menangisi dan mengadu pada mak.

sabar jelaaa! =.='



ini kakak aku & tina! ;)

September 27, 2008

dialog hati rapuh


*hati rapuh bicara lagi sama si dungu*
hati rapuh bermonolog...




"kalut.kamu si dungu yang kalut."


si dungu pertahankan...


"tidak.aku biasa saja."


________________________________________________


"kau pasti?"

"apa maksud kau?"

kamu kan si dungu.si dungu tak pandai berbohong."

"kau bikin aku sedih hati rapuh."

"ya,aku berdansa dengan girang!"

"boleh kau hentikan?aku tak suka."

"kamu yang mengkhayalkan kenyataan."

"khayali aku takkan putus.kau mengerti?"


*angguk*


habis kenapa kau menyeksa aku?"


*geleng*


"aku makin keliru hati rapuh.nanar."

"sebab kamu si dungu! waima,sudah puas kau lari?"

"aku lari.tapi mereka mengejar."

"lantas?"

"aku lari lagi."

"sampai bila?"

"kau sialan hati rapuh.aku sedih."

"terima kasih."

"apa perlu aku buat?"

"silap kamu wahai si dungu."


*senyap*


"hati rapuh."

"hmmmm.."

"aku hipokrit.kau sialan.aku lari jauh mana,kau sialan!"

tapi kau hipokrit?"


*senyap*
*senyap*


_________________________________________________


*hati rapuh bilang sama si dungu*


"pergilah cari jejaka chantek,dungu! mereka pedulikan."

"aku nanti jejaka chantek hanya dalam tidurku.mereka tidak
khayali..perlu aku senyum sekarang?"

"usah gentar."

"usah gentar?"

"dia datang."

"dia?"

"jejaka chantek."


*senyap*
*senyap*
*kosong*


_________________________________________________


*hati rapuh bilang lagi*


"tidurlah si dungu.aku dodoikan kamu.."


*si dungu lihat dia.jejaka chantek.*

tiada tajuk

kalam ini aku tules sementelahan aku raser kepenatan yang tiada batasannya.kejar itu dan ini.aku bukan player.aku x suka.terima kaseh pada diri.ini salah aku.pasti.hanya dalam satu minggu.ya SATU! aku punya 2 assignment besar.tak tidur.langkah dan hayun.bila masa present aku jadi buntu.nanti yang lain.waima apa ini??sakitnya hati! hari akhir.aku mao ulangkaji.esok ada test.hari itu.ya HARI ITU! aku dapat tahu.bunyinya begini kalian...

"SILA HANTAR MAJOR REPORT HARI ESOK!!!"

jika kalian jadi aku?akan apa jadinya?aku gagahkan juga.diri ingin marah dunia.tapi tidak.mungkin ya.entahlah.malam itu.ini yang aku tules.bunyinya begini kalian...


sungguhlaa.
aku sangat penat.
mao pejam.
*tahan*
*tahan*
tak bole nak senyum.
jangan pandang aku.
*kena senyum*
*fake*
tak mao cakap.
*kena layan mereke cakap*
*fake*
da tak laratla weh.
*tahan*
*tahan*
on mp3.
lagu DEWA.
lagu HUJAN.
*tahan*
*tahan*
ikat rambut tocang dua.
minum coco panas.
*huff*

dansaan hati rapuh


jejaka chantek
jangan kau lari
kalau kau lari
aku kejar sampai dapat
bila aku dapat
aku pegang tangan kau
aku dakap kau
biar kau tau
hati kau hanya milikku seorang
hatiku kau pemiliknya seorang
aku chentak sama kau
mengerti?



klausa a: hati rapuh kadang kala bicara sama aku.dia bilang...
"pergilah cari jejaka chantek,dungu!"

klausa b: aku bilang pula...
"aku dungu yang bermimpi si jejaka."

klausa c: tidurlah si dungu.moga kau bermimpi si jejaka chantek.

mak!! cano neh?!

ceritera berlaku tanggal 21/9/08...


"weeee..kejap lagi buke puasa kat lua!"


arineh konvoi ramai2..da lme gler kowt x jejak tanah segamat.since dis sem da part 6,most probably lepas neh takan ada lg kat segamat.yekew? so aku,ina,faezah,kak sue,bedah dan farah decide nak spend time togeda.dgn semangat nyer kitorunk menapakla kul 5.40 ptg g bus stop.dari jao da nampak da van pacik.*hoyeah!*:D


*kat segamat*


aku tgk jam kat hp..
"laa bru pukul 6.05 ke?"kata aku dlm hati.



tibe2 kak sue bersuara dr blakang,
"rilexla kite da sejam lg neh.jom merayau dulu!"


"haa..oke2.bole shopping raya.nak beli kasut"kata bedah pula.


hailaa..si bedah neh kalau kua x shopping mmglaa x sah.kalau x pat beli,minah sekor neh smp mimpi2 kempunan oke! =.='
jln punyer jln akhirnya si bedah berjaya menemui kasut idaman hatinya & aku pulak "terjumpa" beg ala2 lawa.(heee..lari budget laa pule :D) since da dekat nak buke kitorunk kocoh2 g pumpkin.kat sini bile time puasa jew kompem ada buffet.oleh sebab itulah kitorunk g.:D mmg x hengat punyer bpe kg lauk dlm pinggan memasing.yg besh nyer bile buke tarak abes pown lauk.nafsu semate! *ceyh putus fius*


"warhh gilak.perut da x bole handle neh.terang tang tang
munchet!"nada aku ala2 kerisauan yg jitu.(bole caye kew?)


"a'arlaa u! i pown.haa nampak neh?"ina ckp kat aku sambil cocok2
perut dia.


*gendang gendut tali kecapi.kenyang perut suka hati :D*





da abes mkn,kitorunk gerak ke hotel villa.bukan nak check in tidur hotel oke! sebab nyer kat situ jew ada surau.kitorunk solat dolu.haa yg piccie kat atas neh amek time kat suraulaa.hehe. memasing posing,ina jd camera girl.thnx ina! :D after dat kitorunk meneruskan lagi edisi shopping yg td nyer terbantut.

"u,u..ada baju lawa kat situla.jom tgk!"

"eh2..kat sebelah bj kurung ngan kebaya.usha jom!"

"oiiii..bukan korunk kate nk beli brg kat billion ke tadi?"

"alaaaaaaaa..nk beli brg sekolah dulu!"

"u! i nak beli sepit rambut tuk anak buah i"

*wengs! sungguhlaa..aku paham sekarang kenape laki bole alergi nak teman org pompuan g shopping.nafsu beli besar tahap cipan kan?kan? heeee..

shopping..& shopping..& lagi2 shopping..

"dik,nak naek bas x?"tibe2 ada pacik tanya kitorunk.

"tapela pacik.kitorunk x abes beli brg lg"bedah jadi wakil jwbkan tuk kitorunk berenam.

kitorunk pown buat tarak kesah menapakla ke billion.kat billion tu kitorunk berpecah.aku ngan ina da suda bayar tgk2 bedah ngan farah da terpacak kat lua tunggu kitorunk.smbl2 tu sempat jgk usha2 lagi jam tangan.tinggal kak sue ngan faezah jew x kua2 lagi.aaaaa!! aku hengat lg dialog neh.takan aku lupe!

"tadi geng2 kak wawa da nek da bas pacik tu.tgk dlm bas tu kosong jew.kite lambai2 laa kak wawa.bye bye!! haha.."kata si bedah.

"heek?taper ader lagi kan bas lepas neh"kata aku dgn confident nyer.



LEPAS TU...


luruh segala organ2 dalaman.jantung da dup dap dup dap..raser mcm tertelan ubat gegat pown ader kowt! ngeeeeee...

"mcm mane neh korunk?bas da tader neh!!!"

"oke2.call pacik bas.tnye die bole amek kite x?"

faezah dial no pacik bas.matikan call.

"weh pacik yusri ckp die dah nak tidow"

"oke2.call macik bas pulak!"

faezah dial lagi..

"weh macik bas ckp die dah kat umah.die pesan suro kite hati2 jew"

"wat??macik neh pe kes?bole pulak ckp camtuh.dala kite stuck kat segamat neh.aduss!"

"jap2.aku try call chubby"ina mencelah.

ina call.matikan call.

"alaahaii chubby ckp kwn die g tangkak pulak.kul 12 bari dorunk blk!"

"gler?!!nak kena hamun ngan pak gad! curfew smp kul 10 jew arineh.skrg da 9.30.macam mane..?"aku da cuak petala ke-8.

"wehh..haa aku da nampak mangsa kat depan.kite try mntk tlg abg tu!"kak sue bg idea bernas yg ala2 putus fius.

"oke2.standby..abg tu da berdiri depan kite"

serentak enam2 kepala fokus kat abg tu.kornea mata x berganjak.tibe2 tah cano..

*hachummm!!*

hailaaa..bole pulak abg tu terbersin dan2 kitorunk da aim baek punyer kat dia.aku neh bantaila gelak terabur.abg tu trus buat fluid motion pusing 360 darjah pandang kitorunk.

"alamak aaina!!kenape gelak kuat sgt?abes kantoi plan kite!"

"hahaha..alaa sorry la korunk.x tahan nak gelak owh"kata aku mengkaber diri sendiri.*ceyh*

malam tragedi september neh jew kitorunk da call berpuluh nak ratus no tepon kowt! alin,farah,fendi,zack,kete sewa judin,kete sewa bla..bla..bla..semua nyer putus fius! raser memasing da kecut perut tatau nak contact saper lg.akhirnya tebalkan muke,kitorunk pkai aci redah jew tanya macik2 ngan pacik2 yg lalu lalang depan kitorunk.macam tu punyer dasyat! tapi jawapan nyer...

"maafla dik.macik xda kete.macik pown jln kaki jew" *wengs! =.='

kitorunk nampak pulak taxi.bole x taxi tu nak RM30?!! gilak hape!! dala pokai pas shopping, lagi mao cekik darah taxi neh.baling ngan slipar jepun saiz 14 bawu tau! hailaaa..malam maken larut.kedai sejibik sejibik da tutup.kelam... sunyi... sungguh masa neh memasing da pk macam2 menda yg mengharukan.apa nak buat....?apa nak buat....?

"korunk jomla kite duk kat mc'd.kat sini da gelap sgt da neh.kalau da pape jadi nak mntk tlg cane"kata kak sue dgn muka tension tahap dewa.

kitorunk lintas jln dan duduk kat tangga kedai.betul2 tentang ngan mc'd.da raser macam pelarian pown ader kowt! semua da penat sangat2.aku pandang muka ina.aku tgk mata die da merah.sah die dah nak nanges.haru2!!


"Ya Tuhan bukankanlaa pintumu"kak sue da berdoa sambil gosok2 dada.

*gulp* "janganlaa kak sue heart attack kat sini"kata aku dlm hati.

"agaknyer mln neh mlm lailatulqadar kowt.ke sebab aku x solat isyak lagi so jd musibat mcm neh?"kata kak sue menokok tambah.

"kalau x bole sgt kite tidow jela kat hotel villa.kite tumpang surau tadi pastu kunci pintu"kata bedah pula.*ehemm.buat lawak kew bedah neh?muke serius.*

"macam tu bek tidow umah noni jew"aku bg cadangan laen.

"x bole.esok ari Isnin.kne pkai bj kurung.nak masuk cane nt pak gad tahan"faezah membantah.

malam tu semua jadi haru biru.kitorunk da givup sampailaa secare tibe2 ada dak laki lalu depan kitorunk.... *winks!

"eh2..neh2..neh dak Uitm kan?"

bedah trus ,meluru pergi kat budak tu.ina pown.yg laen cume jd pemerhati..*Ya Tuhan..tolongla bukakkan pintu hati die tolong kitorunk*

"awak..awak dak Uitm kan?awak..tlglaa kitorunk da stuck kat sini.da xtau nak buat apa.kitorunk tader transport nak blk.tlglaa awak!!"bedah merayu.

"ha'arr awak.kitorunk da stuck dari pukul 9.30 kat sini.xtau nak blk cane.bole x tlg kitorunk?"ina bekup bedah.

aku pandang muke budak laki tu.aku tgk riak muka die da berubah.die pulak yg gelabah sekali mcm kitorunk! tot tet tot tet..syukur sgt2.akhirnya budak tu (name die Fitri) sudi jgk tlg kitorunk.baek taw die!! die ngan kwn dielaa yg hantarkan kitorunk smp kolej.tataula nak time kaseh cane kat dorunk berdua.kalaulaaa mlm tu xda dorunk nak tlg..hailaaa.. *gulp* ape jadi kat kitorunk berenam?? ngaaaaa.... taa kooott!