September 29, 2008

dua ekor musang kecik


aku & mak selalu menggelar anak kakak sebagai "musang kecik"! ada dua orang.jadilah mereka duaekor musang kecik. :D kasihan kakak & abg ipar aku.raya kali ini,mereka terpaksa bekerja double shift menggantikan org laen-laen yg telah pulang beraya.terpaksalah juga aku & mak & abah bekerja shift menjaga dua ekor musang kecik di rumah dari semalam sehingga raya ke-2.sebab itulah aku tak pasti sempat atau tidak kami pulang ke kg terchenta di n9 sanon.apo nak buek! tepakso!

dua ekor musang kecik sangat berbeza watak & perwatakannya.bukanlah nak mengkondem mana-mana antara dua.ini jujur aku ceritera oke! kakak lebih nakal sedikit daripada adik.kakak kami pangel sebagai tina.adik kami pangel sebagai adri.ikut logik pown adik kecik lagi.manalah tau sangat nak berbudi bicara. eh dak kecik pown ader budi bicara kew?aku tertanya sendiri.

tadi petang.aku baru lepas mandi.masuk dalam bilik.tina pangel aku. "acuuuuu naaaaaa!!" arhh..sudah.musang kecik suda pangel.ngeee.. dia masuk dlm bilik.aku sedang lap2 badan yang basah & mao pakai baju.jadi aku tukarlah depan dia.tina pandang aku macam laki gatal mengendap perempuan molek.aku suda seram.tersiput aku malu-malu.tiba-tiba tina tunjuk sumtin.dia kata.. "apa tu??" erkk! aku tak tau mao bilang apa.masa itu aku tengahhhh...*ehemmm2* pakai underware.underware aku corak katun.(dak kecik kan alergi sket tgk katun2 neh kan?heee..) muka da macam pakai blusher silky girl.aku jawab.. "aaa err tader apa.katun.hehehe.." dia pandang aku lama.pastu dia bilang.. "tu towel!" *wengs! cakap pasal towel rupenyer si tina neh.kan da malu kat diri sendiri.yekew?bukan aku x tau malu kew? :D sudah itu.aku pakai telekung.mao solat asar.tina pandang aku lagi tarak lepas.aku buat x kesah.troskan solat.aku rukuk.tiba-tiba... hailaaaa! =.=' tina berdiri atas sejadah dan tros sujud dan dan tu jugak.tros aku solat x kusyuk.rase nak gelak.*tahan* aku elak sket & sujud.jadilah kami berdua bersujud pada waktu yg sama di atas sejadah yg sama.tak ke haru namanya kalian?

sebelum berbuka.tina pegang sikat biru besar.lalu dia mengapa-apakan sikat besar itu di atas kepalanya. konon nak sikat rambutlah! aku hanya memandang.dia pergi belakang aku.dia sikat rambut aku pula..
"baeekkknyer anak buah aku neh..terima kaseh tina!" kata aku dalam hati. ya! terima kaseh sebab sikat rambut aku dari belakang ke depan. =.=' abah yang melihat tersengih geli hati.maka terlihatlah gigi abah yg rompong di hadapan. (last week abah tercicir gigi palsunya entah di mana-mana) romponglah ia sehingga selepas raya.doktor kata doktor x mao buat.dia mao pulang beraya.hehe kesian abah!

aku sedang menaip ini.jeng3x! tina dan adri datang menjengah.ewahh macam tau tau aje acu na dorunk tgh guna computer.bijak bijak! anak sapelaah neh.lalu tina menekan-nekan tetikus.aku sedang menaip.*sabar* tina menekan-nekan pula keyboard.*sabar* adri datang mao menekan punat "on off" di cpu. "aaaaaaaaaaaaa! jgn tekan!!" aku da terjerit. *heart attack aku* naseb baek sempat tahan sehingga tercabutlah cover punat "on off" itu.adrrriiiii! (juling mate) tina yang mao menekan-nekan lagi, aku cakapkan pada nya. "eh..jangaann.." tina terdiam.dia berlari mendapatkan mak aku. "uwaaarrrrrrrrrrr!! acu na buatttt!!!" *gulp* dia menangisi dan mengadu pada mak.

sabar jelaaa! =.='



ini kakak aku & tina! ;)

5 comments:

Dilla Y. said...

haha
comey je musang kecikk
heee
tapi best kan budak kecik?? fun je ^^

Anonymous said...

sgt best syg!
klaka pown ader..
erm geram pown ader!
kui3.. :D

Wexeeda said...

cute nye tina ikut acu na dia sujud... kikiki

abes abah hang beraye tnpe gigi palsu laaaa.... yg ummi waheeda plak, beraye ngn gigi palsu baru...

aaina said...

hahaha..
aramak terbalek kowtlah kite!
yg penting gigi kita harus dijage.
oppppps!~

Wexeeda said...

yeah... mkn kek cokelat, jgn lupe gosok gigi ye.. hehehe