December 27, 2008

meow

bila kamu terlintas seseorang di sudut maya.
di sudut alam sana dia juga bisa memikir kamu seadanya.

jika benar inilah sakti.

bisa aku senyum manis & sundal. :)



......................


tidak berkait.
ini sesuatu di kala maghrib rebah di pangkuan bumi...

"acu na,nak kerusi.nak tgk cat!"

amek kerusi.letak depan pintu grill.melihat pada situasi di hadapan.

"cat taderlaa tina.hmmm."

"huuh..cat tader?"

"a'ar cat tader.manelaa cat pegi kan?"

dengan muke kondifen yg jitu.tina jawab begini..

"cat tu tader.sebab cat g chemayang kat shuyau!"

December 26, 2008

penjenayah picisan

hp kat tangan ditekan-tekan..ditonyoh-tonyoh.. sejak berita tu berlaku!

"babe, u dapat offer kat mana?"
"u..i dapat ib (international biznes) kat shah alam" faezah jawab.

"cik kak,kau dpt sambung degree x?"
"cik kak.aku dpt insurans.klaka betul!" wawa jawab.
"eh a'ar pekes ko dpt insurans neh?bile mase pulaklaa kite ada subjek tu?pelik2!"

"darl,i dpt marketing.sedey gler..pat kampus kat kltan"alis jawab.
"what??jaonyer!!"

"maznah ko dpt finance kan?ko pat campus mne?"
"aku,yani,& farah dpt kat kltan la wei.aku tak taula cne uitm divide kite" maznah jawab.

"yg i tau halle dgn kak mas dpt kat dungun.kak mas ckp dia malas nak tuka2 kampus laen."

"si siti pun dpt finance.tapi kat arau tu!"

& seterusnya...


...............................


jatuh rahang bawah!

sekor2 dpt kampus jauh semededang.& lagi menokok tambah bala bila tak ada pown diantara 'sekor2' tu dpt kampus segamat kecuali farid & hadi.kes naya neh.takanla aku nak naik tarafkan mamat berdua tu jadi 'inchek housemate' aku pulak.ngeeee.. aku da nampak awan-awanan mendung di kewujudan masa depan aku. =.= '

& sejak dari berita itulah, hidup aku jd clumsy semacam.mana nak urus pasal bayar bil,mana nak urus pasal ptptn, nak kena bukak akaun sspn lagi,kena buat medical cekup segala bagai..ada masa 2 hari jew nak urus semua.i repeat.2 hari oke! totally mess & haru-biru.neuron otak aku pun dah jadi celaru sampai jiwa kena sampuk babak sappy,mellow wellow.ikut kata senior kalau nak apply duduk dalam pown kne tunggu second intake masuk baru dpt keputusan samada berjaya atau tidak permohonan tu.waima, sepanjang 2 minggu mao duduk di manakah? itu pown kalau berjaya dpt kolej!

tumpang pondok pak gad? ...... kes ditolak.
camping tepi masjid as-syakirin? ...... kes ditolak.
lepas daftar,cabut blk kl.lepas 2 minggu baru dtg jhr balik? ...... hehe. *sengih2 mcm kerang x cukup vitamin* :D

aish.tak buleh..tak buleh..
buat nyer kalau ada orentasi kew?taklimat kew?takan aku nak fly semedang jew.kan kan?


............................


& sungguhlaaa..

bila dikenang2 balik.ditimbang-tara saat genting sekarang. sama jew mcm saat aku memula jejak tanah segamat dolu2.jiwa mellow,sappy wappy tahap x hengat.after those 'kejadian' yg sudey pernah aku ceritera sama kalian di entri yg sebelum neh.ingatkah?ahh..kalau kalian pembaca yg setia pasti akan ingat. :) itu maknanya aku sekali lagi akan jadi 'lone ranger'.merangkak balik kenal kwn2 baru.bertatih balik utk kejar tempat tinggal baru.mengenal semula fasa baru dlm hidup abstrakjingga aku.kiam aku sebentar.bisa juga aku sunggingkan senyuman meledani kala itu yg tiba tanpa diundang.......

"akak nak korunk semua dptkan biodata semua senat2 (ahli JKK) kolej.satu pun jgn tinggal.akak bg masa sampai (sekian2 hb) jew.kena makesure gerak ikut wing.benda neh kira pertandingan tau.wing yg plg cantek,kreatif hantar biodata tu nanti akan dpt hadiah.bla..bla..bla.." akak senat kat depan tgh bebel masa sesi orentasi kolej.

masa tu aku nerd x hengat.junior tarak berani angkat muka sama senior.tak ikut ckp alamat jewlaa kena sound direct masa dlm meeting wing,hatta sampai dipanggil turun bwh oleh semua kakak2 senat yg 'berkuasa' tu.da mcm gaya masuk sekolah asrama jew.tahpape.waktu tulaa pown aku kenal ngan budak2 wing aku yg sama part,sama taraf,sama mandat dgn aku.

faezah,kak sue,kak emot,ina,kak jue, & myself.

bermulalah sesi psu (perkenalan salam ukhuwah) kami bersama kakak2 senat tu.dah hafal dah step dia.memula kena ketuk pintu bg salam.bila buka pintu,kena buka properly.nak tanya kena tnya properly.tak buleh jenguk2 kepala mcm penyu nak bertelur (dipetik dari kata senior yg memerintah).lebih kureng mcm neh laa ayat dia:

"Assalammualaikum kak! kitorunk dari wing dot.dot. buleh tak kalau kitorunk nak buat psu sekarang takpun bila2 yg akak free?" senyum plastik tersungging di bibir.dlm hati..grrrrr!

skematik letronik habes.ayat sama jew ulang2 tiap2 kali nak buat 'appoinment'.tragedi yg plg menyayat hati bila nak kena intro sekor2 punya asal usul salasilah diri.aduhai..tu tak termasuk lagi bila kak emot da start mukadimah dia.memasing akan sengih2 pandang satu-sama lain sambil geleng2 kepala.memasing da hafal skrip kak emot yg panjang berjela.memasing da agak daaaa! kak emot komfem nak ceritera kejadian dia time sekolah dolu2 yakni bilamana dia tertinggal bas time buat rombongan di suatu tmt yg tertentu. *ehemmm*


........................


memandangkan wing aku is da one yg plg pendek dlm kolej (ada 6 bilik jew), arakian terpaksalah muka2 yg sama mengerjakan sebarang aktiviti wajib kolej.zapinla,nasyidla,itula inila.. & of coz muka2 yg sama tu jatuh kepada junior2 sekangkang kera dekat wing aku.yes terima kaseh kerna kalian bijak meneka! :D kitorunk berenamla yg selalu jadi mangsa keadaan.hailaa.. =.= '

time part 1 tu mmglaa kan.nerd.geeky.terkeliru aku, antara ini sekolah asramakah?atau universitikah?waima, setat jew part 2 da mula keluar da aura2 penjenayah.hehe.once upon a time bebeh.....

beep..beep.

msg kat hp masuk.aku segera mensauk hp utk lihat isi kandungan yg dtg nya drp faezah.

"wei dtg bilik aku jap!" aik.mistikus semacam jew gaya?

aku pown tekedek2 menghayun langkah ke bilik faezah yg juga merupakan bilik kak sue.jengah kepala kat pintu.

"apsal wei?"

"shhhhh!!" dua2 ekor buat insyarat serentak suro masuk bilik & kunci pintu.

"nape ngan korunk neh?apsal2?"main pakai bahasa 'bisikan' cinta.

"kitorunk hengat nak flyla aktiviti mlm neh.apa kes nak paksa2 kita masuk perbarisan merdeka tu!"

aku da bayang da kalau joinla forces kolej sempena hari merdeka..alamatnya kenala pakai tee kolej yg agak gedabak tu,pkai track suit,pastu siap ada pulak gold dust *blink blink* aish.x macho langsung.tak suke! tak suke!

"oke.so apa plan??"

*wengs! maka dengan itu terciptalah rekod jenayah kitorunk buat pertama kalinya.siap buat pakatan dgn noni (senior 1 sem awal) lagi oke.leb u noni! :D elok jew announcement dr corong jerit tu berbunyi perintah smua budak2 yg terlibat turun bwh kolej, kitorunk bertiga pun bersiap2 sekali.wing captain lalu ceyh dan2 pakai stokin depan dia.proofla kononnya aku semangat nak join perbarisan kan.lepas tu......

"aku cuak neh.mcm mane kalau ina ke,kak jue ke report kat wing capt?" aku bersuara.

"tak.aku da kowtim ngan ina td.dia bekup kita.tapi ada jgkla mcm x puas ati jew gaya dia" kak sure servis balas.

"yeke!! alamak cane neh?kalau kantoi habeslaa!!" faezah pulak smash ayat.

"lepak aaaa..kalau nak buat jahat,buat jahat kaw2 punya.x yah rs bersalah" kak sue kasi suntik konfiden.

ehehe.kala itu,kitorunk da selamat menyorok dalam tandas wing bawah.wing bawah mmg diketahui ramai tiada berpenghuni.ikut gosip kata 'keras'.ikut kata lain sbb nak letak budak2 dr campus or U laen yg dtg join aktiviti kat kampus sgmat.tak taula mne satu yg betot.kitorunk kesah hape! heeee... pastu senyap2 noni supply baju & kasut kasi tuka.jeans & tee barula rock.kan?kan?:D

selamat jugak kitorunk menyelinap ke tandas masjid sbb tak mao terserempak dgn 'rombongan' berdaulat tu.lama jugakla bertapa dlm toilet.da naek kematu ke hulu hilir berpanas.sabar itu separuh drp iman! akhirnya line clear.
sit-rep= situation report drp noni kata dorunk smua dah blah ke dataran.kitorunk pown terus susup keluar dr tandas, jumpa noni, & selamba badak pegi dataran beli fishball goreng.sementara yg laen2 berpeluh msk perbarisan pgg2 bendera segala bagai,kitorunk dah lepak menikmati 'kemerdekaan'. :D

5..4..3..2..... 1

peeeeetttt...kebaboOOmm !!!!!

serentak empat2 kepala tala arah langit melihat gerak tari bunga api yg indah bergemelapan.membias rasa yg indah juga.one of da best HARI MERDEKA i'd eva celebrate!

& da rest is history..


........................


rekod2 jenayah kitorunk tak henti sampai tragedi Ogos di atas.selalu jew kitorunk buat plan fly aktiviti2 kolej,hatta aktiviti UiTM sekalipown.lek aaaaa! x otai x kalerful lah hidup rite?:D errr..heee..dekat kelas pown lebih kureng jew... @_@!!

"wei faezah,aaina.korunk dua neh mmg selamba jew ek.muke korunk jew dtg lmbt!" suara ejah bergema kat gegendang.bedesinngggg.

hambek ko.kene sejibik sound direct! mmg betul lah pown.hehe dtg lambat jew semedang.tak kirala pagi kew petang kew.timeline asyek terlajak jew.gara2 cik faezah sbnrnya.aku tukang follow. *ehemmm* tapi pernahla sekali. masuk2 kelas jew......

"woishh..baru nak datang?"
"gila sejam lebey lambat!"

sok..sek..sok..sek seluruh ahli dbs.

lecturer join pakatan. "haa kamu yg baru dtg tu.taper2 silakan duduk.kelas pun dah nak abes da.tinggal 3-4 slides jew lagi nak terang"

haru2.muke da tebal pkai blusher.ngeeee..

& pernah jgk sekali. *yekew?*

huwarhhh!!! tutup mulut. "apsal laa mata berat semacam jew neh.napping jap la" kata aku dlm hati.

"oke nt week kita continue dgn presentation minor issue.be prepare for those yg present.anytin u can come & see me regarding ur topic selected"

elok jew lecturer kasi signal kelas nak tamat.dan2 jew laa mata aku celik.terpisat2 aku bangun.lemau semacam badan.tgk2 kat sebelah faezah pown 2x5 terbuntang napping berbantal lengan.ceyh! =.= ' & yg best nyer..

"dd.puan ada pesan pape x tadi?"

"tader. puan tak ckp pape pun.suro presenter nt week standby jew.korunk tidow eh tadi?huhu"

"eh macam mne ko tau neh?" port da cukup baek da.meja blakangggg sekaliiiii.

"yelaa tadi time puan kat depan nampakla korunk tidow.satu kelas tgk korunk tau x!"

"gler!! yeke!! halamak kantoi2!"

& da rest is also a history..


........................


ola.

dis is da real panjang one entri lah kan.

kalian bace kew neh?? *angkat2 kening sebelah* ahah. :D jika sekiranyalah kalian bace through & through,up till down aku mmg tabik spring,slap hi-five lah sama kalian.mmg kalian pembaca yg berwibawa! tenung skrin lappy or pc mcm nak tembus kan.keke.

waima..itulah serba-sedikit tragedi2 jenayah aku & kwn2 kala dip dolu2.sungguhlaa..bila dah kena serang wabak jiwa neh mmg kenangan2 tu terimbas dgn sendirinya.& thnk too buat Hlovate yg buat aku kenang & mengadaptasi segala kat entri neh. ;)

da nak masuk degree da pown lepas neh.masehkah aku pada tabiat yg sama?masehkah aku truskan jenayah itu?

wallahhualam!

tu yg kita tak pasti tu.

December 17, 2008

miang miang keladi

prolog:


dari semalam hati rasa goncang2.tangan sejuk mcm ais.aishh.result nak kua.result nak kua.patot hari ini.bila check x buleh pula.hmmm sistem uitm mengong lagikah? check result degree.ahah akhirnya aku akan pulang kembali ke kampus Johor.rasa sgt kelakar.sudah aku agak. *wengs! ketawakan diri sendiri.


.........................


bila tiba musim cuti sekolah,satu tabiat biasa org Malaya ialah berkahwin.sana sini kad jemputan dihulur.ibu bapa pengantin jadilah org paling sibuk mengalahkan perdana menteri.sementelahan pula aku menginap di pondok pangsa, lagi ramailah jiran tetangga yg melangsungkan perkahwinan.nak dijadikan ceritera, itu hari jiran aku berkahwin dengan saudara muallaf.lelaki cinot.meriah u! almaklumlah mereka kurang arif adat istiadat Melayu kan.kebetulan ibu muallaf itu menetap di Australia kerana berkahwin dgn mat saleh di sana.Australian guy oke bukan anak mat salleh!waima permintaan dari ibunya muallaf itu sendiri utk dibuat majlis perkahwinan utk dia & suaminya merasa bagaimana adat Melayu menjunjung ikatan kasih yg sah.

elok saja kompang gedebung gedebang, hujan mencurah-curah turun dari petala langit.naseb baek pengantin sempat masuk khemah.kalau tidak luluhlah hati si mak andam lihat hasil make up terpadam dek air hujan.aku pun sibuk2 sekali menyelit di celahan saudara-mara pengantin.bukan apa,seronok lihat pelbagai bangsa berkumpul.anak Melayu mencium tangan saudara cinot.mat saleh itu menepung tawar pasangan pengantin & gembira bukan kepalang bila dihadiahi bunga telur.ahh indah bukan panorama itu!:)

sekarang kita masuk babak makan beradab.hujan turun masih lagi x henti.biasalah tu.kalau hujan jadi banjir sedikit di kawasan meja makan.air bertakung kan.ibu si muallaf itu pakainya kebaya nyonya sendat.waima dia tidak buleh menyusur air utk ke meja makan.x semena,suaminya dia si mat saleh itu terus saja dukung & bawa ke meja.aduhai romantis sungguh! semua yg lihat terutama macik2 terjerit kecil & menguntum senyum lebar. jarang2 masyarakat kita mao lakukan perkara sama.

miang miang ubi keladi.
makin tua makin menjadi.
apa dikira malu di hati.
sudah diangkat suami isteri.

patotnya begitulah.bila termeterainya lafaz akad segala sudah jadi halal bagi pasangan suami isteri itu.buat apa mao malu berpegangan tangan,hatta berpelukan sekalipun.diulangi sudah halal.tapi masyarakat kita yg tipikal berfikiran sebaliknya.bila saja pegang tangan pasti dilabel mengada,nak tunjuk romantik depan org,atau silap2 terus telefon jabatan agama kerana disangka belum nikah.itulah yg terjadi pada rakan ibu aku.berjalan-jalan di pasar malam,suaminya peluk di bahu,dia peluk suaminya di pinggang.kira peluk2 lah senang cerita.kebetulan seorang pak cik perhati aksi itu,lalu ditengkingnya mereka berdua.mao tak berasap ditengking tengah2 org ramai. terus suami dia bilang, "ini isteri saya pak cik!" tak pasal2 saja si pak cik sudah dapat malu.hailaa.

kisah pasangan berkahwin yg romantik mmg sgt suka aku dengar.sgt cemburu sama mereka oke! contoh senang seperti pengarah UiTM Johor,Prof. Kamil & isteri.di blog prof: kehidupan ringkas tapi signifikan pernah beliau menulis tentang bunga.semasa zaman percintaan hangat prof & isterinya, selalu saja beliau menghulur kuntuman bunga.kata prof..mulanya tiga kuntum bermaksud i love u selepas itu bertambah menjadi lebih berkuntum-kuntum (eh betul kew ayat aku neh?) gara-gara cintanya yg merebak buat kekaseh hati.setelah berkahwin & punya anak aku kira aku sgt kagum pada prof kerana dpt menjunjung lagi kasehnya buat sang isteri.bisa saja beliau & isterinya berjalan kaki beriringan memegang tangan utk tunaikan solat subuh di masjid.bisa saja beliau menghadiahi kuntuman bunga itu lagi atas penat jerih sang isteri di hari konvokesyennya di Shah Alam baru2 ini.romantik betul prof! :)

siapa bilang bila sudah tua hubungan sudah hilang serinya.sbb itulah agaknya Islam menggalakkan perkahwinan bukan?:) aku ini entah bila baru ketemu jejaka chantek aku.tiada yg pasti perihal jodoh.aku doakan saja dalam tiap solat.amin..


...........................


epilog:


aku berkira-kira mao suakan e-cerpen buat tatapan kalian.tapi aku masih lagi teragak-agak mao ceriterakan fantasi apa.kalian punya ide?suka kalian pada genre ceritera yg bagaimana?mungkin aku bisa olah sedikit kalau semangat perkasa aku ini tidak jadi hot hot chicken shit.ahah. :D

December 15, 2008

rANtAi & VOX play

kala aku menules, hujan maseh lagi basah timpa bumi.damai rasanya mendengar alunan itu.bagai satu muzika yang bisa temani aku meledani waktu.imbas kala itu hari, hujan juga mencurah turun dari petala langit tika aku & seorang lagi rakan menapak menuju red bungalow.lenjun walau berpayungan.aku & dia redhakan saja walau hati terkumat-kamit.sementelahan, terimbas kami memori zaman hingusan. *ketawa kami bersama*

entahlah apa yg aku mao ceriterakan.tiada kamera juga dibawa sebagai kenangan.sialan tertinggal. kalau ada juga, maseh memikir apa yg perlu aku tules.lengang saja di sana.ahh mungkin hujan.jadi tiada apa berlaku.mungkin.yang pasti tiada banyak khemah tersusun seperti tahun lalu.yg aku lihat muda-mudi datang & pergi sambil2 mengangkat seluar atau kain mengelak lopak. atau duduk saja2 berbual entah apa.waima,lepas seketika aku & dia berlalu pergi.

pesta VOX play.hujan renyai2.janji yg terpampang jam 5.biasalah perlu sound check dahulu.berlegar kala jam 6 seakan-akan muzika bunkface bergema.tak tahulah wujud mereka di situ atau putaran awang-awangan semata.kornea mata aku sudah jadi superman ralit menerobos segenap sudut.yang depan,yang belakang,yang kanan,yang kiri.hati sudah mula berkira-kira mao buat dosa.maaflah bengkak x mampu menahan.terlalu banyak yg silau dlm terang.

*senyum sumbing*

muda-mudi.bergaya itu jenama.mao market empunya badan.yang si polan itu, gaya punklah mungkin.rambut berkarat cacak2, berjaket kulit hitam dgn simbol pelik-pelik,jeans koyak sana sini.aku pandang kau semua senyum.yalah aku senyum saja.saja2.yang si polan ini, si gadis lincah.aku agak2 kau mesti umur 12 ke 15 tahun.aku tahulah.lihat saja gaya kau & kau.mao pakai skirt aku tak kesah.tapi perlukah selit sama stokin ala2 pussycat dolls?kau ke mari atas tujuan apa.nak buat tarian terkinja-kinja itu?atau kau mao lelaki tangkap chenta lihat lengging kau yang jelita? jelik.si polan sana, pakai sweater berbulu-bulu.aku rasa aku panggil itu sebagai sweaterlah.aku tak tahu jika kau bilang itu pelengkap citarasa mewah kau.atau kau fikir itu utk sambutan christmas barangkali.tak apa itu gaya kau,suka hati sendiri kan.tapi buleh tak kau mengerti sekarang musim hujan.sekarang kau pijak atas bumbung.bumbung tak ada siling.orang ramai bersesak.pasti kau pun dapat agak.hujan bercampur peluh yang kau cipta.alahai..kau fikir sendiri buleh?

*senyum sinis*

aku tahulah.muda-mudi.ya muda-mudi bergaya itu wajib.aku x kesah kalau kau mao jadi super cool dengan gaya.jadi perlu kau tayang kamera hebat nak mati kau itu?aku ada kamera oii kalian warta jelata.aku beli mahal sebab itu aku lilit di tengkuk aku tiap kala.kamera ini berat,leher aku lenguhlah.tapi tak apa.kan kamera aku hebat.kalian tak ada macam ini.waima,aku kesah apa sama kamera hebat nak mati kau itu.ada kau snap bang bang gambar ibaratnya kau photographer majalah junk?tiada.nil.zero.hujan turun pun kau maseh mao lilit di tengkuk kau. kasihan aku lihat.masa kau beli kamera hebat nak mati kau itu,peniaga lupa barangkali mao kasi beg.oke.anggap sajalah aku cemburu yg dahsyat sama kau punya kamera.terima kaseh.aku teruja.

ya.

aku mengerti.sangat mengerti muda-mudi itu perlu ada gaya.perlu market empunya badan.perlu tunaikan kewajiban itu.aku tahulah sebab aku juga muda.aku juga maokan gaya. suka sama gaya.suka utk jadi perhatian.tapi aku juga fikir utk letak gaya aku di tempat mana. utk berpakaian yg seadanya.kalau berkehendak gaya luar biasa aku snap bang bang saja self-portrait.itu lebih afdhal utk diri aku sbb di luar aku mengerti aku tdk buleh lakukan yg sama.mengerti kalian?

owh.atau kalian rasa itu bukan sama sekali salah kalian?aku pakai begitu begini sebabnya itu saja cara utk jadi super cool.itu yg dipakai oleh artis A,artis B.di barat,di timur,di utara,hatta di selatan sekalipun.kalau tak pakai begitu begini tak ikut trendlah maknanya.jelik.dlm dunia ini ada banyak lagi trend yg buleh jadikan kalian super duper cool.bertudung pun sudah jadi gaya bukan?ada org paksa kau bergaya yg pelik2?ada kalau kau pakai sama macam artis atau org2 yg kau jadikan idola,kau dibayar royalti puluhan ribu?

entahlah..kalian fikir sendiri.

December 12, 2008

si peneropong blog


helooooo semua!! saya tina.AWAS ya saya ini spy.saya nak teropong blog kalian di luar sana! *jeng..jeng..jeng*

December 11, 2008

yuppies

selamat hari raya aidiladha.!! ^___________^

maaflah aku terlalu lambat utk ucapkan pada kalian.berkira-kira mao diucapkan pada malamnya raya itu tetapi aku punya tugas besar dilakukan. *besarla sgt kan!* waima aktiviti sepanjang raya adalah makan,menonton tv,& juga babysit anak2 buah aku."aaina & baby".omigosh.couldn't fit into a sentence! tapi aku buat juga smp sekarang.dah hampir seminggu pown.benarlah dah berpuluh fius yg putus dari membran otak aku sepanjang babysit anak2 buah aku.bila geram mmg mao marah, tiba2 bikin muka cumel+kesian tu.terus rasa serba-salah.baru sekarang rasa susahnya mak & abah dolu2 jaga aku sama adik-beradik yg lain.aku berdiri tepuk tgn sama mak & abah utk ini.naluri keibubapaan sgt complicated utk bicara.takkan sama rasanya dgn aku yg x pernah punya anak.bagaimana ya bila aku sudah kawen nanti?being a yuppies through & through mmg munasabahlah zaman2 aku sekarang.young.urban.professional.kejar kerja.kejar alam rumahtangga.balik pula kejar utk masak,baso kaen,kemas rumah yg berselerak tak hengat.tak termasuk lagi kalau anak2 *oke anak2?* buat hal.menanges rebut2 barang, gado pukul2.suami juga harus dilayan & dimanja.tugas seorang isteri kan.kalau tiada suami yg memahami & tolong kongsi kesusahan mmg tak bole go on.hatta perlu cari hubby yg mithali.highlight of da day is to have a cuppa with hubby & sharing all stories yg bisa buat hati tawa ria or gundah gulana.pastu esok sambung semula aktiviti yg sama berulang-kali sampailah anak2 besar & jadi somebody.haha besar angan2 aku.kalian pula bagaimana?bisa jadi yuppies?atau lebih rela duduk rumah jadi surirumah (perempuan) atau mungkin surarumah (lelaki)?ngee..

ayuh buat kek mak saya!

hari ini ayuh kita belajar cara-cara membuat kek dari resipi plg mudah oleh mak aku oke! ;D


pertama: sediakan bahan2 yg diperlukan.tepung buat kek,butter,gula pasir,telur 4 biji,susu cair,esen vanilla/ apa2 saja perasa laen,pewarna (ikut warna apa yg kalian mao),bekas nak membelasah tepung & telur.







kedua: masuk gula (1 cawan) dalam bekas.







ketiga: masuk butter (1 cawan) dalam bekas sama.kemudian belasah sampai keputihan.sila makesure kalian belasah ikut arah yg sama saja.kalau berubah-ubah kek x bisa jadi.





keempat: masuk telur dalam bekas laen.belasah sampai keputihan.







kelima: masukkan pewarna.aku letak kaler cokolat sbb nampak cambesh.hee..





keenam: masukkan perasa vanilla atau apa2 saja.harap maklum yg dlm piccie perasa oren.






ketujuh: masukkan susu cair (1 cawan).pastu belasah bagi rata.ingat belasah 1 way oke!






kelapan: masukkan tepung kek (2 cawan).belasah lagi.






kesembilan: akhir sekali baru masukkan telur yg telah dibelasah dlm bekas yg berasingan tadi.


kesepuluh: ini hasilnya bila telah dibelasah sampai rata kesemua bahan2.kemudian ambil loyang utk bakar kek.sapu loyang itu dgn butter & tepung.tujuannya utk elakkan kek yg di masak nanti melekat pada loyang.







kesebelas: baru masukkan bahan2 itu dalam loyang.




keduabelas: masak atas api yg kecil.kalau ada oven bolela gunakan oven oke.suhu?aku pown tarak tau.kalian adjust jela asalkan x hangus. :D tinjau2 kek utk pastikan suda masak atau belum.cara nak tau mudah saja.cucuk permukaan kek dgn lidi atau garfu,kalau x ada sisa yg melekat maka kek komfem suda masak.senang bukan?:)



ketigabelas: nah,inilah dia kek mak saya yg suda siap dimasak! kalau mao bole juga letakkan topping cokolat atas kek bagi rasa lebih ummph! atau mao makan dgn jem strawberi.atau mao makan sama aiskrim. bole,bole! smua bole.. *suke2 hati aku jew* :D selamat mencuba kalian!!



































































































December 5, 2008

aku telah di'tagged' #2,3 & 4!

ahaaa..kalian telah berjaya 'tagged' aku buat kali ke-2! ciss!! memandangkan aku tidak buleh lari ke kayangan.waima, aku jawablah tag itu walaupun agak lambat.. ikut turutan masa oke. ^________^

tagged #2
yg kasi bikin aku buat ialah cik maira. ;)


Rules- Link to your tagger and post these rules on your blog.* Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.* Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.* Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog


oke..1 2 3 go!
7 fakta perihal aku:


satu- makan, makan, & makan
aku ini sebenarnya suka makan.apa2 jua aku telan asal dapat memenuhi rongga2 aku yg pinta dipenuhi.kalau duduk saja2 bergoyang kaki di rumah, tabiat makan aku jadi plus2 extra.sbb di rumah mak masak sgtlah menyelerakan hatta berlaukkan sardin sekalipown.beside, mak aku telebih rajen mao ajak si gadis ini keluar makan di mana2. *oke admit aku sudey tembam* :D

dua- ketawa, ketawa, & ketawa
ini tabiat aku yg tidak buleh diubah sama sekali.aku suka ketawa.ya aku ketawa terbahak-bahak smp jiran sebelah rumah pown buleh dengar. "aiyaaa u punya anak aaaaaa manyak hepi!! ketawa sgt besat!!" kata sak wai, jiran cinot sebelah rumah pada ibundakuh. aiyaaa sak wai u bikin gua malu! aku juga suka ketawa terlebih advance dari org laen.cth senang: aku bercerita perkara lawak, waima ofcozlaa aku ketawa kan.oke oke then kwn2 aku pown ketawa sama. *juling mata* kwn2 ketawa sbb aku ketawa,ceyh bukan sbb cerita aku lawak! okela tu kan.drp kwn aku ketawa pending.org laen sudey abes ketawa baru mao ketawa.hehe.

tiga- kawan, kawan, & kawan
well,nak dijadikan ceritera kala aku small2 dolu kan..aku & famili tgl dalam kem soldadu (bahasa ringkas: tentera daaa).abah niaga kedai runcit.sebelah kedai abah ialah kelab hoki tentera.so mostly kwn2 aku ialah abg2 & pacik2 tentera yg main hoki tu.so so aku lebih ramai kwn laki2 yg berusia dari aku.so so so sbb itulah aku lebih cepat terasa miang2 di badan. :D eh da lari topik.ya tapi fakta ini suda berubah.menginjak dewasa,aku lebih tenang berkawan sama perempuan.lebih ramai kwn perempuan.barangkali sudah jemu pada laki2 dewasa. *amboi statement!*

empat - etnik, irama, & malaya
jangan panik! *buat hape pulak kalian nak panik?* haish.sebenarnya lah.kan kan.aku suka amat dengar sama muzika irama malaya.zapin & dangdut.kan sudey bilang kalian akan panik! hehe.. jgn teruja kalau aku bilang aku bole gelek2 360 darjah bila dgr lagu dangdut.ahh asyik2! tapi kalau zapin aku tak pandailah mao bukak langkah.sempat belajar sikit saja di UiTM jhr.hatta berangan saja menari zapin. :)

lima - mao, mao, & mao
kalau aku mao satu2 barang atau dua atau lebih,aku jenis yg maokan ia dalam kadar yg segera.fast & furiouslah bak org bilang.yekew? sewius ini,kehendak aku sama besar dgn klcc.sbb itu kalau kehendak aku maokan baju,petang atau esoknya aku akan pergi shopping.selalunya sorunk2 saja pergi beli sbb takot kena marah sama mak & abah.heee.. pasti kasihan sama suami aku nanti kan.haish.

enam - meow, meow, & meow
hakiki, bukan fantasi.aku lebih pandai memanjakan kucing dari memanjakan anak2 kecil.kalau aku lihat kucing & baby sebelah menyebelah, aku terus cekup itu kucing.haha kuang asam boi aku ini! sbb aku ini anak bongsu.aku tak ada adik ofcoz.masa kecil2 dolu rumah mmg penuh keturunan kucing pembaka aku,kentoi namanya.waima aku suda anggap anak cucu cicit kentoi mcm adik aku.aku pown bilang aku ini kakak mereka. ahhh rindunya sama mereka! suda lama tiada kucing di rumah.hmm..

tujuh - hp, hp, owh hp
haha ini aku pasti inchek buttercisco suda dpt mengagak bukan?:) aku tiada hp yg canggih manggih.sewius buta teknologi.bilanglah model apa yg keluar aku juga tidak tahu & tak ambil tahu.hp sekarang pown aku tak tahu model apa tapi yg pasti cuma buleh hantar sms & call saja.



...............

tagged #3
tukang kasi aku bikin ialah cik afy. ;)


1. Do u think you're hot?

ooo yes i am! hot hot chicken shit (hangat2 tahi ayam) saja. :D



2. Upload your favourite picture of you.

3. Why do u like dat picture?
juz for one reason.da surrounding is mesmerize! ;)
cahaya itu buat hati aku riang ria.suka suka.

4. When the last time you ate pizza?
last 2 weeks perhaps? can't rememba.my abg bwk blk.yummy!:)

5. The last song you listened to?
korean song: OST my girl.

6. What are you doing now beside this?
dengar muzika dari mp3.

7. What name would you prefer besides yours?
dolu aku fikir kenapa mak & abah beri nama bunga sama aku.aaina dahlia.ngee..
tapi sekarang aku rasa nama aku oke hape.buat apa mao nama laen kan afy!;)




................

tagged #4
yang kasi bikin aku buat ialah inchek buttercisco. ;)

RULE #1 : People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any 1 questions that they dislike with a new question formulated by themselves.

RULE #2 : Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tagged by and continue this game by sending it to other people.


owh sungguh banyak soalan perlu dijawab.berusaha! :)


1. If your lover betrayed you, what will your reaction be?
*senyum sinis* aku menanges.aku jumpa sang kekaseh, lalu aku tanyakan benar atau tidak.waima, terpulanglah pada jawapan sang kekaseh.

2. Do you like tags?
mula2 teruja.tiba2 dpt 3 tag sekali.mmg pening mao jwb.haha.jadi rasa biasa2 saja.

3. If you can have a dream to come true, what would it be?
jumpa sama jejaka & menikahi dia.happily eva after. *klise*

4. Whose butt would you like to kick?
HAHAHA..George W.Bush! hell yes!

5. What would you do with a billion dollars?
*omigosh* aku bisa buat berbillion perkara.memenuhi kehendak aku yg pelbagai.contoh: beli rumah anggun.panggil eric buat deco.beli kereta anggun.drive keliling dunia.buleh kew?heee..

6. Will you fall in love with your bestfriend?
taderhal.kalau dia lelaki tulen! haha..

7. Which is more blessed, loving someone or being loved by someone?
definitely being luv by someone! :) rasa itu bisa buat diri hanyut ke lembah asing.beside it's better to be dat way.
a lot more better..

8. Are you gorgeuos?
tak langsung.

9. If the person you secretly like is already attached, what would you do?
bilang sama dia."hey, kau jagalah sang kekasihmu baek2! aku suka lihat kau bahagia"

10. What do you pray each day for your loved one?
kebahagian dunia & akhirat.moga2 semua kita diampunkan dosa.amin..

11. What takes you down the fastest?
apa2 saja ceritera sedih.aku bisa nanges kalau lihat org laen nanges.over sensitif barangkali. ;)

*12. What are you addicted at?
telivison.internet.choco.muzika.shopping?ngeeee..

13. Why do you think you are so tensed up..no matter at the office..or at home or in your toilet??
lambat.aku x keruan utk menunggu.

14. What kind of person do you think the person who tagged you is?
ahhh..a gud2 blogging fren.pengkomen plg rajin! hehe..

15. Would you rather be single and rich or married but poor?
yaiya..cud it be rich & married fellas? it's more delicious!

16. Who would you like to see the moment you wake up?
parent so far.future mao sgt2 tgk my beloved hubby.yehaaa! :D

17. What’s the character must have in your partner?
ini aku sudah bilang pada tagged #1. ;)

18. If you fall in love with two people simultaneously, who would you pick?
naaaa'ahhhh..won't pick any of them! flirting saja sama keduanya smp jumpa jejaka tiga.hahaha.. *giler keji*

19. Would you forgive and forget no matter how horrible a thing the someone has done?
forgive yes.forget neva.

20. Do you prefer being single or having a relationship?
olaadida..for now, being single is da only choice i have.thnx! =)

21. Would you leave your family behind just to chase your dreams?
why wud i do dat? neva! fam is everytin oke!



p/s: maaf kalian!! aku tak benar2 follow pada rules yg ditetapkan.malas sudey mao tag org laen sahaya tiada siapa yg aku bisa tag pown kan.itu saja aku suakan ya.kalian tak akan saman aku kan? haha.. :D

December 3, 2008

infOrmasi

schedule of the event:


12th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition*Art Booth

5:00 pm

Acoustics Performance by:

- Bob Ku2 dan Rakan
- Sky Juice Coffee
- Ain Zulkifly and The Inggits


8:00 pm

Theater by:

Dahan - Dahan Seni ( art group anak-anak KTM )

9:00 pm

Tayangan Gambar Bergerak ( TGB ):


- Wasiat
- Baby I'm Yours
- Grip Phone
- Wanita Pada Tubuh Lelaki
-----------

13th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition*Art Booth

12:00 pm

Light Music Performance by:


- Sorganina
- Static Emily
- The Fridays
- Ana Raffali
- Silent Scenery
- Lightcraft
- 41
- Juno Hana


5:00 pm

KIV

6:00 pm

Poem Recital by:


- Adam Kasturi
- Aleeya
- Rahmat Haron
- Fynn Jamal


8:00 pm

Acoustics Performance by:


- Poppy
- Violet
- Juxtaposed
- Poet Stories
-----------

14th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm

Visual Art Exhibition*Art Booth

1:00 pm

Acoustics Performance by:


- Pita Hati
- Maleena
- News At 11
- Wani Ardy
- Mohd Lorong Haji Taib


4:00 pm

Art Therapy by:

-Fatullah Luqman Yusof

5:00 pm

- Didgeridoo Clinic

6:00 pm

Tayangan Gambar Bergerak ( TGB ):


- What Happen To The Green?
- Maxim Gorky
- Sunyi


8:00 pm

Electro Acoustics Performance by:


- Flica
- Shtlm
- Arus

more info: click on RANtAi-ARt. =)

manusia biasa.tiada yang hebat.

aku sudah berjanji pada diri tak mao libatkan perkara2 picisan yang bisa gugat emosi aku.itu janji aku 6 bulan lalu.aku juga bisa tolong orang lain & menasihati jangan sama sekali tewas pada emosi.perlu bangkit & kuat.tolong jadi orang yang kuat.aku benci melihat kelemahan.aku benci pada keluhan.malang sekali aku tak bisa tunaikan janji itu.aku sedar manusia jua punya kelemahan.sesekali tempiasnya perasaan itu akan mengundang kesan yang dalam.mungkin aku ini orangnya suka pada tawa & ria.mungkin bila aku tewas sesekali pada emosi, aku anggap diri aku tidak kental.tidak utuh.waima, cebisannya hati kecil aku rasa debaran yang menggoncang bukan sedikit.ya.manusia itu sukar dimengerti.atau aku yang terlalu dungu untuk menduga.kalian rasa? tapi tidak mengapalah.aku bisa menolak segala rasa itu.nah..aku maseh bisa ketawa anggun hari ini.bisa senyum anggun hari ini. ^________^ masa akan ubati segala.tak usah pusing memikirkan yang tidak2.tak usah gentar pada kelemahan.manusia tetap manusia.aku manusia.tiada yang hebat.

December 2, 2008

emosi


  • buat kau yang tak bisa mengerti..



pendek akal.

bicara berjeda-jeda.

aku tak gentar.

kau tebarkan saja panji kosong itu di wilayah sempitmu.

aku bukan pendusta durjana.

kau jadilah bonekaku.

sahaya aku memperolok segala.

ujian itu khas untuk kau.

hanya untuk kau.

mengerti sekarang?

telahan aku bukan kosong lagi.

sudah nyata kau rakus.

apa kau fikir perempuan itu sundal.

alas buruk hidup kau.

biar kau bicara berapi agung.

ketawa aku sinis.

toleh saja fikiran kau yang sialan.

apa kau buat aku senyum.

tangis aku sudah tiada.

kemarau sama seperti hati aku.

hati kau itu lebih gelap.

aku sudah muak pada semua perihal kaulah.

dengar sini aku bilang.

kau yang memperolok segala.

kau itu yang pendusta durjana.

kalau benarlah saktinya kata.

waspada saja.

semua kata itu bisa telan kau kembali.

kematian bukan boneka ciptaan.

aku masih waras.

cukuplah..

aku halal semua khilaf kau.

kala dulu,kini, & bila-bila saja.

nyah dari hidup aku.













December 1, 2008

menunaikan kehendak

hye kalian..

hari ini 1 december.owh suda bulan december!:)
aku hanya punya 28 hari lagi untuk bertafakur di rumah.aku buhsan.suda sgt2 buhsan sehingga aku malas tahap dewa.org call tdk berangkat.org msg tdk menjawab.baca novel tdk kena.menonton movie di cd juga tdk kena.jadi tdk keruan aku ini.sbb itu juga aku tdk menyentuh bloggy aku.tiba2 aku teringat pada sesuatu.kala final aku fikir terlalu banyak perkara.serius terlalu banyak.mungkin neuron otak aku bekerja terlebih sedikit dari biasa.maka aku menconteng perkara itu di dalam diari burukku.atau aku kira ia cenderung pada 'kehendak' saja-sajaan.inilah aku menunaikan 'kehendak' aku itu.yang aku tules kala final seperti berikut:


30/10/18
thursday
1:06 am

masa ini patot utk menelaah.
tiba2 fantasi gila menjelma.
snap.bang! bang!
aku pasti lepas final aku mao lakukan ini.
*teruja* :D

pertama: pakai dress.pakai legging kaler striking.kasut cumel.teddy bear pada persekitaran dinding putih.jadi kanak-kanak ribena. SNAP.bang! bang!

waima jadilah aku sebegini rupa. ;) amat susah mao cari satu shoot terbaik.ya kerna aku hanya amatur picisan jalanan.aku tak punya lighting bagus.kamera bagus.mahupun editing tool yg bagus.tak ada adobe utk edit serba-sedikit.touch up mana2 yg patot.byk sgt yg kurang bukan? aku perlu lebih usaha di masa akan datang.muga2 dpt jadi lebih kreatif.aku cuba. :)

















kedua: pakai short kotak2 hijau aku atau skirt kalerful.tee kaler striking.pakai vast di luar atau mafla sangkut di leher.legging striking.cermin mata old skool.kepit buku.pegang pen atau pensel.duduk atas kerusi.pintu almari baju dibuka.jadi teacher of fashion disaster. SNAP.bang! bang!


hasilnya maka seperti ini. ;) aci pakai redah photosnap! aku tak jadi pakai itu vast & juga mafla kerna bila disua pada badan jadi kurang sesuai. terlalu byk aksesori.aku pegang saja majalah sbb itu yg ada di depan mata.haha.tak serupa cikgu langsung.serupa macik zaman 60-an barangkali. *OMG!!* =.='
entahlah apa yg aku buat.
menunaikan kehendak semata.haha.
kala buhsan idea gila ini yang menjelma.
maaf kalian terpaksa menonton aksi tidak hebat aku!:)

November 26, 2008

hati rapuh # 3

si dungu
kala jiwanya resah
hatinya bermadah rapuh
lalu merenung jauh di sana
ada gesekan angin yang berlalu
berhembus ia menyisir bulan
menengadah dinding di depan
yang ada adalah tiada
statik tanpa noktah
dirasakan oleh si dungu
riwayat itu amat jauh
gapai olehnya maya
hanyut semua hakiki sempit
yang memateri
yang memijak sohih lubuk hatinya
berkelanalah si dungu

November 24, 2008

baju-bajungan

entri kali ini aku mao berbasa-basi saja.omong2 kosong bicara tentang baju-bajungan.aku ini sewiusly fashion disaster! segalanya aku pakai aci redah, aci belasah, & aci jual sireh.eh? bila lihat org laen ber'fashion' yg vogue & hawt aku juga teruja mao mengikut.tapi x pandai utk mengaplikasi.oke jadilah aku seperti org gilak berbaju!selalu utk apa2 cara sekalipun aku 'berfashion yg disaster', aku lihat pada mood sediakala.contoh senang : hari aku malas - keluar ke tesco atau mana2, pakai saja tee koyak, tudung x bergosok, seluar tah hapa2, & selipar jePoon rm0.90. hari aku gilak - aku pakai baju kaler titt, seluar kaler tutt, & kasut kaler tett. hari aku bahagia - baru aku pakai sedikit proper.yekew? :)

lagi aku ini beli baju di mana2 pown buleh.tarak kesah asalkan lawa mata memandang.& disebabkan sikap aku yg ini, selalu saja aku x sependapat sama mak & abah."neh baju apa yg kau pkai neh?, byk2 baju neh yg kau beli? haaah!! brape harga dia?" omigOsh! pusing kepala aku.waima utk mengelakkan masalah2 spt itu timbul,aku lebih senang utk shopping berseorangan & pilih saja mana2 yg aku suka.i knoe.i knoe.aku degil.aku akui. ahhhh tapi sejak akhir2 ini aku sudey suka utk beli local tee.support org Melayulah lebey kureng!:) dolu2 x byk pown org melayu nak design,print & selling their own label.sikalang sudah berubah.local tee da mcm cendawan tumbuh lepas hujan.pergi saja mana2 event atau gig adalah label itu & ini.design melatop.cun siot! tapi satu aku ralat,aku pena sekali beli satu label ini, 3-4 bulan pakai sudah koyak.haru betul! design tip top.harga ok.tapi kualiti zero.perlu kew mcm tu? isu seperti ini bukan lagi enteng.ABM (Angkatan Baju Malaya) pernah juga duduk berbincang bicara hal kualiti & masalah ciplak design.kira isu panaslah memandangkan public da complaint kan.& memang menjadi adat di mana2 sekalipun satu org jadi trendsetter, yg lain akan jadi pak turut.susa bukan mao jadi unik? zaman aku x matang dolu, aku slalu ketawakan org2 yg aku lihat agak "klakar" dlm berfashion.gaya yg pelik2 & x pernah org laen pakai.cth pakai blause dgn jeans atau pkai skinny,tee, then lilit2 tengkuk sama scraf.kan dolu itu smua x masuk akal logik kalau pakai kan.tup2 fashion spt itu sudah jadi popular.& kalau nak diikutkan fashion kita jao byk tertinggal berbanding Indonesia.fashion anak2 remaja kita sikalang (eceyy..mcm aku tue sgt jew) sudah setahun di pakai di sana.every month akan ada neu design yg klua sbb label2 di sana sudah establish ibaratnya mcm jenama Gucci, Versace, Padini, & Topshop lah.setiapnya label itu punya kedai & kilang yg tertentu utk hasilkan outfit mereka.mao tau sebab apa? mao jaga itu kualiti.mereka sama sekali tiada pakai belasahan buat tee.cth : pilihan material.sbb cotton itu juga punya pelbagai jenis.jadi kena sgt2 teliti dlm pemilihan material.sbb itu kualiti outfit mereka jao lebih baik.uhhh rasanya aku pasti jadi gilak kalau bisa shopping di sana.

hey..tapi kita pown sudah hebat. ;) sekurang-kurangnya sudah nampak usaha ke arah itu.da maken ramai anak2 muda Melayu involve in this field.itu termasuk sang gadis mcm label Poprina & Devotee.ada yg sudah buka kedai sendiri.Super Sunday(dekat monorail BB) misalnya is like 1 stop centre yg jual local tee termasuk label BIMA. abg aku punya.aku sendiri sudey lama ini x turun tlg abg.menanti-nanti masa yg sesuai.kalau ada gig aku mao join. hoyeayhh!;) di bwh ada piccie masa BIMA di Matrade 2008..




abang bira & kak fahima = bima

lan (meetUncle hussain) pakai tee destructive mankind

taja pakai tee meetUncle hussain by BIMA

BIMA sebelum2 ini lebih byk buat tee tuk band2 indie mcm meetUncle Hussain, Komplot, the Rhaman, Couple, & the Otherside Orchestra.lately, sudah ada produk baru.antaranya male & female cardigan, hoody, beg, juga cap.in future insyaAllah akan ada perkembangan laen.itu kena minta kepastian dari abg & kak fam dululah sbb dorunk yg organize BIMA. ;) by the way, kalau kalian teruja utk membeli *ehemm* buleh lawat page BIMA di maispes : http://myspace.com/bimadagang atau kalian buleh saja tglkan comment dekat bloggy aku.kalau kalian tgl jao BIMA bole antar by post.guna pos laju, additional charge rm6 sehelai.ciss! aku neh promote pule. :D maaf ye slot iklan sebentar.heeee.. :D

BIMA female cardigan

BIMA blause


BIMA bag jln2 cari pasal

koleksi tee BIMA

BIMA male cardigan

BIMA hoody

BIMA cap

aramak! entri sudah jadi sgt panjang & meleret.aku ini kata mao berbasa-basi saja.haha double maaf kalian! :) hatta cukup sudah sampai di sini.ayuh kita ber'fashion disaster'..!

November 20, 2008

aku telah 'ditagged' !

ini pertama kali aku ditagged oleh blogger.angkara cik waheed! *peace cik waheed* ^________^
jadi aku jawab saja begini ya..

1.what's ur ambition?
honestly,aku pown tarak tau nak jadi apa sikalang.ikut cik waheed kata time sek rendah dolu2 kan cikgu ada tnya kite nak jadi apa kan.bole buat 3 choices.betot x? haha serase nyelah aku pilih pertama, mao jadi cikgu sbb dolu2 cikgula job yg plg aku excited bile dgr.ari2 pown bilang sama mak, "sowk besar org nak jadi cikgu!" *kondifen jew aku* maen ngan kwn2 pown, kalau x maen kawen2 kompemlah maen cikgu2.haha.& kedua,aku pilih mao jadi pramugari.ngee yg neh lagi x buleh handle.aku suke sgt sbb jadi pramugari bole fly mane2 yg kite suke.owh besh2! & ketiga aku pilih mao jadi polis.neh kawan akula punye kije influence aku suro jadi polis.dia ckp jadi polis best.diela ckp.aku x ckp.heee.. lantas sikalang aku plan mao jadi exec finance sbb insyalah akan major coz neh degree nt.or else niaga sendiri.

2.who's more important to u? bf or fren?
ooladida..soalan nehla yg aku plg x suke bila bicara.selalu bila kapel kwn terasa terabai.aku pena rasa kwn yg terabai & jgk dikatakn mengabaikan kwn.*wengs! sebetulnya dua2 pown sama penting.it juz kne pandai2 manage masa tok bf kite & kwn2 kite.so fair enoughla kan?;)

*3.what will u do when you face pressure?
hee ini ques yg aku ubah utk acara tag-mengetag neh.slalu aku bile pressure kompemla hengat bukan2.hati gundah gulana.nak legakan hati dari kecik aku musti kne lompat atas tilam pastu peluk bantal kuat2.muke kasi tutup ngan bantal tuh. then nanges.tu 1 waylaa.cara laen tules diari.luahkan evtin mse menules tuh pastu rs lega yg teramat.even gado or x puas hati ngan kwn2 kan aku kompem tules surat luahan perasaan.hehe time sek dolula buat mcm tuh.tahpape kan.sbb tuh kowt aku suke menules. ;)

4.do u tink u have enough confidence?
tak pena ada strong confidence dlm diri.haha sewius! slalu rs inferiority complex.perasaan renda dri tahap maksima.maseh lagi tak buleh ubah smp sikalang & aku sedar aku ada pwob neh semenjak aku pindah rumah mse darjah 5.mse tuh x hengat punya nerd.dak2 laen sume hawt2 or budget hawtla kan.da bicara suke boy neh,boy tu.
tuka2 kapel.aku mcm culture shock jew time tuh.x pena pikir lgsung bab cintan cintun.dala tuh aku pakai tudung pown berlipat, jerawat beranak-anak.mmg rase sgt2 rendah diri.

5.how many babies u want?
ngeee..aku mao 4 org anak kalau kawen nt.2 laki 2 pompuan. ^_____^

6.do u believe in seeing a rainbow after the rain?
yes,absolutely.sumtime tgk keadaan jgk.

7.what's ur goal for diz year?
goal aku ialah menjaringkan gol utk Malaysia bila lawan MU.haha nolaa kidding! aku hanya ada hasrat utk blaja sungguh2 smp cucur atap.no more henky penky.no more luvvy duvvy.simply becoz i'd enough of it.ala2 yuppies wannabela kowt! x pikir mao settle down unless god says so.insyalah..

8.do u believe in eternity love?
yah..i do.kalau tak aku takkan tunggu sama jejaka chantek. ;) tapi lambat lagila kowt utk itu smua.

9.what's a perfect gf/bf like to u? (list 10)
satu- dia ada basic agama.
dua - dia bole bimbing aku kalau aku salah.
tiga- dia dtg dr keluarga baek2.
empat- dia ada pendidikan.
lima - dia bole tepati ciri2 yg makbah aku nak.
enam - dia bertanggungjawab.
tujuh - dia senang dgn aku which mean buleh terima aku seadanya.
lapan - dia tak berkira.
sembilan - dia bole buat aku ketawa riang ria.
sepuloh - dia sweet dgn cara dia sendiri.

10.what are u really afraid of?
snakes! sgt..sgt..sgt geli & ngeri bile tgk.eiiiyuuu~

11.what is ur current hate?
lelaki gatal.lelaki miang.lelaki kasanova.

12.is there anything u wanna tell da people who hates u?
hopefully tader saper akan benci aku.tapi kadang2 kite x sedar kite ada buat salah kat org kan.for those who hates me (kalaulaa ada)..maaf byk2 atas salah silap aku! harap dpt dimaafkan sbb aku juga x ingin dipersoalkan di akhirat nanti.

13.do u cherish every single frenship of yours?
ofcoz i will. ;) aku x banyak kwn yg betul2 rapat.satu org yg bisa buat aku selesa,aku akan kwn dgn dia sampai mati.

14.what is your recent nite dream?
hahaha.rasenyer aku tak perlu ulang ceritera itu kan?^______^

15.what do u crave for the most currently?
owh sgt2 byk! lately kehendak aku macam2.baju baru.laptop.kamera hebat.shades.photo bang! ahhh..aku kira kalau aku bernaseb baek utk tunaikan smua kehendak2 itu,akan aku suakan buat kalian dlm entri akan dtg ya. ;)

16.most unexpected gift u received so far & when?
mp3 samsung,touch scrin.hadiah bufday dari ex aku.sewius aku syg amat sbb aku suka pada muzika & itu saja yg buleh buat aku mengenang yg indah tentang dia kadang2.kadang2 oke!

17.describe da person who tagged u in 5 words.
hahaha.habeslaa ko waheeda.. :D

satu - nice
dua - specky
tiga - bijak
empat - peramah
lima - humble

18.what have u done to yourself to make yourself happy?
dgr muzika.tgk movie.shopping.be with people yg aku sayang.mkn apa yg aku nak.tidow bile2 yg aku suka.aci redah buat apa2 yg aku nak buat. *giler x senonoh* :D

19.what will u become in another 10 years to come?
mase nehlaa kan, kompem2 aku da kije.kowt2 da kawen so jadi isteri yg solihah. *eceyyh*

20.describe yourself in 3 words.
satu - pemalas
dua - sengal
tiga - penggelak (ada ke perkataan neh?)


tag instruction!
Remove 1 question from above and add in your personal question.Copy and paste these 20 question in your blog. Tag 8 peoples back.

seterusnya aku tag nama2 di bwh ini.hehehe:
  • cik iela pari2
  • cik afy
  • cik azie adyda
  • inchek buttercisco
  • inchek audio
  • inchek ikramtorres
  • cik maira
  • prof kamil? ngeee.. (da out of list ^^)