December 15, 2008

rANtAi & VOX play

kala aku menules, hujan maseh lagi basah timpa bumi.damai rasanya mendengar alunan itu.bagai satu muzika yang bisa temani aku meledani waktu.imbas kala itu hari, hujan juga mencurah turun dari petala langit tika aku & seorang lagi rakan menapak menuju red bungalow.lenjun walau berpayungan.aku & dia redhakan saja walau hati terkumat-kamit.sementelahan, terimbas kami memori zaman hingusan. *ketawa kami bersama*

entahlah apa yg aku mao ceriterakan.tiada kamera juga dibawa sebagai kenangan.sialan tertinggal. kalau ada juga, maseh memikir apa yg perlu aku tules.lengang saja di sana.ahh mungkin hujan.jadi tiada apa berlaku.mungkin.yang pasti tiada banyak khemah tersusun seperti tahun lalu.yg aku lihat muda-mudi datang & pergi sambil2 mengangkat seluar atau kain mengelak lopak. atau duduk saja2 berbual entah apa.waima,lepas seketika aku & dia berlalu pergi.

pesta VOX play.hujan renyai2.janji yg terpampang jam 5.biasalah perlu sound check dahulu.berlegar kala jam 6 seakan-akan muzika bunkface bergema.tak tahulah wujud mereka di situ atau putaran awang-awangan semata.kornea mata aku sudah jadi superman ralit menerobos segenap sudut.yang depan,yang belakang,yang kanan,yang kiri.hati sudah mula berkira-kira mao buat dosa.maaflah bengkak x mampu menahan.terlalu banyak yg silau dlm terang.

*senyum sumbing*

muda-mudi.bergaya itu jenama.mao market empunya badan.yang si polan itu, gaya punklah mungkin.rambut berkarat cacak2, berjaket kulit hitam dgn simbol pelik-pelik,jeans koyak sana sini.aku pandang kau semua senyum.yalah aku senyum saja.saja2.yang si polan ini, si gadis lincah.aku agak2 kau mesti umur 12 ke 15 tahun.aku tahulah.lihat saja gaya kau & kau.mao pakai skirt aku tak kesah.tapi perlukah selit sama stokin ala2 pussycat dolls?kau ke mari atas tujuan apa.nak buat tarian terkinja-kinja itu?atau kau mao lelaki tangkap chenta lihat lengging kau yang jelita? jelik.si polan sana, pakai sweater berbulu-bulu.aku rasa aku panggil itu sebagai sweaterlah.aku tak tahu jika kau bilang itu pelengkap citarasa mewah kau.atau kau fikir itu utk sambutan christmas barangkali.tak apa itu gaya kau,suka hati sendiri kan.tapi buleh tak kau mengerti sekarang musim hujan.sekarang kau pijak atas bumbung.bumbung tak ada siling.orang ramai bersesak.pasti kau pun dapat agak.hujan bercampur peluh yang kau cipta.alahai..kau fikir sendiri buleh?

*senyum sinis*

aku tahulah.muda-mudi.ya muda-mudi bergaya itu wajib.aku x kesah kalau kau mao jadi super cool dengan gaya.jadi perlu kau tayang kamera hebat nak mati kau itu?aku ada kamera oii kalian warta jelata.aku beli mahal sebab itu aku lilit di tengkuk aku tiap kala.kamera ini berat,leher aku lenguhlah.tapi tak apa.kan kamera aku hebat.kalian tak ada macam ini.waima,aku kesah apa sama kamera hebat nak mati kau itu.ada kau snap bang bang gambar ibaratnya kau photographer majalah junk?tiada.nil.zero.hujan turun pun kau maseh mao lilit di tengkuk kau. kasihan aku lihat.masa kau beli kamera hebat nak mati kau itu,peniaga lupa barangkali mao kasi beg.oke.anggap sajalah aku cemburu yg dahsyat sama kau punya kamera.terima kaseh.aku teruja.

ya.

aku mengerti.sangat mengerti muda-mudi itu perlu ada gaya.perlu market empunya badan.perlu tunaikan kewajiban itu.aku tahulah sebab aku juga muda.aku juga maokan gaya. suka sama gaya.suka utk jadi perhatian.tapi aku juga fikir utk letak gaya aku di tempat mana. utk berpakaian yg seadanya.kalau berkehendak gaya luar biasa aku snap bang bang saja self-portrait.itu lebih afdhal utk diri aku sbb di luar aku mengerti aku tdk buleh lakukan yg sama.mengerti kalian?

owh.atau kalian rasa itu bukan sama sekali salah kalian?aku pakai begitu begini sebabnya itu saja cara utk jadi super cool.itu yg dipakai oleh artis A,artis B.di barat,di timur,di utara,hatta di selatan sekalipun.kalau tak pakai begitu begini tak ikut trendlah maknanya.jelik.dlm dunia ini ada banyak lagi trend yg buleh jadikan kalian super duper cool.bertudung pun sudah jadi gaya bukan?ada org paksa kau bergaya yg pelik2?ada kalau kau pakai sama macam artis atau org2 yg kau jadikan idola,kau dibayar royalti puluhan ribu?

entahlah..kalian fikir sendiri.

10 comments:

Hazwan said...

ah ko jgn terase same dorang. sekali skala nak show off.al maklum la remaja hupdate.haha. patut la semua mata mmndg aku smbl ketawa kecil masa rantai hari jumaat, aku memakai kemeja lengkap bertali leher. mungkin mereka fikir aku skema hanjing.walhal aku baru balik kerja. owh. remaja.haha

IkraamTorres said...

aaina....jom tengok konsert weken ni~~

misshetrek said...

pegi rantai yer?
saya sudah di tganu
tiap2 tahun xdpt pergi.aihhh..

*ns minyak lmbt lg.u bau ns minyak org lain tuh :P

Buttercisco said...

tunggu lak rock the world..hehee

aainachentak said...

inchek hazwan:
kisah kau neh buat aku kenang gig di matrade dulu.ada sorang mamat pkai kemeja&tie jugak.haha aku pun naik pelik bin ajaib.bwu skrg aku tau.dia pown bru lepas blk keje jgkla kowt! :D

inchek ikramtorres:
konserto apakah itu?:)

misshetrek:
tak apa.buleh pegi nt year k.. ;)
ahaha.mungkin jgk skrg musim kenduri kawen.ngee..

inchek buttercisco:
ya..ya..
tggu rtw pula.itupown kalaulah pergi sy neh :)

IkraamTorres said...

konsert rtw...sabtu ni.join i gi nak?

aainachentak said...

eh a'ar.salah tgk hb.thot 26hb. :)
itulaa mao pegi tp xtau nak pegi dgn ape.transport nil.ngee..

IkraamTorres said...

takper...nanti i pick up u k...u emel to me ur hp no k : aam.sendoh@yahoo.co.uk

maira.adreanna said...

whatttttt !! tade gamba?

aainachentak said...

inchek ikraam:
sowie x pegi rtw!! ada kenduri kawen..
sowiee again!

cik mai bucuk:
tulaa pasal! geram gler boleh tetinggal cam.. :"(