December 17, 2008

miang miang keladi

prolog:


dari semalam hati rasa goncang2.tangan sejuk mcm ais.aishh.result nak kua.result nak kua.patot hari ini.bila check x buleh pula.hmmm sistem uitm mengong lagikah? check result degree.ahah akhirnya aku akan pulang kembali ke kampus Johor.rasa sgt kelakar.sudah aku agak. *wengs! ketawakan diri sendiri.


.........................


bila tiba musim cuti sekolah,satu tabiat biasa org Malaya ialah berkahwin.sana sini kad jemputan dihulur.ibu bapa pengantin jadilah org paling sibuk mengalahkan perdana menteri.sementelahan pula aku menginap di pondok pangsa, lagi ramailah jiran tetangga yg melangsungkan perkahwinan.nak dijadikan ceritera, itu hari jiran aku berkahwin dengan saudara muallaf.lelaki cinot.meriah u! almaklumlah mereka kurang arif adat istiadat Melayu kan.kebetulan ibu muallaf itu menetap di Australia kerana berkahwin dgn mat saleh di sana.Australian guy oke bukan anak mat salleh!waima permintaan dari ibunya muallaf itu sendiri utk dibuat majlis perkahwinan utk dia & suaminya merasa bagaimana adat Melayu menjunjung ikatan kasih yg sah.

elok saja kompang gedebung gedebang, hujan mencurah-curah turun dari petala langit.naseb baek pengantin sempat masuk khemah.kalau tidak luluhlah hati si mak andam lihat hasil make up terpadam dek air hujan.aku pun sibuk2 sekali menyelit di celahan saudara-mara pengantin.bukan apa,seronok lihat pelbagai bangsa berkumpul.anak Melayu mencium tangan saudara cinot.mat saleh itu menepung tawar pasangan pengantin & gembira bukan kepalang bila dihadiahi bunga telur.ahh indah bukan panorama itu!:)

sekarang kita masuk babak makan beradab.hujan turun masih lagi x henti.biasalah tu.kalau hujan jadi banjir sedikit di kawasan meja makan.air bertakung kan.ibu si muallaf itu pakainya kebaya nyonya sendat.waima dia tidak buleh menyusur air utk ke meja makan.x semena,suaminya dia si mat saleh itu terus saja dukung & bawa ke meja.aduhai romantis sungguh! semua yg lihat terutama macik2 terjerit kecil & menguntum senyum lebar. jarang2 masyarakat kita mao lakukan perkara sama.

miang miang ubi keladi.
makin tua makin menjadi.
apa dikira malu di hati.
sudah diangkat suami isteri.

patotnya begitulah.bila termeterainya lafaz akad segala sudah jadi halal bagi pasangan suami isteri itu.buat apa mao malu berpegangan tangan,hatta berpelukan sekalipun.diulangi sudah halal.tapi masyarakat kita yg tipikal berfikiran sebaliknya.bila saja pegang tangan pasti dilabel mengada,nak tunjuk romantik depan org,atau silap2 terus telefon jabatan agama kerana disangka belum nikah.itulah yg terjadi pada rakan ibu aku.berjalan-jalan di pasar malam,suaminya peluk di bahu,dia peluk suaminya di pinggang.kira peluk2 lah senang cerita.kebetulan seorang pak cik perhati aksi itu,lalu ditengkingnya mereka berdua.mao tak berasap ditengking tengah2 org ramai. terus suami dia bilang, "ini isteri saya pak cik!" tak pasal2 saja si pak cik sudah dapat malu.hailaa.

kisah pasangan berkahwin yg romantik mmg sgt suka aku dengar.sgt cemburu sama mereka oke! contoh senang seperti pengarah UiTM Johor,Prof. Kamil & isteri.di blog prof: kehidupan ringkas tapi signifikan pernah beliau menulis tentang bunga.semasa zaman percintaan hangat prof & isterinya, selalu saja beliau menghulur kuntuman bunga.kata prof..mulanya tiga kuntum bermaksud i love u selepas itu bertambah menjadi lebih berkuntum-kuntum (eh betul kew ayat aku neh?) gara-gara cintanya yg merebak buat kekaseh hati.setelah berkahwin & punya anak aku kira aku sgt kagum pada prof kerana dpt menjunjung lagi kasehnya buat sang isteri.bisa saja beliau & isterinya berjalan kaki beriringan memegang tangan utk tunaikan solat subuh di masjid.bisa saja beliau menghadiahi kuntuman bunga itu lagi atas penat jerih sang isteri di hari konvokesyennya di Shah Alam baru2 ini.romantik betul prof! :)

siapa bilang bila sudah tua hubungan sudah hilang serinya.sbb itulah agaknya Islam menggalakkan perkahwinan bukan?:) aku ini entah bila baru ketemu jejaka chantek aku.tiada yg pasti perihal jodoh.aku doakan saja dalam tiap solat.amin..


...........................


epilog:


aku berkira-kira mao suakan e-cerpen buat tatapan kalian.tapi aku masih lagi teragak-agak mao ceriterakan fantasi apa.kalian punya ide?suka kalian pada genre ceritera yg bagaimana?mungkin aku bisa olah sedikit kalau semangat perkasa aku ini tidak jadi hot hot chicken shit.ahah. :D

9 comments:

errul_ramli @ MH said...

cerita prof kamil tu boleh bagi kat prof yg buat filem anak mami tu... hehehe

aaina said...

bole jugak tu! jd muvie hangat abad depan.ahah..

gadishebat. said...

best kalau dpt suami mcm tuh.
tp pyhlaa skrg.
xrmai.
lepas kawen pasti abis dh keindahan tuh :(

aaina said...

betot!susa nak pat laki yg baek kan..tapi insyalah.gurl yg baek tuk laki yg baek.doakan saja.:)

Hazwan said...

ah pakcik tu mg malu gile, ko da cek sokaba esoknye x? mane tau bunoh diri.wahaha

aaina said...

warh smp bunuh diri!
itu kemerengan name nyer.hahaha :D

Maira Adreanna said...

kawen la besttt hahaha :P

aaina said...

jom kawen! haha.. :D

IkraamSuarez said...

aaina....nanti u emel me.... =)