January 15, 2009

homesick

jika hati di sudut alam sana.
walau jasad menjejak bumi,juga tidak akan merasa apa.
bila berpisah & temunya pada suasana baru.
bisa seseorang jadinya yg tidak2.
perasaan rindu pada yg ditinggal timbul x semena.
perasaan yg ralit memikir mengapa perlu aku berubah?
mengapa perlu aku tercampak ke sesuatu yg aku x mao?

homesick.

bunyinya picisan.bisa abu atau joyah gelak terguling-guling kerana mereka tidak merasa.
tapi itulah.mengapa mereka tidak merasa?

acap kali terdengar keluhan yg sama.

"aku x buleh.aku homesick laa."
"aku tgk si minah tu blur jew.tanya apa pun xtau.mcm da lost."
"kat sini x bestlah.sunyi semacam.aku nak pindah."

aku pernah merasa yg sama.jadi aku memahami.pernah aku menanges hampir 1/2 jam bila tiba2 terkenang mak & abah aku di rumah.susah utk ditafsir perasaan itu.seperti ada sesuatu yg kosong & tiada apa buleh diisi pada ruangnya.seperti ada sesuatu yg hilang yg jika aku punya sayap akan aku terbang utk mencari damainya.

omigosh serius aku malu! aku malu & bisa geleng2 kepala bila terimbas perihal aku menanges. @.@! tapi itulah mengapa si abu atau si joyah itu tidak menanges? mengapa bisa si abu atau si joyah senyum lebar seolah tiada apa?apa mereka tiada hati?

sekarang aku fikir aku sudah punya jawapan.bila lama2.perkara itu akan jadi biasa.& bila sudah jadi kebiasaan.tiada apa yg perlu susah2 difikirkan.

umpamanya:
abu masuk menyaksikan pertunjukan sarkas.
apa perlu dia pakai baju Melayu?
tapi perlukah dia pakai baju badut?

pokoknya,bila wujud anjakan paradigma perlu seseorang itu berdikit-dikit sendiri utk menyesuaikan diri pada situasi.kita sendiri yg perlu membesarkan jiwa.kita sendiri yg akan mencorak pemikiran jenis apa yg kita pamerkan.

abu dan joyah bukan tidak punya hati.tapi mereka pandai utk mengaplikasi terma psikologi itu.
yang menjadi susah bila sendiri yg menjadikannya susah.dan aku ini terasa sgt buhsan bila ini berlaku:

"i dah x tahan kat sini.panaslah!kan bagus kalau i dpt Shah Alam"
dgn memek muka & tgn mengipas-ngipas.

"tadi aku baru lepas mkn.entah apa entah makanan kat sini.yg ada cengkerang tu haa."
merujuk pada makanan yg namanya lala.harap maklum.

"dia ckp dia xnak stay sini.jadi xda semangat.yelaa dia budak kl.jenis yg suka tgk band2."
yelah.kat sini x ada band getar jiwa.harap maklum.

alahai..
bisa x kalau aku bilang begini saja.
apa kau fikir tanah Shah Alam itu sama seperti tanah London?kalau kau ke sana pun tiada beza.
Shah Alam tetap 'hot' juga.

belajarlah utk menerima seadanya.
baik makanan,baik suasananya.
walau kau datang dari ceruk mana sekalipun usah dibanding tara.
desa selamanya tidak akan sama dgn kota metropolitan.
tidak akan ada bangunan gah2.
tidak akan ada hiruk-pikuk.
tidak akan ada gig melimpah sana sini.

di sini hanya ada kalam ilmu.
tinggalkan semua keperihalan lain seketika tidak akan jadi sesusah mana.
masih ada hujung minggu utk kau abadikan segala aktiviti luaran kau.
afdhalnya dahulukan yg dahulu,kemudiankan yg kemudian.

ini hanya pandangan ikhlas aku si amatur picisan jalanan.
ditakdirkan seseorang itu tercampak di seluruh pelusuk dunia.mana tahu apa ada di baliknya?
& kita hamba sahaya.
biarkan saja takdir itu bergendang.
menarilah hebat utk temukan isinya.








12 comments:

Anonymous said...

ya, shah alam juga "hot" tempatnya... tiada snow pn, tiada yg SGT GAH di shah alam... same je blajar mne2... so kpd semua, trimalah seadanya!

Shafinaz Arshad said...

salam..hey, thnx 4 drop by at my bloG..blOg kmO juge beshh..i've read ur writting..nice~

Op said...

ak pn dlu slalu gak homesick..da la tmpt tu tepi utan byk plak beruk2 brtndg kt blik kau klu ade mnsie2 sengal x reti kunci pintu. Tapi trime la seadanya. Hehe. Yea btul2.

afy sufy. said...

cs aaina..

hahahaa..

kalo nk kira itu smua..

abislaa..

uum ni tgh2 utan..

jauh2..

panas2..

tpi tmpat ni best utk study!! =)

wpun ckup jauhh dr rumah yg tercinta =(

Anonymous said...

bila jauh,ada rindu..

aaina said...

syahir:
sgt2 setuju!mana2 juga sama di malaysia.laenlah kalau study oversea.

peanut:
thnx cik peanut!:) yokk kita tuka link!!

phikool thong:
haha kalau beruk ada besh jgk tuh.buleh buat aksi sarkas!:)

afy:
betot syg..walau jao mcm mne pown it is our amanah aite ;)

niemah:
rindu bangat!:)

Passerby said...

homesick?

gua kena claim tu dgn bdk2 masa ddk kolej dulu. setan bdk nerd uitm.

gua cedok dorg,terus dorg tk berani claim gua camtu.

nice blog! hai!

Anonymous said...

alahai..cik aaina homsik lg ek??alala..dekat ja johor ma..

aaina said...

poison flower:
holla poison!:)
ahah kau ala2 kene buli arr neh?
aish macam2 kan.senior pown kdg2 poyo jgk.

niemah:
owh tidak! ahah skrg da oke.adala certain2 org yg mcm x buleh accept life kat sini.

n a r d indie winkie said...

cik ainaa blaja katne ni? bese la tu homesick. saya pon. :-(

Maira Adreanna said...

alaa .tuh la pengalaman. klu selalu senang jew, tabest la pulak. tak cool lah hee :D

aaina said...

nard indie winkie:
sy study kat uitm sgmat :)
alala yeke..sabar k! tape2 lme nt ilangla homesick tu ;)

mai:
ahah.betot2! xda pwob x cool aite yunk :P pengalaman mendewasakan.