January 26, 2009

inferiority complex

prolog:

seseorang tanyakan pada aku.
"kau neh pelik.kau suka menyendiri,being alone?"

*senyum*

aku x tahulah itu ayat tanya atau ayat penyata.cuma aku bilang pada dia.
"tak"


.....................


entri ini tiada apa yg hebat.
hanya aku suakan utk seorang yg bernama aku.
subjek itu yg aku rasakan terlalu hampir..bukan.
sudah jadi wabak dlm kalam hidup aku.

x akan ada siapa pown dlm dunia ini ingin jadi seorang.x kira apa jantina kau, bagaimana pown asal usul kau, yg pasti kau tidak akan mao utk jadi sunyi tidak berteman.jangan salah sangka.aku punya teman yg ramai.tapi aku x punya sahabat yg ramai.bukan mudah utk jadi sahabat pada sesiapa.& bukan mudah utk sesiapa itu jadi sahabat aku.ahhh harap-harapnya kalian tdk tersinggung.sbb aku tau ada di kalangan kalian sudah jadi teman aku sementelahan dari bangku sekolah rendah lagi.

sudah aku nyatakan.
entri ini hanya utk seorang yg bernama aku.

inferiority complex.
kalian mengerti apa ia?
perasaan rendah diri.

kalau diberi pilihan antara tikus & naga.aku x perlu gusar memikir.sudah pasti aku akan pilih tikus itu.kiblat aku pada rasa yg kecil.aku x rasa kewujudan yg besar itu bisa aku galas rasanya seperti pekerjaan yg aku lakukan hari2.ya barangkali juga sbb aku ini biasa2 saja.tiada satu pown utk aku agung-agungkan.

menerawang kala lalu, aku maseh ingat riak muka aku yg sugul tika abah mengkhabarkan yg kami akan berpindah ke rumah baru.aku terlalu syg pada rumah lama.rumah yg mengulit suka duka aku dr saat pertama suara tangis aku bergema di bumi ini.mlm terakhir di situ aku cium dindingnya yg berlumut & aku titiskan air mata.aku bisik pada dinding itu seakan ia bernyawa.aku bilang padanya.." jangan lupa pada aku.satu hari nt kita jumpa lagi"

aku bisa tertawa pada keanak-anakan aku kala itu.budak hingusan 10 tahun.

*senyum*

hatta,aku memikir juga.air mata aku yg tumpah kala itu barangkali juga bersangkut-paut dgn diri aku selepasnya.menginjak darjah 5,itulah pertama kali aku terpana dgn dunia yg baru. environment di sekolah baru totally sgt membezakan aku dgn mereka2 yg aku kenali sebelum ke sini.bayangkanlah aku dgn gaya aci redah pakai tudung x berlipat senget benget, kasut sekolah zip zap, muka penuh jerawat.nerd? terlalu nerd aku rasa! tekun mengelus satu persatu wajah lain, semuanya aku kira jauh lebih gah dari aku.muka cumel bersih, gaya anggun pulak tu.

ada bezanya antara aku yg terlalu nerd ini dgn mereka2 yg diangkat sebagai hawt di sekolah.aku x pernah sekali pown ambil peduli segala benda yg so-called as fashion kew, cintan-cintun kew, secret admirer kew.setakat suka2 melihat biasalah.kalau waktu PJ geng2 hawt kelas aku spesis yg siap angkut segala mak nenek kosmetik.lepas habis waktu PJ jew sapu lotion Johnson satu badan.kalau sapu sun-block sebelum mula bulehlah nak terima.sunggohlaa..aku jatuh rahang bawah bila tengok.tu x kira lagi bab kapel & kes2 main kayu 3,4,5.kalau dpt kapel dgn senior lagilah lebar senyuman.

entahlah.sebenarnya aku sgt cemburu pada mereka.kehendak barangkali.suka meniru apa yg dilihat.tapi aku tau, aku x mungkin bisa jadi seperti mereka.x mungkin utk jadi hawt kalau sudah nerd.mula dari situ aku selalu x yakin pada diri.selalu rasa down.selalu rasa tersisih.kalau duduk dlm kelas pown mesti aku pilih utk duduk barisan belakang.saja menyedapkan hati.aku rasa lebih secure.sama juga bila cikgu aku suakan soalan.x akan pernah aku berani utk angkat tangan menjawab walaupown aku tau jawapannya apa.& maseh aku ingat pada pertandingan mendeklamasi sajak.aku suka pada sajak.aku suka utk mendeklamasi.tapi malang aku x pernah ada keberanian mendeklamasi di hadapan cikgu & kwn2 lain.rendah diri.itu yg aku rasa.

*sigh*


...................


epilog:

hati rapuh dekatkan dirinya pada si dungu.lalu hati rapuh bicara halus.
"hanya 2 perkara itu bisa buat kau jadi hebat"

si dungu menggeleng.tapi dia juga bertanya.
"apa?"

hati rapuh menjeling.tidak ia menjerit.tidak juga ia berbisik.datar katanya.
"satu..kau menulislah seperti tiada yg akan membaca.kau jadi diri kau.dua..kau halusinasikan segala.muga dlm khayali itu,kau bisa tembus apa yg tersirat dari makna"

si dungu sepi.angguk dalam sedar.


January 25, 2009

kalau masa jadi 25 jam sehari bagaimana?

diumumkan. hari ini mmg aneh bagi aku.(warh mcm nak buat pengumuman raya jew gaya aku)tiba2 hari ahad pergi perpustakaan negara cari journal. *wengs! orang laen kompem pegi berjimba-ramba kat mall kew, keluar makan kew, ngedate ngan kapel memasing kew kan.waima aku sendiri rasa terpinga-pinga.lalala~ :)

x kesahla tu.nak buat cano.cari pown tarakla lama.yg best time nak photostat journal jumpe abg hensem tgh beratur depan aku.hee pandang sekali x dosa kan? *ehemm* eh sebenarnya aku bukan nak ceritera pasal neh.none related.topik sebenar pasal masa.oke i knoe i knoe.skematik elektronik sunggohlaa topik i kan! taderlaa..kalian perasan x setiap kali kalian ingin cepat mesti ada sesuatu yg bisa menghalang? atau atau..bila sebaliknya kalian menunggu,bisa pula masa itu jadi sepanjang panjang abad betul x?

again.hari ini mao segera ke perpustakaan negara.masa tu jugaklah ramai yg mao ketemu & msg aku.plg menyayat hati,hailaa & & jew jiran aku dtg bagi kalendar & tafsir Al-Quran.berbual sket punya panjang eventhough aku rasa da 44 kali leher aku buat fluid motion jeling jam dinding.isk. takan pulak aku nak halau dia kan.dia da baik hati sunggoh nak share petua hilangkan jerawat kat aku. *opps!* ya.saya punya jerawat.sedey2.. err sambung ceritera.jiran aku tu siap offer lagi nak beli bedak siam & tah hape2 ubat lagi tah yg dia cakap.aku pown tarak berapa nak dengar.kalaula aku buleh jadi sabrina da teenage wish tu.aku petik jew jari kompem da ada kat perpustakaan.tapi ofcozlah x buleh!

masa nak naik tangga pegi beli tiket tiba2 ada sorang kakak neh lambai kat aku say hai.aku pown dgn riak blur2 kucing lambai balik kat dia.dlm hati terlintas,"aku kenal dia kew ek?" ngeee..rupanya dia lambai kwn dia kat blakang aku.kan da free jew malu! isk.jatuh maruah i yaw.time naik lrt tiba2 aku nampak lelaki cinot neh kejar nak masuk train.malangnya dia x sempat naik.see kan da kata time is constraint! lambat sesaat jew tu. *juling mata*

ironiknya.bila aku kat jhr tiada laen yg aku lakukan ialah menunggu sampai naik semput aku kat tepi jalan.habuk satu hal.kena hon satu hal.aci tak buleh terima betotla nak buat aku & kwn2 laen camtuh.kalau nak benti tumpangkan kitorunk taper jugak.neh stakat hon2,then senyum2 kambing.hape hengat kitorunk kambing betina kew? pena sekali pukul 8 mlm bawu sampai uma.uwarr gler penat! keluar uma pagi2 buta.balik pown mlm2 buta separuh.kalian baik hati kan?kan? dtg jemput & hantar aku pegi kuliah.tak pown pinjam keta sejibik kat aku buleh? *sesuke hati jew* hee :D

byk kali masa bisa jadi lawan atau jadi lawan.sampai terpikir kalaulaa aku buleh lanjutkan masa lebih sket dari yg sepatotnya bahagiakah hidupkuh? tapi Allah tu maha bijaksana.alangkan masa yg 24 jam tu pown sudey aku terkial-kial inikan pulak nak tambah lebih dari tu.yekew?

January 24, 2009

entri tanpa tujuan

aku bilang2 congak2 da 10 hari laa aku x hupdate bloggy aku.sewius lama! neuron otak aku pun da lama x berkias berbunga. disebabkan rumah sewa aku x ada line internet terpaksa aku bertapa saja di rumah.da daftar utk streamyx tapi maseh x ada line.da dekat sminggu kowt.janji kosong dlm masa 3 hari da buleh guna.tapi x buleh jugak.barangkali hanya janji kosong!

sejak dua menjak neh pun aku teramat penat.sumtime balik kelas then malam tu pukul 10 sajala letak kepala kat bantal, sedar2 da pukul 6 pagi.lena diulit mimpi.ahah poyo aku neh. :D tapi sewiusla degree x sama mcm dip dolu2.buleh bersenang lenang semedang.sekarang rasa nak tecabut otot menunggu itu & ini.penantian satu penyeksaan.mmg aku benci menunggu! owh maaf tiba2 aku meluah pada kalian!

entahla aku nak tules apa lagi.buleh aku pinjam saja gabus & ghazal si andalusia itu utk aku berzikir?buleh aku kilas supaya cahaya itu tidak pudar?menyambut salam pada kafir2 si andalusia itu utk aku selami drama asyiknya.ahah tiba2, ya tiba2 aku terlalu obses pada lagu itu.mencari ilham barangkali.
hmm..barangkali.inilah di bawah aku bertapa memikir. :)



selamat tahun baru cina! :D

January 15, 2009

homesick

jika hati di sudut alam sana.
walau jasad menjejak bumi,juga tidak akan merasa apa.
bila berpisah & temunya pada suasana baru.
bisa seseorang jadinya yg tidak2.
perasaan rindu pada yg ditinggal timbul x semena.
perasaan yg ralit memikir mengapa perlu aku berubah?
mengapa perlu aku tercampak ke sesuatu yg aku x mao?

homesick.

bunyinya picisan.bisa abu atau joyah gelak terguling-guling kerana mereka tidak merasa.
tapi itulah.mengapa mereka tidak merasa?

acap kali terdengar keluhan yg sama.

"aku x buleh.aku homesick laa."
"aku tgk si minah tu blur jew.tanya apa pun xtau.mcm da lost."
"kat sini x bestlah.sunyi semacam.aku nak pindah."

aku pernah merasa yg sama.jadi aku memahami.pernah aku menanges hampir 1/2 jam bila tiba2 terkenang mak & abah aku di rumah.susah utk ditafsir perasaan itu.seperti ada sesuatu yg kosong & tiada apa buleh diisi pada ruangnya.seperti ada sesuatu yg hilang yg jika aku punya sayap akan aku terbang utk mencari damainya.

omigosh serius aku malu! aku malu & bisa geleng2 kepala bila terimbas perihal aku menanges. @.@! tapi itulah mengapa si abu atau si joyah itu tidak menanges? mengapa bisa si abu atau si joyah senyum lebar seolah tiada apa?apa mereka tiada hati?

sekarang aku fikir aku sudah punya jawapan.bila lama2.perkara itu akan jadi biasa.& bila sudah jadi kebiasaan.tiada apa yg perlu susah2 difikirkan.

umpamanya:
abu masuk menyaksikan pertunjukan sarkas.
apa perlu dia pakai baju Melayu?
tapi perlukah dia pakai baju badut?

pokoknya,bila wujud anjakan paradigma perlu seseorang itu berdikit-dikit sendiri utk menyesuaikan diri pada situasi.kita sendiri yg perlu membesarkan jiwa.kita sendiri yg akan mencorak pemikiran jenis apa yg kita pamerkan.

abu dan joyah bukan tidak punya hati.tapi mereka pandai utk mengaplikasi terma psikologi itu.
yang menjadi susah bila sendiri yg menjadikannya susah.dan aku ini terasa sgt buhsan bila ini berlaku:

"i dah x tahan kat sini.panaslah!kan bagus kalau i dpt Shah Alam"
dgn memek muka & tgn mengipas-ngipas.

"tadi aku baru lepas mkn.entah apa entah makanan kat sini.yg ada cengkerang tu haa."
merujuk pada makanan yg namanya lala.harap maklum.

"dia ckp dia xnak stay sini.jadi xda semangat.yelaa dia budak kl.jenis yg suka tgk band2."
yelah.kat sini x ada band getar jiwa.harap maklum.

alahai..
bisa x kalau aku bilang begini saja.
apa kau fikir tanah Shah Alam itu sama seperti tanah London?kalau kau ke sana pun tiada beza.
Shah Alam tetap 'hot' juga.

belajarlah utk menerima seadanya.
baik makanan,baik suasananya.
walau kau datang dari ceruk mana sekalipun usah dibanding tara.
desa selamanya tidak akan sama dgn kota metropolitan.
tidak akan ada bangunan gah2.
tidak akan ada hiruk-pikuk.
tidak akan ada gig melimpah sana sini.

di sini hanya ada kalam ilmu.
tinggalkan semua keperihalan lain seketika tidak akan jadi sesusah mana.
masih ada hujung minggu utk kau abadikan segala aktiviti luaran kau.
afdhalnya dahulukan yg dahulu,kemudiankan yg kemudian.

ini hanya pandangan ikhlas aku si amatur picisan jalanan.
ditakdirkan seseorang itu tercampak di seluruh pelusuk dunia.mana tahu apa ada di baliknya?
& kita hamba sahaya.
biarkan saja takdir itu bergendang.
menarilah hebat utk temukan isinya.








January 10, 2009

sesi luahan perasaan

aku stress.aku stress.aku stress.

apa2 juga yg keluar masa aku menaip ini walau perkataannya keji,ketahuilah aku mmg sgt stress skrg.
aura api mmglaa da keluar sampai aku rasa aku nak buat fluid motion backhand & ketuk2 kepala org2 HEA & sesiapa jugakla yg berkait dgn course registration aku.

aku bukanla nak mengkondem mana2 pihak.tapi kalian semua mmg menyusahkan hidup aku.aku ulang.MENYUSAHKAN! mengerti kalian? aku x paham betul kerja bagaimana yg kalian lakukan.lembap.terhegeh-hegeh macam ulat gonggok.daripada awal aku mendaftar sampai skrg aku maseh perlu pening kepala mao selesaikan course registration aku.aku pahamla kalian nak guna sistem canggih manggih.sistem online lah kan.aku taula nak daftar sendiri subjek aku.yg kau pandai2 daftarkan kenapa?ada aku suruh daftarkan?kalau kau daftarkan tu jadual cantek tersusun rapi mcm gigi sikat tapelah jugak.ini clash sana clash sini.bila aku nak drop subjek tak buleh.dgn alasan x munasabah "SILA MINTA KEBENARAN HEA".

fine.aku sabar.jumpa koordinator ingatkan bulehlah nak bantu.rupanya 2 kali 5 jew.si polan tuduh si dia.si dia tuduh si polan. aku berulang jumpa kau 3-4 x dan setiap kali itu kau nak bg alasan sama."HEA AKAN SELESAIKAN" tapi kau x buat apa2 pown kan?kau hanya tau sebut 3 patah perkataan tu kan?kau tau x aku da serabut 2 minggu mao selesaikan hal neh.masuk kelas macam pendatang haram.yg sepatutnya halal & layak utk aku duduk dgn tenang. sbb masalah yg kau timbulkan neh aku da rasa bersalah dgn rakan2 lain sbb kelas pack & mereka2 yg ada dalam kelas tu yg da daftar terpaksa berhimpit dgn aku yg haram neh.terima kaseh buat aku sengsara!

oke.aku tanya HEA sendiri."SILA DTG LAB MALAM INI UTK PELAJAR YG MENGHADAPI MASALAH" itu penyelesaian yg kau bagi utk aku & kwn2 lain yg hadapi masalah sama.aku sanggup dtg malam2 walaupun duduk luar semata2 pasal neh.kau tau x aku penat ke hulu ke hilir dr pg sampai malam? & yg pasti hampa.masih lagi tak buleh selesaikan.kau buleh drop subjek but then kelas penuh still x dapat daftar mana2 kelas.sialan.masalah x jugak buleh selesai.si polan tuding jari pada si dia.si dia tuding jari pada si polan.baguslah tu.tahniah!

akhirnya.aku da penat.aku da give up.amik jalan penyelesaian sendiri.pilih saja kelas cacar-merba asalkan jadual bersusun cantek.kau nampak x aku & kwn2 aku da susah pasal kau?sepatutnya kerja kami hanya belajar bukannya pening2 kepala fikir pasal kenapa sistem macam sialan.cuba & jaya.aku senang hati akhirnya buleh selesai.aku senyum lebar.tapi kau mmg suka MENYUSAHKAN aku kan?hari ini bila check semula aku tak taulah si polan mana yg pandai2 drop subjek yg aku da penat2 susun selak jadual itu ini.kau tau x apa perasaan aku bila jadi macam neh?sistem mana yg kau ambik yg menyusahkan org laen neh hah? aku stress kau mengerti?sekarang bila aku mao daftar semula,sistem kau yg sialan tu kata kelas sudah penuh.habes kau nak aku belajar di mana?dalam lubang cacing? STRESSSSSS!!!!!!!!!!!

terima kaseh atas segala.
kalau kau menang award sistem terunggul tahun ini silalah sampaikan pada aku.
kalau kau menang award perhubungan plg mesra abad ini silalah juga sampaikan pada aku.
mungkin bisa aku berdiri tepuk tangan.

*senyum sinis*

January 9, 2009

acara wajibul gunnah 2009

aku kira pasti ramai para blogger muda mudi yg akan mensuakan ceritera mengenai youth 2009 yg sudah pun berlangsung mulai hari ini.tapi aku pasti ramai yg hanya akan pergi pada mingguan hari kerana tarikh itu lebih afhdal.selain isu Palestin & rejim zionist sialan, manifestasi youth 2009 sudah memulakan bual bicaranya terlebih dahulu.& lihatlah esok atau lusa.pasti akan ada ceriteranya dari variasi versi yg berbeza.

owh i sudah x cool lagi!

kemungkinan utk pergi hanya 20%.
maknanya mungkin & tersangatlah mungkin tidak akan langsung menjejakkan kaki ke tanah pwtc itu.

ramai yg akan teruja ke sana.
lihat saja pada macik aku sang gilamon yg mendapat tiket percuma ke showcase nidji di youth 2008.
pesanan aku.
*muka serius tahap dewa*
kalau dpt lagi tahun ini lebihkan lah satu utk sahabatmu di sini ya ya?:D
& macik sang gilamon akan katakan..
"buleh2.buleh blah!"
aku dgn muka sayu yg menggila akan katakan..
"sampai hatimu.apa tidak hengatkah akan persahabatan kita yg terjalin dr perut bayi?"
macik aku akan membidas..
"pah,apa yg u merepek neh?terlebih makan kerepekkah?"
aku akan smash semula..
"taklah! makan nasi 2 pinggan,cekodok pisang, & teh tarik jew"

enough said.
x relevan dgn subjek predikat.
terlalu menghiperbolakan kata.

*ehemmm*

& aku sendiri lebih teruja bilamana aku ditemani seorang jejaka di booth sebelah yg sgt 'hot' memandang lappynya.
sadly,dia x pandang aku. *ciss!
& juga teruja bilamana 2 jejaka berpakaian anggun persis gadis 'hot' berkeliaran ke sana ke mari di dalam troli.
aku terfikir ada juga manusia gila-gilaan di tanah Malaya.

pinta jasa kalian.
snap bang bang lah byk2 piccie di sana nanti oke oke? ^___________^
bisa aku ketahui kondisi keseronokan atau kepoyoan lautan muda mudi & mungkin juga pacik macik yg membanjiri pesta itu.
terasa hati dipalit sedikit kecemburuan.
sedikit jelah..apa buat muka sengih2 bangga gitu? *double jerk my kening*

January 8, 2009

noktahkan penghinaan zionist


aku telah lama lihat ia.
aku telah lama saksi ia.
ia mengubrak-abrik perasaan aku.
tapi malang & mmg malang aku x bisa lakukan sesuatu.
sesuatu yg apa2 saja yg bisa utk aku hilangkan ubrak-abrik perasaan aku.

rejim zionist yg sialan.
kau mmg pengkeji plg hina di muka bumi Allah swt.
aku tak paham apa yg kau zahirkan dr sengketa yg kau wujudkan?
apa kepuasan yg kau wujudkan di hati kau dgn kekejaman tiada noktah itu?
sudah cukup seantero dunia warwarkan tengkingan kutukan buat kau.
tapi malang & mmg malang segala hanya picisan buat kau.

di sore hari kau letupkan ceruk wilayah Palestin.
di malam hari kau taburkan peluru di dada rakyat Palestin.
itu manusia.
ya manusia itu yg berteraburan di seluruhnya wilayah akibat kekejaman kau.

anak kecil apalah dosa mereka.
anak kecil apalah daya mereka.
menggigil seluruh tubuh bahana traumatik yg melampau.
berdarah seluruh tubuh menahan kesakitan fizikal & mental.

perempuan utk dilindung.
perempuan menuntut utk dipeluk,dicium, & dibelai dgn kasih syg.
tapi kau pijak2 maruah mereka.
kau bunuh jiwa mereka dgn nafsu kau yg rakus.

*kesat air mata*

apalah dosa mereka pengkeji hina?
apalah yg kau dapat jika kau tebarkan nuklear sekali pown di jajahan tanah sekangkang kera itu?

aku di sini.
malang & mmg malang aku hanya mampu utk keluarkan kata2 sundal.
malang & mmg malang aku hanya mampu titiskan air mata aku utk lihat ia.
malang & mmg malang aku hanya mampu utk gelengkan kepala menyaksi segala.

ahhh mungkin ada sesuatu yg aku bisa lakukan.
waima,terbelek aku doa ini.
pinta kalian kita sama2 doakan.

Ya Allah,
Sesungguhnya kami meletakkan Mu di batang-batang leher musuh-musuh kami
Dan kami berlindung dengan Mu daripada kejahatan-kejahatan mereka

Ya Allah,Leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka
Goncangkan pendirian mereka
Dan hantarkanlah anjing-anjing Mu kepada mereka
Wahai Tuhan yang gagah perkasa
Wahai Tuhan yang penuh raksasa
Wahai Tuhan yang bersifat murka
Ya Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah,
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Al-Ahzab
Kalahkan mereka kalahkan mereka
Kalahkan mereka dan menangkan kami ke atas mereka.

Bebaskan Palestin!

& baru semalam juga aku terima msg ini.
pinta kalian kita sama2 usahakan.
ayuh kalian kita musnahkan si pengkeji hina itu!
ayuh kalian kita boikot habis-habisan tali barut Israel!

- COCA COLA
- HUGGIES
- RIVER ISLAND
- MC DONALDS
- CLINIQUE
- DISNEY
- DONNA KARAN
- STARBUCKS
- GAP
- GARNIER
- PERRIER
- KOTEX
- SANEX
- JO MALONE
- LANCOME
- LIBBYS
- TCHIBO
- LOREAL
- MARKS & SPENCER
- KLEENEX
- MAYBELLINE
- NESTLE
- VITTEL
- REVLON
- WONDERBRA

semua di atas tali barut pengkeji hina itu.
semua di atas dipercayai memberi dana pada bala tentera Israel sialan.

kita harus lakukan sesuatu.
sekurang-kurangnya kita buleh lakukan sesuatu.
sekurang-kurangnya kita mulakan sesuatu.

jejak tanah parameswara

setting: bandar itu bandar parameswara
talent: semua yg terlibat
kala: cuti semester sooo looooonggg ago


ingat lagi kalian aku ceriterakan yg aku mao berronggeng riang ria pada cuti semester yg lalu?:) maaf 'update' tan ini mmg terlalu lambat.aku sendiri baru terima semua memori snap bang bang! ini, hari isnin yang lalu.sbbnya baru isnin yg lalulah aku berkunjung kembali sambil mengenang yg lama2 dgn sebahagian talent yg terlibat.mari kita tonton aksi yg tah hapa hapa tah. :D







January 5, 2009

entri rasmi tahun 2009

dgn nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha penyayang.memulakan entri rasmi 2009,aku kira aku agak terlambat berbanding kalian yg sudah lama mengirim kata2 dansaan ini.waima, aku dgn berbesar hati ingin sampaikan juga buat kalian..

selamat menyambut awal muharram & selamat tahun baru! ^_______^

2009.
hidup aku x banyak beda.mengulangi simbiosis dari tahun2 sebelum ini.hari pertama tahun baru juga tidak menyambut, hatta di johor ini tidak disambut perayaan seumpama itu.di mana jua aku berada aku x pernah menyambut juga.hanya kalau di kl aku boleh melihat lebihan percikan bunga api yg meletus citra warna itu di balik tabir rumah aku.rasanya apa?teruja barangkali?:)

di sini.di balik semua keindahan tahun baru.hati aku x bisa senyum & teruja seperti selalu.bila tiada apa yg ingin disambut banyak yg buleh diperlihat x seperti biasa2.

satu kata.stereotaip.

masalah sama kewujudannya berulang-ulang pada paksi yg sama.kalau aku bicara kalian juga bisa merasa buhsan.pesta muda-mudi yg akhirnya membawa pada sesuatu yg melanggar etika.aku x ingin bicara panjang sbb kalian pasti tahu apa yg tersirat di balik kata aku.cuma tika ini,hati aku mundar-mandir memikir satu perihal.

kalau rakan karib kalian sendiri yg terlibat dgn perkara yg seumpama itu bagaimana? *sigh*

bila bermulanya hubungan yg lebih akrab,aku bisa jadi seorang yg x bisa mengkritik.sebabnya hanya satu.dia sahabat baik.yg sekian lama menemani & berkongsi rasa.dilema aku ialah bagaimana harus aku suakan ayat terbaik yg bisa tidak gugat hati dia.hati aku bisa jadi palat bila memungkinkan kata yg aku x terluah mungkin akan jadi pengakhiran pada hubungan kami.
tapi kalau x menegur juga bisa dosanya aku tanggung di akhirat hadapan.

kebetulan.

bila membelek bloggy misshetrek, aku kira dia seorang yg berani & cekal utk mengkritik seseorang dalam hidup dia.kenalan yg sudah dikenal baik atau buruk.kenalan yg kalau tdk ditegur mungkin saja bisa memakan dirinya juga bukan?tapi lihat saja kesannya selepas itu.aku tdk sebelah mana2 pihak.tapi aku tahu,bagi yg terasa tdk mudah utk menerima.bagi yg merasa itu seumpama beban yg harus digalas.dilema antara berbuat baik tapi dibalas dgn sesuatu yg jadam.ahh perkara ini x semudah kata..

aku maseh harap tahun baru ini kalian bisa meng'cash' apa saja azam & impian kalian.jua buat diri aku.owh adakah aku azam tahun baru?yg dolu2 juga maseh belum ter'cash'! :)