December 26, 2008

penjenayah picisan

hp kat tangan ditekan-tekan..ditonyoh-tonyoh.. sejak berita tu berlaku!

"babe, u dapat offer kat mana?"
"u..i dapat ib (international biznes) kat shah alam" faezah jawab.

"cik kak,kau dpt sambung degree x?"
"cik kak.aku dpt insurans.klaka betul!" wawa jawab.
"eh a'ar pekes ko dpt insurans neh?bile mase pulaklaa kite ada subjek tu?pelik2!"

"darl,i dpt marketing.sedey gler..pat kampus kat kltan"alis jawab.
"what??jaonyer!!"

"maznah ko dpt finance kan?ko pat campus mne?"
"aku,yani,& farah dpt kat kltan la wei.aku tak taula cne uitm divide kite" maznah jawab.

"yg i tau halle dgn kak mas dpt kat dungun.kak mas ckp dia malas nak tuka2 kampus laen."

"si siti pun dpt finance.tapi kat arau tu!"

& seterusnya...


...............................


jatuh rahang bawah!

sekor2 dpt kampus jauh semededang.& lagi menokok tambah bala bila tak ada pown diantara 'sekor2' tu dpt kampus segamat kecuali farid & hadi.kes naya neh.takanla aku nak naik tarafkan mamat berdua tu jadi 'inchek housemate' aku pulak.ngeeee.. aku da nampak awan-awanan mendung di kewujudan masa depan aku. =.= '

& sejak dari berita itulah, hidup aku jd clumsy semacam.mana nak urus pasal bayar bil,mana nak urus pasal ptptn, nak kena bukak akaun sspn lagi,kena buat medical cekup segala bagai..ada masa 2 hari jew nak urus semua.i repeat.2 hari oke! totally mess & haru-biru.neuron otak aku pun dah jadi celaru sampai jiwa kena sampuk babak sappy,mellow wellow.ikut kata senior kalau nak apply duduk dalam pown kne tunggu second intake masuk baru dpt keputusan samada berjaya atau tidak permohonan tu.waima, sepanjang 2 minggu mao duduk di manakah? itu pown kalau berjaya dpt kolej!

tumpang pondok pak gad? ...... kes ditolak.
camping tepi masjid as-syakirin? ...... kes ditolak.
lepas daftar,cabut blk kl.lepas 2 minggu baru dtg jhr balik? ...... hehe. *sengih2 mcm kerang x cukup vitamin* :D

aish.tak buleh..tak buleh..
buat nyer kalau ada orentasi kew?taklimat kew?takan aku nak fly semedang jew.kan kan?


............................


& sungguhlaaa..

bila dikenang2 balik.ditimbang-tara saat genting sekarang. sama jew mcm saat aku memula jejak tanah segamat dolu2.jiwa mellow,sappy wappy tahap x hengat.after those 'kejadian' yg sudey pernah aku ceritera sama kalian di entri yg sebelum neh.ingatkah?ahh..kalau kalian pembaca yg setia pasti akan ingat. :) itu maknanya aku sekali lagi akan jadi 'lone ranger'.merangkak balik kenal kwn2 baru.bertatih balik utk kejar tempat tinggal baru.mengenal semula fasa baru dlm hidup abstrakjingga aku.kiam aku sebentar.bisa juga aku sunggingkan senyuman meledani kala itu yg tiba tanpa diundang.......

"akak nak korunk semua dptkan biodata semua senat2 (ahli JKK) kolej.satu pun jgn tinggal.akak bg masa sampai (sekian2 hb) jew.kena makesure gerak ikut wing.benda neh kira pertandingan tau.wing yg plg cantek,kreatif hantar biodata tu nanti akan dpt hadiah.bla..bla..bla.." akak senat kat depan tgh bebel masa sesi orentasi kolej.

masa tu aku nerd x hengat.junior tarak berani angkat muka sama senior.tak ikut ckp alamat jewlaa kena sound direct masa dlm meeting wing,hatta sampai dipanggil turun bwh oleh semua kakak2 senat yg 'berkuasa' tu.da mcm gaya masuk sekolah asrama jew.tahpape.waktu tulaa pown aku kenal ngan budak2 wing aku yg sama part,sama taraf,sama mandat dgn aku.

faezah,kak sue,kak emot,ina,kak jue, & myself.

bermulalah sesi psu (perkenalan salam ukhuwah) kami bersama kakak2 senat tu.dah hafal dah step dia.memula kena ketuk pintu bg salam.bila buka pintu,kena buka properly.nak tanya kena tnya properly.tak buleh jenguk2 kepala mcm penyu nak bertelur (dipetik dari kata senior yg memerintah).lebih kureng mcm neh laa ayat dia:

"Assalammualaikum kak! kitorunk dari wing dot.dot. buleh tak kalau kitorunk nak buat psu sekarang takpun bila2 yg akak free?" senyum plastik tersungging di bibir.dlm hati..grrrrr!

skematik letronik habes.ayat sama jew ulang2 tiap2 kali nak buat 'appoinment'.tragedi yg plg menyayat hati bila nak kena intro sekor2 punya asal usul salasilah diri.aduhai..tu tak termasuk lagi bila kak emot da start mukadimah dia.memasing akan sengih2 pandang satu-sama lain sambil geleng2 kepala.memasing da hafal skrip kak emot yg panjang berjela.memasing da agak daaaa! kak emot komfem nak ceritera kejadian dia time sekolah dolu2 yakni bilamana dia tertinggal bas time buat rombongan di suatu tmt yg tertentu. *ehemmm*


........................


memandangkan wing aku is da one yg plg pendek dlm kolej (ada 6 bilik jew), arakian terpaksalah muka2 yg sama mengerjakan sebarang aktiviti wajib kolej.zapinla,nasyidla,itula inila.. & of coz muka2 yg sama tu jatuh kepada junior2 sekangkang kera dekat wing aku.yes terima kaseh kerna kalian bijak meneka! :D kitorunk berenamla yg selalu jadi mangsa keadaan.hailaa.. =.= '

time part 1 tu mmglaa kan.nerd.geeky.terkeliru aku, antara ini sekolah asramakah?atau universitikah?waima, setat jew part 2 da mula keluar da aura2 penjenayah.hehe.once upon a time bebeh.....

beep..beep.

msg kat hp masuk.aku segera mensauk hp utk lihat isi kandungan yg dtg nya drp faezah.

"wei dtg bilik aku jap!" aik.mistikus semacam jew gaya?

aku pown tekedek2 menghayun langkah ke bilik faezah yg juga merupakan bilik kak sue.jengah kepala kat pintu.

"apsal wei?"

"shhhhh!!" dua2 ekor buat insyarat serentak suro masuk bilik & kunci pintu.

"nape ngan korunk neh?apsal2?"main pakai bahasa 'bisikan' cinta.

"kitorunk hengat nak flyla aktiviti mlm neh.apa kes nak paksa2 kita masuk perbarisan merdeka tu!"

aku da bayang da kalau joinla forces kolej sempena hari merdeka..alamatnya kenala pakai tee kolej yg agak gedabak tu,pkai track suit,pastu siap ada pulak gold dust *blink blink* aish.x macho langsung.tak suke! tak suke!

"oke.so apa plan??"

*wengs! maka dengan itu terciptalah rekod jenayah kitorunk buat pertama kalinya.siap buat pakatan dgn noni (senior 1 sem awal) lagi oke.leb u noni! :D elok jew announcement dr corong jerit tu berbunyi perintah smua budak2 yg terlibat turun bwh kolej, kitorunk bertiga pun bersiap2 sekali.wing captain lalu ceyh dan2 pakai stokin depan dia.proofla kononnya aku semangat nak join perbarisan kan.lepas tu......

"aku cuak neh.mcm mane kalau ina ke,kak jue ke report kat wing capt?" aku bersuara.

"tak.aku da kowtim ngan ina td.dia bekup kita.tapi ada jgkla mcm x puas ati jew gaya dia" kak sure servis balas.

"yeke!! alamak cane neh?kalau kantoi habeslaa!!" faezah pulak smash ayat.

"lepak aaaa..kalau nak buat jahat,buat jahat kaw2 punya.x yah rs bersalah" kak sue kasi suntik konfiden.

ehehe.kala itu,kitorunk da selamat menyorok dalam tandas wing bawah.wing bawah mmg diketahui ramai tiada berpenghuni.ikut gosip kata 'keras'.ikut kata lain sbb nak letak budak2 dr campus or U laen yg dtg join aktiviti kat kampus sgmat.tak taula mne satu yg betot.kitorunk kesah hape! heeee... pastu senyap2 noni supply baju & kasut kasi tuka.jeans & tee barula rock.kan?kan?:D

selamat jugak kitorunk menyelinap ke tandas masjid sbb tak mao terserempak dgn 'rombongan' berdaulat tu.lama jugakla bertapa dlm toilet.da naek kematu ke hulu hilir berpanas.sabar itu separuh drp iman! akhirnya line clear.
sit-rep= situation report drp noni kata dorunk smua dah blah ke dataran.kitorunk pown terus susup keluar dr tandas, jumpa noni, & selamba badak pegi dataran beli fishball goreng.sementara yg laen2 berpeluh msk perbarisan pgg2 bendera segala bagai,kitorunk dah lepak menikmati 'kemerdekaan'. :D

5..4..3..2..... 1

peeeeetttt...kebaboOOmm !!!!!

serentak empat2 kepala tala arah langit melihat gerak tari bunga api yg indah bergemelapan.membias rasa yg indah juga.one of da best HARI MERDEKA i'd eva celebrate!

& da rest is history..


........................


rekod2 jenayah kitorunk tak henti sampai tragedi Ogos di atas.selalu jew kitorunk buat plan fly aktiviti2 kolej,hatta aktiviti UiTM sekalipown.lek aaaaa! x otai x kalerful lah hidup rite?:D errr..heee..dekat kelas pown lebih kureng jew... @_@!!

"wei faezah,aaina.korunk dua neh mmg selamba jew ek.muke korunk jew dtg lmbt!" suara ejah bergema kat gegendang.bedesinngggg.

hambek ko.kene sejibik sound direct! mmg betul lah pown.hehe dtg lambat jew semedang.tak kirala pagi kew petang kew.timeline asyek terlajak jew.gara2 cik faezah sbnrnya.aku tukang follow. *ehemmm* tapi pernahla sekali. masuk2 kelas jew......

"woishh..baru nak datang?"
"gila sejam lebey lambat!"

sok..sek..sok..sek seluruh ahli dbs.

lecturer join pakatan. "haa kamu yg baru dtg tu.taper2 silakan duduk.kelas pun dah nak abes da.tinggal 3-4 slides jew lagi nak terang"

haru2.muke da tebal pkai blusher.ngeeee..

& pernah jgk sekali. *yekew?*

huwarhhh!!! tutup mulut. "apsal laa mata berat semacam jew neh.napping jap la" kata aku dlm hati.

"oke nt week kita continue dgn presentation minor issue.be prepare for those yg present.anytin u can come & see me regarding ur topic selected"

elok jew lecturer kasi signal kelas nak tamat.dan2 jew laa mata aku celik.terpisat2 aku bangun.lemau semacam badan.tgk2 kat sebelah faezah pown 2x5 terbuntang napping berbantal lengan.ceyh! =.= ' & yg best nyer..

"dd.puan ada pesan pape x tadi?"

"tader. puan tak ckp pape pun.suro presenter nt week standby jew.korunk tidow eh tadi?huhu"

"eh macam mne ko tau neh?" port da cukup baek da.meja blakangggg sekaliiiii.

"yelaa tadi time puan kat depan nampakla korunk tidow.satu kelas tgk korunk tau x!"

"gler!! yeke!! halamak kantoi2!"

& da rest is also a history..


........................


ola.

dis is da real panjang one entri lah kan.

kalian bace kew neh?? *angkat2 kening sebelah* ahah. :D jika sekiranyalah kalian bace through & through,up till down aku mmg tabik spring,slap hi-five lah sama kalian.mmg kalian pembaca yg berwibawa! tenung skrin lappy or pc mcm nak tembus kan.keke.

waima..itulah serba-sedikit tragedi2 jenayah aku & kwn2 kala dip dolu2.sungguhlaa..bila dah kena serang wabak jiwa neh mmg kenangan2 tu terimbas dgn sendirinya.& thnk too buat Hlovate yg buat aku kenang & mengadaptasi segala kat entri neh. ;)

da nak masuk degree da pown lepas neh.masehkah aku pada tabiat yg sama?masehkah aku truskan jenayah itu?

wallahhualam!

tu yg kita tak pasti tu.

4 comments:

Maira Adreanna said...

haha pengalaman seronok kan .btw tahniah berjaya smbung degree. nak smbung degree jugakk :D

aaina said...

seronok bangat mai!!:D ahah akan sentiasa dikenang.

thnx 4 da wish!!;)

Hazwan said...

aku scroll smpai last sentence, ok la. skali lalu.haha.

aaina said...

ceyh mne aci men scroll..roll..roll!
hahaha :P