December 27, 2008
meow
di sudut alam sana dia juga bisa memikir kamu seadanya.
jika benar inilah sakti.
bisa aku senyum manis & sundal. :)
......................
tidak berkait.
ini sesuatu di kala maghrib rebah di pangkuan bumi...
"acu na,nak kerusi.nak tgk cat!"
amek kerusi.letak depan pintu grill.melihat pada situasi di hadapan.
"cat taderlaa tina.hmmm."
"huuh..cat tader?"
"a'ar cat tader.manelaa cat pegi kan?"
dengan muke kondifen yg jitu.tina jawab begini..
"cat tu tader.sebab cat g chemayang kat shuyau!"
December 26, 2008
penjenayah picisan
"babe, u dapat offer kat mana?"
"u..i dapat ib (international biznes) kat shah alam" faezah jawab.
"cik kak,kau dpt sambung degree x?"
"cik kak.aku dpt insurans.klaka betul!" wawa jawab.
"eh a'ar pekes ko dpt insurans neh?bile mase pulaklaa kite ada subjek tu?pelik2!"
"darl,i dpt marketing.sedey gler..pat kampus kat kltan"alis jawab.
"what??jaonyer!!"
"maznah ko dpt finance kan?ko pat campus mne?"
"aku,yani,& farah dpt kat kltan la wei.aku tak taula cne uitm divide kite" maznah jawab.
"yg i tau halle dgn kak mas dpt kat dungun.kak mas ckp dia malas nak tuka2 kampus laen."
"si siti pun dpt finance.tapi kat arau tu!"
& seterusnya...
...............................
jatuh rahang bawah!
sekor2 dpt kampus jauh semededang.& lagi menokok tambah bala bila tak ada pown diantara 'sekor2' tu dpt kampus segamat kecuali farid & hadi.kes naya neh.takanla aku nak naik tarafkan mamat berdua tu jadi 'inchek housemate' aku pulak.ngeeee.. aku da nampak awan-awanan mendung di kewujudan masa depan aku. =.= '
& sejak dari berita itulah, hidup aku jd clumsy semacam.mana nak urus pasal bayar bil,mana nak urus pasal ptptn, nak kena bukak akaun sspn lagi,kena buat medical cekup segala bagai..ada masa 2 hari jew nak urus semua.i repeat.2 hari oke! totally mess & haru-biru.neuron otak aku pun dah jadi celaru sampai jiwa kena sampuk babak sappy,mellow wellow.ikut kata senior kalau nak apply duduk dalam pown kne tunggu second intake masuk baru dpt keputusan samada berjaya atau tidak permohonan tu.waima, sepanjang 2 minggu mao duduk di manakah? itu pown kalau berjaya dpt kolej!
tumpang pondok pak gad? ...... kes ditolak.
camping tepi masjid as-syakirin? ...... kes ditolak.
lepas daftar,cabut blk kl.lepas 2 minggu baru dtg jhr balik? ...... hehe. *sengih2 mcm kerang x cukup vitamin* :D
aish.tak buleh..tak buleh..
buat nyer kalau ada orentasi kew?taklimat kew?takan aku nak fly semedang jew.kan kan?
............................
& sungguhlaaa..
bila dikenang2 balik.ditimbang-tara saat genting sekarang. sama jew mcm saat aku memula jejak tanah segamat dolu2.jiwa mellow,sappy wappy tahap x hengat.after those 'kejadian' yg sudey pernah aku ceritera sama kalian di entri yg sebelum neh.ingatkah?ahh..kalau kalian pembaca yg setia pasti akan ingat. :) itu maknanya aku sekali lagi akan jadi 'lone ranger'.merangkak balik kenal kwn2 baru.bertatih balik utk kejar tempat tinggal baru.mengenal semula fasa baru dlm hidup abstrakjingga aku.kiam aku sebentar.bisa juga aku sunggingkan senyuman meledani kala itu yg tiba tanpa diundang.......
"akak nak korunk semua dptkan biodata semua senat2 (ahli JKK) kolej.satu pun jgn tinggal.akak bg masa sampai (sekian2 hb) jew.kena makesure gerak ikut wing.benda neh kira pertandingan tau.wing yg plg cantek,kreatif hantar biodata tu nanti akan dpt hadiah.bla..bla..bla.." akak senat kat depan tgh bebel masa sesi orentasi kolej.
masa tu aku nerd x hengat.junior tarak berani angkat muka sama senior.tak ikut ckp alamat jewlaa kena sound direct masa dlm meeting wing,hatta sampai dipanggil turun bwh oleh semua kakak2 senat yg 'berkuasa' tu.da mcm gaya masuk sekolah asrama jew.tahpape.waktu tulaa pown aku kenal ngan budak2 wing aku yg sama part,sama taraf,sama mandat dgn aku.
faezah,kak sue,kak emot,ina,kak jue, & myself.
bermulalah sesi psu (perkenalan salam ukhuwah) kami bersama kakak2 senat tu.dah hafal dah step dia.memula kena ketuk pintu bg salam.bila buka pintu,kena buka properly.nak tanya kena tnya properly.tak buleh jenguk2 kepala mcm penyu nak bertelur (dipetik dari kata senior yg memerintah).lebih kureng mcm neh laa ayat dia:
"Assalammualaikum kak! kitorunk dari wing dot.dot. buleh tak kalau kitorunk nak buat psu sekarang takpun bila2 yg akak free?" senyum plastik tersungging di bibir.dlm hati..grrrrr!
skematik letronik habes.ayat sama jew ulang2 tiap2 kali nak buat 'appoinment'.tragedi yg plg menyayat hati bila nak kena intro sekor2 punya asal usul salasilah diri.aduhai..tu tak termasuk lagi bila kak emot da start mukadimah dia.memasing akan sengih2 pandang satu-sama lain sambil geleng2 kepala.memasing da hafal skrip kak emot yg panjang berjela.memasing da agak daaaa! kak emot komfem nak ceritera kejadian dia time sekolah dolu2 yakni bilamana dia tertinggal bas time buat rombongan di suatu tmt yg tertentu. *ehemmm*
........................
memandangkan wing aku is da one yg plg pendek dlm kolej (ada 6 bilik jew), arakian terpaksalah muka2 yg sama mengerjakan sebarang aktiviti wajib kolej.zapinla,nasyidla,itula inila.. & of coz muka2 yg sama tu jatuh kepada junior2 sekangkang kera dekat wing aku.yes terima kaseh kerna kalian bijak meneka! :D kitorunk berenamla yg selalu jadi mangsa keadaan.hailaa.. =.= '
time part 1 tu mmglaa kan.nerd.geeky.terkeliru aku, antara ini sekolah asramakah?atau universitikah?waima, setat jew part 2 da mula keluar da aura2 penjenayah.hehe.once upon a time bebeh.....
beep..beep.
msg kat hp masuk.aku segera mensauk hp utk lihat isi kandungan yg dtg nya drp faezah.
"wei dtg bilik aku jap!" aik.mistikus semacam jew gaya?
aku pown tekedek2 menghayun langkah ke bilik faezah yg juga merupakan bilik kak sue.jengah kepala kat pintu.
"apsal wei?"
"shhhhh!!" dua2 ekor buat insyarat serentak suro masuk bilik & kunci pintu.
"nape ngan korunk neh?apsal2?"main pakai bahasa 'bisikan' cinta.
"kitorunk hengat nak flyla aktiviti mlm neh.apa kes nak paksa2 kita masuk perbarisan merdeka tu!"
aku da bayang da kalau joinla forces kolej sempena hari merdeka..alamatnya kenala pakai tee kolej yg agak gedabak tu,pkai track suit,pastu siap ada pulak gold dust *blink blink* aish.x macho langsung.tak suke! tak suke!
"oke.so apa plan??"
*wengs! maka dengan itu terciptalah rekod jenayah kitorunk buat pertama kalinya.siap buat pakatan dgn noni (senior 1 sem awal) lagi oke.leb u noni! :D elok jew announcement dr corong jerit tu berbunyi perintah smua budak2 yg terlibat turun bwh kolej, kitorunk bertiga pun bersiap2 sekali.wing captain lalu ceyh dan2 pakai stokin depan dia.proofla kononnya aku semangat nak join perbarisan kan.lepas tu......
"aku cuak neh.mcm mane kalau ina ke,kak jue ke report kat wing capt?" aku bersuara.
"tak.aku da kowtim ngan ina td.dia bekup kita.tapi ada jgkla mcm x puas ati jew gaya dia" kak sure servis balas.
"yeke!! alamak cane neh?kalau kantoi habeslaa!!" faezah pulak smash ayat.
"lepak aaaa..kalau nak buat jahat,buat jahat kaw2 punya.x yah rs bersalah" kak sue kasi suntik konfiden.
ehehe.kala itu,kitorunk da selamat menyorok dalam tandas wing bawah.wing bawah mmg diketahui ramai tiada berpenghuni.ikut gosip kata 'keras'.ikut kata lain sbb nak letak budak2 dr campus or U laen yg dtg join aktiviti kat kampus sgmat.tak taula mne satu yg betot.kitorunk kesah hape! heeee... pastu senyap2 noni supply baju & kasut kasi tuka.jeans & tee barula rock.kan?kan?:D
selamat jugak kitorunk menyelinap ke tandas masjid sbb tak mao terserempak dgn 'rombongan' berdaulat tu.lama jugakla bertapa dlm toilet.da naek kematu ke hulu hilir berpanas.sabar itu separuh drp iman! akhirnya line clear.
sit-rep= situation report drp noni kata dorunk smua dah blah ke dataran.kitorunk pown terus susup keluar dr tandas, jumpa noni, & selamba badak pegi dataran beli fishball goreng.sementara yg laen2 berpeluh msk perbarisan pgg2 bendera segala bagai,kitorunk dah lepak menikmati 'kemerdekaan'. :D
5..4..3..2..... 1
peeeeetttt...kebaboOOmm !!!!!
serentak empat2 kepala tala arah langit melihat gerak tari bunga api yg indah bergemelapan.membias rasa yg indah juga.one of da best HARI MERDEKA i'd eva celebrate!
& da rest is history..
........................
rekod2 jenayah kitorunk tak henti sampai tragedi Ogos di atas.selalu jew kitorunk buat plan fly aktiviti2 kolej,hatta aktiviti UiTM sekalipown.lek aaaaa! x otai x kalerful lah hidup rite?:D errr..heee..dekat kelas pown lebih kureng jew... @_@!!
"wei faezah,aaina.korunk dua neh mmg selamba jew ek.muke korunk jew dtg lmbt!" suara ejah bergema kat gegendang.bedesinngggg.
hambek ko.kene sejibik sound direct! mmg betul lah pown.hehe dtg lambat jew semedang.tak kirala pagi kew petang kew.timeline asyek terlajak jew.gara2 cik faezah sbnrnya.aku tukang follow. *ehemmm* tapi pernahla sekali. masuk2 kelas jew......
"woishh..baru nak datang?"
"gila sejam lebey lambat!"
sok..sek..sok..sek seluruh ahli dbs.
lecturer join pakatan. "haa kamu yg baru dtg tu.taper2 silakan duduk.kelas pun dah nak abes da.tinggal 3-4 slides jew lagi nak terang"
haru2.muke da tebal pkai blusher.ngeeee..
& pernah jgk sekali. *yekew?*
huwarhhh!!! tutup mulut. "apsal laa mata berat semacam jew neh.napping jap la" kata aku dlm hati.
"oke nt week kita continue dgn presentation minor issue.be prepare for those yg present.anytin u can come & see me regarding ur topic selected"
elok jew lecturer kasi signal kelas nak tamat.dan2 jew laa mata aku celik.terpisat2 aku bangun.lemau semacam badan.tgk2 kat sebelah faezah pown 2x5 terbuntang napping berbantal lengan.ceyh! =.= ' & yg best nyer..
"dd.puan ada pesan pape x tadi?"
"tader. puan tak ckp pape pun.suro presenter nt week standby jew.korunk tidow eh tadi?huhu"
"eh macam mne ko tau neh?" port da cukup baek da.meja blakangggg sekaliiiii.
"yelaa tadi time puan kat depan nampakla korunk tidow.satu kelas tgk korunk tau x!"
"gler!! yeke!! halamak kantoi2!"
& da rest is also a history..
........................
ola.
dis is da real panjang one entri lah kan.
kalian bace kew neh?? *angkat2 kening sebelah* ahah. :D jika sekiranyalah kalian bace through & through,up till down aku mmg tabik spring,slap hi-five lah sama kalian.mmg kalian pembaca yg berwibawa! tenung skrin lappy or pc mcm nak tembus kan.keke.
waima..itulah serba-sedikit tragedi2 jenayah aku & kwn2 kala dip dolu2.sungguhlaa..bila dah kena serang wabak jiwa neh mmg kenangan2 tu terimbas dgn sendirinya.& thnk too buat Hlovate yg buat aku kenang & mengadaptasi segala kat entri neh. ;)
da nak masuk degree da pown lepas neh.masehkah aku pada tabiat yg sama?masehkah aku truskan jenayah itu?
wallahhualam!
tu yg kita tak pasti tu.
December 17, 2008
miang miang keladi
dari semalam hati rasa goncang2.tangan sejuk mcm ais.aishh.result nak kua.result nak kua.patot hari ini.bila check x buleh pula.hmmm sistem uitm mengong lagikah? check result degree.ahah akhirnya aku akan pulang kembali ke kampus Johor.rasa sgt kelakar.sudah aku agak. *wengs! ketawakan diri sendiri.
.........................
bila tiba musim cuti sekolah,satu tabiat biasa org Malaya ialah berkahwin.sana sini kad jemputan dihulur.ibu bapa pengantin jadilah org paling sibuk mengalahkan perdana menteri.sementelahan pula aku menginap di pondok pangsa, lagi ramailah jiran tetangga yg melangsungkan perkahwinan.nak dijadikan ceritera, itu hari jiran aku berkahwin dengan saudara muallaf.lelaki cinot.meriah u! almaklumlah mereka kurang arif adat istiadat Melayu kan.kebetulan ibu muallaf itu menetap di Australia kerana berkahwin dgn mat saleh di sana.Australian guy oke bukan anak mat salleh!waima permintaan dari ibunya muallaf itu sendiri utk dibuat majlis perkahwinan utk dia & suaminya merasa bagaimana adat Melayu menjunjung ikatan kasih yg sah.
elok saja kompang gedebung gedebang, hujan mencurah-curah turun dari petala langit.naseb baek pengantin sempat masuk khemah.kalau tidak luluhlah hati si mak andam lihat hasil make up terpadam dek air hujan.aku pun sibuk2 sekali menyelit di celahan saudara-mara pengantin.bukan apa,seronok lihat pelbagai bangsa berkumpul.anak Melayu mencium tangan saudara cinot.mat saleh itu menepung tawar pasangan pengantin & gembira bukan kepalang bila dihadiahi bunga telur.ahh indah bukan panorama itu!:)
sekarang kita masuk babak makan beradab.hujan turun masih lagi x henti.biasalah tu.kalau hujan jadi banjir sedikit di kawasan meja makan.air bertakung kan.ibu si muallaf itu pakainya kebaya nyonya sendat.waima dia tidak buleh menyusur air utk ke meja makan.x semena,suaminya dia si mat saleh itu terus saja dukung & bawa ke meja.aduhai romantis sungguh! semua yg lihat terutama macik2 terjerit kecil & menguntum senyum lebar. jarang2 masyarakat kita mao lakukan perkara sama.
miang miang ubi keladi.
makin tua makin menjadi.
apa dikira malu di hati.
sudah diangkat suami isteri.
patotnya begitulah.bila termeterainya lafaz akad segala sudah jadi halal bagi pasangan suami isteri itu.buat apa mao malu berpegangan tangan,hatta berpelukan sekalipun.diulangi sudah halal.tapi masyarakat kita yg tipikal berfikiran sebaliknya.bila saja pegang tangan pasti dilabel mengada,nak tunjuk romantik depan org,atau silap2 terus telefon jabatan agama kerana disangka belum nikah.itulah yg terjadi pada rakan ibu aku.berjalan-jalan di pasar malam,suaminya peluk di bahu,dia peluk suaminya di pinggang.kira peluk2 lah senang cerita.kebetulan seorang pak cik perhati aksi itu,lalu ditengkingnya mereka berdua.mao tak berasap ditengking tengah2 org ramai. terus suami dia bilang, "ini isteri saya pak cik!" tak pasal2 saja si pak cik sudah dapat malu.hailaa.
kisah pasangan berkahwin yg romantik mmg sgt suka aku dengar.sgt cemburu sama mereka oke! contoh senang seperti pengarah UiTM Johor,Prof. Kamil & isteri.di blog prof: kehidupan ringkas tapi signifikan pernah beliau menulis tentang bunga.semasa zaman percintaan hangat prof & isterinya, selalu saja beliau menghulur kuntuman bunga.kata prof..mulanya tiga kuntum bermaksud i love u selepas itu bertambah menjadi lebih berkuntum-kuntum (eh betul kew ayat aku neh?) gara-gara cintanya yg merebak buat kekaseh hati.setelah berkahwin & punya anak aku kira aku sgt kagum pada prof kerana dpt menjunjung lagi kasehnya buat sang isteri.bisa saja beliau & isterinya berjalan kaki beriringan memegang tangan utk tunaikan solat subuh di masjid.bisa saja beliau menghadiahi kuntuman bunga itu lagi atas penat jerih sang isteri di hari konvokesyennya di Shah Alam baru2 ini.romantik betul prof! :)
siapa bilang bila sudah tua hubungan sudah hilang serinya.sbb itulah agaknya Islam menggalakkan perkahwinan bukan?:) aku ini entah bila baru ketemu jejaka chantek aku.tiada yg pasti perihal jodoh.aku doakan saja dalam tiap solat.amin..
...........................
epilog:
aku berkira-kira mao suakan e-cerpen buat tatapan kalian.tapi aku masih lagi teragak-agak mao ceriterakan fantasi apa.kalian punya ide?suka kalian pada genre ceritera yg bagaimana?mungkin aku bisa olah sedikit kalau semangat perkasa aku ini tidak jadi hot hot chicken shit.ahah. :D
December 15, 2008
rANtAi & VOX play
entahlah apa yg aku mao ceriterakan.tiada kamera juga dibawa sebagai kenangan.sialan tertinggal. kalau ada juga, maseh memikir apa yg perlu aku tules.lengang saja di sana.ahh mungkin hujan.jadi tiada apa berlaku.mungkin.yang pasti tiada banyak khemah tersusun seperti tahun lalu.yg aku lihat muda-mudi datang & pergi sambil2 mengangkat seluar atau kain mengelak lopak. atau duduk saja2 berbual entah apa.waima,lepas seketika aku & dia berlalu pergi.
pesta VOX play.hujan renyai2.janji yg terpampang jam 5.biasalah perlu sound check dahulu.berlegar kala jam 6 seakan-akan muzika bunkface bergema.tak tahulah wujud mereka di situ atau putaran awang-awangan semata.kornea mata aku sudah jadi superman ralit menerobos segenap sudut.yang depan,yang belakang,yang kanan,yang kiri.hati sudah mula berkira-kira mao buat dosa.maaflah bengkak x mampu menahan.terlalu banyak yg silau dlm terang.
*senyum sumbing*
muda-mudi.bergaya itu jenama.mao market empunya badan.yang si polan itu, gaya punklah mungkin.rambut berkarat cacak2, berjaket kulit hitam dgn simbol pelik-pelik,jeans koyak sana sini.aku pandang kau semua senyum.yalah aku senyum saja.saja2.yang si polan ini, si gadis lincah.aku agak2 kau mesti umur 12 ke 15 tahun.aku tahulah.lihat saja gaya kau & kau.mao pakai skirt aku tak kesah.tapi perlukah selit sama stokin ala2 pussycat dolls?kau ke mari atas tujuan apa.nak buat tarian terkinja-kinja itu?atau kau mao lelaki tangkap chenta lihat lengging kau yang jelita? jelik.si polan sana, pakai sweater berbulu-bulu.aku rasa aku panggil itu sebagai sweaterlah.aku tak tahu jika kau bilang itu pelengkap citarasa mewah kau.atau kau fikir itu utk sambutan christmas barangkali.tak apa itu gaya kau,suka hati sendiri kan.tapi buleh tak kau mengerti sekarang musim hujan.sekarang kau pijak atas bumbung.bumbung tak ada siling.orang ramai bersesak.pasti kau pun dapat agak.hujan bercampur peluh yang kau cipta.alahai..kau fikir sendiri buleh?
*senyum sinis*
aku tahulah.muda-mudi.ya muda-mudi bergaya itu wajib.aku x kesah kalau kau mao jadi super cool dengan gaya.jadi perlu kau tayang kamera hebat nak mati kau itu?aku ada kamera oii kalian warta jelata.aku beli mahal sebab itu aku lilit di tengkuk aku tiap kala.kamera ini berat,leher aku lenguhlah.tapi tak apa.kan kamera aku hebat.kalian tak ada macam ini.waima,aku kesah apa sama kamera hebat nak mati kau itu.ada kau snap bang bang gambar ibaratnya kau photographer majalah junk?tiada.nil.zero.hujan turun pun kau maseh mao lilit di tengkuk kau. kasihan aku lihat.masa kau beli kamera hebat nak mati kau itu,peniaga lupa barangkali mao kasi beg.oke.anggap sajalah aku cemburu yg dahsyat sama kau punya kamera.terima kaseh.aku teruja.
ya.
aku mengerti.sangat mengerti muda-mudi itu perlu ada gaya.perlu market empunya badan.perlu tunaikan kewajiban itu.aku tahulah sebab aku juga muda.aku juga maokan gaya. suka sama gaya.suka utk jadi perhatian.tapi aku juga fikir utk letak gaya aku di tempat mana. utk berpakaian yg seadanya.kalau berkehendak gaya luar biasa aku snap bang bang saja self-portrait.itu lebih afdhal utk diri aku sbb di luar aku mengerti aku tdk buleh lakukan yg sama.mengerti kalian?
owh.atau kalian rasa itu bukan sama sekali salah kalian?aku pakai begitu begini sebabnya itu saja cara utk jadi super cool.itu yg dipakai oleh artis A,artis B.di barat,di timur,di utara,hatta di selatan sekalipun.kalau tak pakai begitu begini tak ikut trendlah maknanya.jelik.dlm dunia ini ada banyak lagi trend yg buleh jadikan kalian super duper cool.bertudung pun sudah jadi gaya bukan?ada org paksa kau bergaya yg pelik2?ada kalau kau pakai sama macam artis atau org2 yg kau jadikan idola,kau dibayar royalti puluhan ribu?
entahlah..kalian fikir sendiri.
December 12, 2008
si peneropong blog
December 11, 2008
yuppies
maaflah aku terlalu lambat utk ucapkan pada kalian.berkira-kira mao diucapkan pada malamnya raya itu tetapi aku punya tugas besar dilakukan. *besarla sgt kan!* waima aktiviti sepanjang raya adalah makan,menonton tv,& juga babysit anak2 buah aku."aaina & baby".omigosh.couldn't fit into a sentence! tapi aku buat juga smp sekarang.dah hampir seminggu pown.benarlah dah berpuluh fius yg putus dari membran otak aku sepanjang babysit anak2 buah aku.bila geram mmg mao marah, tiba2 bikin muka cumel+kesian tu.terus rasa serba-salah.baru sekarang rasa susahnya mak & abah dolu2 jaga aku sama adik-beradik yg lain.aku berdiri tepuk tgn sama mak & abah utk ini.naluri keibubapaan sgt complicated utk bicara.takkan sama rasanya dgn aku yg x pernah punya anak.bagaimana ya bila aku sudah kawen nanti?being a yuppies through & through mmg munasabahlah zaman2 aku sekarang.young.urban.professional.kejar kerja.kejar alam rumahtangga.balik pula kejar utk masak,baso kaen,kemas rumah yg berselerak tak hengat.tak termasuk lagi kalau anak2 *oke anak2?* buat hal.menanges rebut2 barang, gado pukul2.suami juga harus dilayan & dimanja.tugas seorang isteri kan.kalau tiada suami yg memahami & tolong kongsi kesusahan mmg tak bole go on.hatta perlu cari hubby yg mithali.highlight of da day is to have a cuppa with hubby & sharing all stories yg bisa buat hati tawa ria or gundah gulana.pastu esok sambung semula aktiviti yg sama berulang-kali sampailah anak2 besar & jadi somebody.haha besar angan2 aku.kalian pula bagaimana?bisa jadi yuppies?atau lebih rela duduk rumah jadi surirumah (perempuan) atau mungkin surarumah (lelaki)?ngee..
ayuh buat kek mak saya!
pertama: sediakan bahan2 yg diperlukan.tepung buat kek,butter,gula pasir,telur 4 biji,susu cair,esen vanilla/ apa2 saja perasa laen,pewarna (ikut warna apa yg kalian mao),bekas nak membelasah tepung & telur.
kedua: masuk gula (1 cawan) dalam bekas.
ketiga: masuk butter (1 cawan) dalam bekas sama.kemudian belasah sampai keputihan.sila makesure kalian belasah ikut arah yg sama saja.kalau berubah-ubah kek x bisa jadi.
keempat: masuk telur dalam bekas laen.belasah sampai keputihan.
kelima: masukkan pewarna.aku letak kaler cokolat sbb nampak cambesh.hee..
keenam: masukkan perasa vanilla atau apa2 saja.harap maklum yg dlm piccie perasa oren.
ketujuh: masukkan susu cair (1 cawan).pastu belasah bagi rata.ingat belasah 1 way oke!
kelapan: masukkan tepung kek (2 cawan).belasah lagi.
kesembilan: akhir sekali baru masukkan telur yg telah dibelasah dlm bekas yg berasingan tadi.
kesepuluh: ini hasilnya bila telah dibelasah sampai rata kesemua bahan2.kemudian ambil loyang utk bakar kek.sapu loyang itu dgn butter & tepung.tujuannya utk elakkan kek yg di masak nanti melekat pada loyang.
kesebelas: baru masukkan bahan2 itu dalam loyang.
keduabelas: masak atas api yg kecil.kalau ada oven bolela gunakan oven oke.suhu?aku pown tarak tau.kalian adjust jela asalkan x hangus. :D tinjau2 kek utk pastikan suda masak atau belum.cara nak tau mudah saja.cucuk permukaan kek dgn lidi atau garfu,kalau x ada sisa yg melekat maka kek komfem suda masak.senang bukan?:)
ketigabelas: nah,inilah dia kek mak saya yg suda siap dimasak! kalau mao bole juga letakkan topping cokolat atas kek bagi rasa lebih ummph! atau mao makan dgn jem strawberi.atau mao makan sama aiskrim. bole,bole! smua bole.. *suke2 hati aku jew* :D selamat mencuba kalian!!
December 5, 2008
aku telah di'tagged' #2,3 & 4!
December 3, 2008
infOrmasi
12th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm
Visual Art Exhibition*Art Booth
5:00 pm
Acoustics Performance by:
- Bob Ku2 dan Rakan
- Sky Juice Coffee
- Ain Zulkifly and The Inggits
8:00 pm
Theater by:
Dahan - Dahan Seni ( art group anak-anak KTM )
9:00 pm
Tayangan Gambar Bergerak ( TGB ):
- Wasiat
- Baby I'm Yours
- Grip Phone
- Wanita Pada Tubuh Lelaki
-----------
13th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm
Visual Art Exhibition*Art Booth
12:00 pm
Light Music Performance by:
- Sorganina
- Static Emily
- The Fridays
- Ana Raffali
- Silent Scenery
- Lightcraft
- 41
- Juno Hana
5:00 pm
KIV
6:00 pm
Poem Recital by:
- Adam Kasturi
- Aleeya
- Rahmat Haron
- Fynn Jamal
Acoustics Performance by:
- Poppy
- Violet
- Juxtaposed
- Poet Stories
-----------
14th DECEMBER 2008*10:00 am - 10:00 pm
Visual Art Exhibition*Art Booth
1:00 pm
Acoustics Performance by:
- Pita Hati
- Maleena
- News At 11
- Wani Ardy
- Mohd Lorong Haji Taib
4:00 pm
Art Therapy by:
-Fatullah Luqman Yusof
5:00 pm
- Didgeridoo Clinic
6:00 pm
Tayangan Gambar Bergerak ( TGB ):
- What Happen To The Green?
- Maxim Gorky
- Sunyi
8:00 pm
Electro Acoustics Performance by:
- Flica
- Shtlm
- Arus
more info: click on RANtAi-ARt. =)
manusia biasa.tiada yang hebat.
December 2, 2008
emosi
- buat kau yang tak bisa mengerti..