March 12, 2009

sehari aku dengar chef wan celoteh!

setting : lecture hall
talent : semua yg terlibat
kala : hari 11.bulan 3.tahun 2009

semalam hati aku berbunga riang.chef wan mai dik non!:D

plg teruja aku rasa of cozlah macik2 cleaner (sbb sanggup berhenti keja menyelit tgk chef wan),lecturer2 wanita, & tak ketinggalan para suami yg tiba2 berminat pada chef wan. *ehemm* aku ingatkan perempuan jew yg berbunga hati mao dgr celoteh si chef wan tu.waima,satu lecturer hall itu dipenuhi warga kampus yg bersorak-sakan menyambut ketibaannya si dia.

dari awal sem sudah diberi tugasan oleh lecturer aku,subjek personal development.our job is to arrange a seminar & secara sukarelanya aku jadi one of the biro yg bertugas on that day.sukarela bermaksud "dapat markah lebih"..sbb tulah aku sukarela mao jadi biro jemputan & pendaftaran oke oke!:D nampak sangat aku kerja x ikhlas!errr..

sesungguhnya kalian..chef wan itu seorang yg amat sempoi,klakar,& bercakap aci redah dia jew sampai aku ketawa overdose tahap maksimum.maaflah ya pada sang kakak di hadapan aku yg menjeling setiap kali bunyi ketawa aku keluar.x cool lah akak neh,nak ketawa pown x buleh!haish..tapi yg plg penting actually da point yg dia nak sampaikan.berceriteralah dia al-kisah kehidupannya dari kecil sampai sekarang.kalau dihayati di hati,kau akan bisa jadi sebak pada tiap bait patah katanya.he's delivering it with humour but indeed it is full of deeper meaning.aku mengkagumi dia, pertama, kerana dia bisa bercakap selama 2 jam tanpa noktahnya cuma sesekala berhenti meneguk air mineral.kedua, selama 2 jam itulah dia sentiasa bergerak dgn penuh energetik ke sana ke mari,tangan mendepa-depa, melompat-lompat..ya ampun, sgt bersemangat! itu baru 2 jam pada sesi pertama.sesi kedua, 2 jam lagi dia berceloteh.di mana ya dia serap tenaga sebegitu banyak? & ketiga, dia langsung2 tidak lokek ilmu utk berkongsi apa saja utk dijadikan tauladan.

hermm..waktu zaman hingusan chef wan x seperti sesetengah daripada kita yg mungkin bersenang-lenang saja.kecil lagi,sgt2 kecil.. sudah ditanggung utk menjaga adik2 yg ramai, menolong ibunya menyiapkan ns lemak seawal sebelum subuh, pergi ke sekolah menjaja ns lemak itu, petangnya kembali menolong ibu membuat & menjaja kuih pula.di waktu remajanya langsung2 tidak punya wang walaupun mao membeli uniform sekolah sekalipown.kalian buleh bayangkan dia bilang begini..


"abg pernah curi seluar dalam kwn abg sbb abg nampak seluar dlm tu x pernah dikutip tuannya walaupown sudah berhujan berpanas berhari-hari."


memanglah satu hall gamat dgn ketawa mengekek, tapi ya di hulu hati bisa jadi sgt sebak hatta seluar dalam sekalipown terpaksa dikutip lebihan org.terlalu byk aku rasa yg dia hadapi.chef wan itu x pernah kenal erti putus-asa,malu utk melakukan apa saja yg halal utk mencari rezeki, & sgt2 rajin.perempuan pown kalah.isk..

hampir maghrib baru seminar tamat betul2.itu pown setelah chef wan tergesa-gesa mao ke supermarket sbb esoknya dia & chef florence tan mao ke melaka utk goverment event,related to cooking definitely.jadi selesailah seminar. :D hoyeahhh kerja aku pown tamat! kat bawah aku snap bang bang piccie utk tatapan kalian.x byklah sbb aku kena buat kerja utk tunjuk "konon2 aku rajin kan" & jgk sbb cam aku bila zoom kan piccie jadi pecah.x suke.x suke.semua piccie chef wan yg disnap dari jao x nampak pown muka.so delete jelah! pilih2 ini yg tertinggal.. ^______________^












8 comments:

Yern Ain said...

celoteh itu mesti sgt best kn?

adykiddo said...

yea sis,
chef wann klaka.
btw dea masak uoll masak ke hehe

afy sufy. said...

best2 dpt jmpa chefwan
heee

Unknown said...

wow..
style la chef wan dtg...

nway, chef wan curik spender kwn die?..
ahaha...
ape la die buat ek..
kikikiki....

twinklingYaya said...

i wish i could meet him..
nak tnya mcm mn dia bole terer sgt msk..
jealous!

Sara Musfira said...

Bestnya dik non!heeee

Dyan Myiaa said...

wahhh seronok sungguh !
jumpe cik wan lg kim
salam sama dye hee ;DD

aaina said...

yernain:
sgt best!:D

ady:
haha xda masak2la ady.die pot pet2 jew da whole day ;p

afy:
beshhhh! :D

ejam:
hahaha itu rahsia ejam!
kalau na tau kne jumpe chef wan personally :D

yaya:
by then u kne jemput dia dtg uma.hee 1 hari suntuk u blaja kang ;)

sara:
beshh dik non!;D

dyan:
ahah,insyalah..
kalau ketemu lg lah eh dear ;p