October 20, 2008

bila tugas aku mao selesai?cepatlaahh!

prolog:
maaf kalian! ini saja mampu aku suakan buat masa ini.kalam aku tidak buleh meriwatkan kisahnya.bukan tidak mahu.aku benar sibuk kebelakangan ini.hampir pada final exam,maken ligat waktu mengejar.terkontang-kanting.ahhh sialan! maaf sekali lagi.


.................
pertengahan:
aku maken kuat makan.moody & tension.jadi jiwa aku fikir yg tidak tidak patutnya.
aku ini benar gilak.owh aku suka.terima kaseh.


..................
akan ada byk perkara yg berlaku dalam sehari dua lagi.akan aku kabarkan di entri akan datang.
tunggu ya kalian! ^____^


...................
epilog:
tugas sudah memanggil.pukul 2.29 pagi.jadi aku tak akan lena di perbaringan.hanya melihat.
msg sudah masuk.*oke aku mengerti!*
pergi dulu.susul kemudian.

October 16, 2008

rOmantika


aku punya dua rasa yg berbeza hari neh.
*sigh*
itu hari..harijadi seseorang.
aku tak wish pown kat dia.
& m not gonna do dat aswell.
sebab pertama, dia langsung tak ingat harijadi aku bln julai yg lepas.
betapa hati aku tersinggung sbb neh.
tapi x buleh jgk nak blame dia.(yekew?)
sebab kedua, aku tak mao ingat apa2 lagi yg berkait dgn dia.
aku ego.aku akui.
noktah.




saat seperti ini.
aku kenang2 pada jejaka chantek.
aku berfantasi dia.
jiwa aku sudah dirasuk mood romantika.
*senyum*
ketika dia muncul,aku rasa ada debar.
muka merona merah.
tapi aku tau mata aku bersinar. (*macam piuter lepas kasi kilatlaa konon*)
tiada siapa yg akan mengerti.
perasaan itu sgt dalam.
biarkan aku di awangan.
bergantungan tanpa jejak.
dia bisa berkongsi rasa bersama aku. (*ehemm*)
memandang aku dgn senyuman manis.
lalu terbuai dgn petikan gitar dia.
suara yg polos & asyik.
hampir saja air meniti di birai mata. (*ahhh cepat2 kesat*)
lepas itu aku..


*oppsss!*


err..maaf kalian.
aku ini gemar berfantasi!
berseorangan di bilik,jiwa aku juga nakal bermain-main. ^____^
episod lepas tuu..x payala bagitau.heee..

October 13, 2008

owh aku lupe lagi!

aahhhh sejak dua menjak istinjak neh kan..aku rasalaa neuron otak aku da maken pupus atau pown suda senget kowt.sebab tuh jgk byk fius2 dlm kepala suda putus menyebabkan aku jadi hilang ingatan tahap asbestos.aku berkira-kira dlm hati. "aku kenape ek?" "kowt2 aku kene pergi medical checkup lepas neh?".

ada sekali (eleley ckp jela tiap2 kali!) aku chat atau msg dgn ber'orang-orang', aku mesti lupe apa yg dia sembang2 sama aku.oke cthnya.. "u study kat mane?". "eh bukan i da gtau ke tadi"."ngeee..yekew u ada gtau?"."yee.da gtau.u mesti lupe kan!"
haaa..betul3!! (buat sore upin ngan ipin) mmg aku lupe pown! heee.. :D

kejadian laen, aku tercicir kad matrik kat library.aiyooo..musibat neh! kalau kad matrik hilang habeslaa kena tahan dgn pak gad.ditambah dgn penyakit clumsy aku yg tak pena nak hilang,aku aci redah satu library cari kad aku.perasanlaa jgk ada 2-3 org 'pandang pandang jeling jeling' kat aku.errr..ehehe mana taknya.da aku yg buat tawaf byk kali depan diorang.kad matrik x jumpa2 jgk. =.=' hmm cari lagi..truskan usaha.*plingg* baru aku teringat aku duduk dkat komputer tadi! terselamatlah riwayat kad matrik aku.sayang taw kad matrik neh! da dekat 3 tahun aku gune.(sebenarnya nak kaber piccie aku yg skema x hengat kat kad tu. malulaaa i! uuuuuu..)

kejadian ke-3.neh lagi haru oke! aku nak cuci tgn lepas makan nasi+lauk ikan sambal.aku bwkla bekas.dlm bekas tu ofcozlaa ader sabun takkan sandwhich pule.jadi aku pown riang ria baso tgn.pastu belek2 sket muke kat cermin.omigosh jerawat besar! *eheemm* belek2 rambut pulak.betulkan sket.oke cun dah aku.lepas neh bole ngorat lecturer.(eh bukan kelas puan faizah ke lepas tu?) pastu kan aku pown balik bilik.cube teka! cube teka! :D hahaha..aku lupe bwk balik sekali bekas sabun! molek jew bekas sabun tu atas sinki tak bersentuh.aku nehlaaa..
amil asetat-14 betul!

adaaalaaaa ari tu pulak kan kan..tibe2 aku dpt sms dari din.dlm sms tuh dia tules mcm neh.. :D
1.gelaran sy bg awk?
2.lagu sesuai utk sy?
3.hadiah utk sy?
4.awk nak sy jadi ape utk awk?
5.nasihat utk sy?
6.benci/suke sy?
7.nape?

aku pown replylaa..*malu pulak* aku tules mcm neh.. ^___^
1.adindaku yg mereng.hahaha.
2.lagu abc.mari nyanyi!:D
3.owh macam2!
4.jadila teddy bear sy.mesti cumel kan! heeee..
5.berhati2 di jln raya.ingatlah pd org2 OKU!
6.sukeeeee..
7.sbb awk slalu msg sy.heeee.. (*ehemm ini tiada apa2 makne oke!*)

din reply blk menda yg same kat aku.dia tules mcm neh..
1.amoi munchet.hehe.
2.lagu doremon.
3."sy ilang ingatan lorh".hehe.
4. .... & seterusnya.

*wengs! kureng asam boi nyer din.berani die kate aku ilang ingatan! err... tapi nmpak sgt kekronikan penyakit pelupe aku neh.*kasi malu lagi sama aku* adoiilaa semut2.aku termakan kau ye semut..?!!

October 9, 2008

muzika dansaan

oleh kerana aku ditimpa konflik yg mengharukan aku, jadi aku upload muzika berbeza.
lagu by komplot - kOnfLik metrOpOlis


=.='

juga nak berterima kaseh daun keladi pada kak anna (sue anna joe) utk sticker free di blog anda!
terima kaseh ya! :D

*owh owh!* lupa lagi.sudah beberapa kali edit ini entri.haha.
terima kaseh juga buat lazy angle (sygku eila!) utk entri u yg neh -

maafkan-aku-wahai-blogger2-sekalian

suka sgt2! sedap dibaca oke! ^___^

October 8, 2008

hari duka

hari ini mood aku sudah lari.mengubrak-abrik perasaan aku.kadang-kala dunia sepi tanpa duka tidak bulehkah? jiwa aku keciwa.hati aku jadi tidak tenang.


semalam aku terima panggilan dari kawan aku.tak semena aku bergaduh dengan dia.semua bermula pasal duit.aku ini pasti malang bila berkira pasal duit.ceriteranya..
aku diwakilkan utk kutip duit dinner course aku yg cadangnya berlangsung pada hari ahad.aku & faezah tak pergi pun.senang cerita kami malas mao pergi.jadi aku mintalah pada kawan-kawan sekelas.mereka bayar sekali yg jumlahnya RM56.bila kelas habes, kawan aku yg tolol itu minta balik duit dia RM12.kata dia tak cukup duit, mao witdrawn di ATM kemudian baru bagi semula wang itu pada ajk dinner.fine! aku katakan aku tiada wang tukar.yg ada itulah rm56 semata.aku bagi semua wang pada kawan aku yg tolol itu.aku suroh dia bagi sendiri pada ajk.ambillah kau aku tak kesah.bukan duit aku pown.aku fikir semua sudah selesai.malam semalam si ajk msg aku, kata dia kawan aku yg tolol itu bilang duit dinner ada pada aku.apa kes? kan da bagi semua!
tiba-tiba yg tolol itu menelefon.boleh dia katakan aku hanya bagi dia RM7 itu hari.memanglah aku ini si dungu, tapi taklah terlampau bahalul smp tak pandai nak bezakan duit rm50 dgn duit rm5.dia tak mao mengaku kalah.habes aku yg salah?kalau benar aku salah mmglah patot aku yg gantikan duit yg hilang itu.tapi kalian fikir sendiri.duit rm56.kalau hilang duit sekeping rm50 itu patot ada pada dia hanya rm6 lah bukan?oke fine!aku tak kata pown dia yg ambil, mungkinlah tercicir di mana-mana.tiba-tiba aku yg dimarahi kenapa.tak buleh bicara baek2?


dolu2 juga aku pernah bermasam muka dgn kawan pasal ini.sudah meminjam tak reti mao pulangkan.sampai tahap abah aku sendiri dtg jumpa sama dia, baru mao kasi duit.kalau rm10-20 buleh jugaklah aku bersabar.ini ratusan ringgit.aku yg dungu beri atas dasar kasihan.akhirnya makan diri.sekarang pown ada lagi yg meminjam tapi tak bayar.nak minta serba-salah.taper...tunggu.barangkali satu hari aku kawen sama hartawan jadi buleh aku lupakan saja & siapa2 mereka itu pown buleh buat2 terlupa.hmmm..kan aku sudah bilang,aku ini malang bila bicara pasal duit!*sigh*


_________________________


pagi tadi aku terjaga dek deringan hp yg bingit di gegendang.abah call.abah bilang..


"irfan sudah meninggal.abah nak balik perak sekarang"


aku terpinga.innalillah..
irfan itu anak saudara aku berusia 16 tahun.kasihan pada dia.sejak umur 9 tahun dia tiba2 diserang demam panas.lalu langsung dia tidak buleh berkata-kata, berjalan, hatta bermain-main sekali pown bersama temannya.masa kecil dia sangat petah.selalu saja bilang mao jadi seperti awie sbb masa itu lagu awie tgh hott.abah kata mungkin sudah sampai ajal dia & lebih baek dia pergi drp terseksa di dunia.aku fikir abah betul.semua ada hikmahnya.aku doakan roh irfan dicucuri rahmat Allah.& semuga pakcu ni & kak syikin tabah hadapi pemergian irfan ke rahmatullah..













October 4, 2008

aku di sini

aku sudah pulang ke rumah. ;)

baru beberapa minit di kamar berbaringan, aku tros menyerbu komputer.

rambut kusut masai.badan berbau hapak.

rasa x senonoh pula. :D

aku tak sabar ini.

menceriterakan hatta kepulanganku ke kampung.

owh.. heaven!




*senyum lebar*




aku dari kecil acap kali tiada pernah jemu menatap potret bukit-bukau itu.

semasa kecil.

semasa kami semua maseh anak-anak hingusan.

aku & kakaklah.

kami bernyanyi riang dalam kereta.penuh semangat.




balik kampung..hohoho balik kampung.hati riang! :D




kami berbisingan.

abah & mak senyum memandang.

abang?abang aku tidak tahu buat apa.hee..

lalu dlm perjalanan.

aku lihat awan berarak biru & putih.

aku menuding itu.

aku katakan..




mak awan bentuk gajah! eh itu bentuk rumah! warhh itu bentuk harimau!




betul ini.

aku tidak tipu kalian.

sampai ke kampung.

lihat sudah atap zink itu.

lihat sudah rumah kayu bertingkat dua itu.

usai dimamah waktu tapi adanya opah & atuk di dalam.

kalian paham perasaannya?

mesra.




*senyum lebar lagi*




corat-coret saudara-mara yg kepoh.

sambil itu menguyah hidangan raya.

air kopi hitam pekat senantiasa ada.wajib!

walau berebut tandas.

walau berebut seterika.

walau bersesak di tempat perbaringan.

waima aku kesah apa. ;)




kini.

ya opah & atuk tiada lagi.

aku pasrah.

segala sudah berubah.

ada ikatan yg sudah renggang.

namun maseh kami pulang.

tidak ke rumah kayu.

hatta ke rumah batu adik-beradik mak sajalah.




*senyum sumbing*




mereka menyambut girang.

bersalaman mengucap selamat.

owh masih ada rasa mesra!




*senyum lega*




rancak kami berborak.

bergelak sundal tak hengat dunia.

berjalan sana sini.

membeli itu ini.

menghirup kuah laksa.

menghirup cendol pulut.

segala apa yg dibuat.

mengulangi nostalgia lama.

nostalgia itu kocok-kocokan.







*senyum lebar lagi*

October 2, 2008

riang ria syawal :D









1 syawal.. tiada aku lihat panjut.tiada aku lihat bunga api.tiada aku lihat mercun roket.tiada aku lihat bumbung kampung halaman.tiada corat-coret saudara mara.maka itu sajalah.hanya bersama keluarga terchenta. ;) owh ada rasa sedih sedikit.*random*


tadi abah & mak bilang pada kami.. "esok (3 syawal) kita pulang ke perak." *hoyeayyy*
aku riang! :D