tahun baru Islam sudah bermula.awalan muharam sebenarnya mugkin lebih tertumpu kepada aksi perlawanan bola sepak di mana pasukan Malaysia menentang vietnam. kurang pasti berapa kerat antara kita yang benar2 ingat untuk melafaz doa akhir serta awal tahun. tapi perkara biasa kan?
*senyum*
meledani awal muharam lebih tepat 1431 Hijrah, apa saja patot kita lakukan? aku sendiri x berapa pasti ada apa2 perkara yang aku ubahkan dlm hidup aku.none.sifar. aku ingat lagi diskusi bersama abang beberapa ketika sudah. hidup di dunia, kita sudah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi (surah Al-Baqarah, ayat 34 kalau aku tidak salah) manusia itu benarnya alpa. kalau x diberitahu, tidak akan sama sekali mao ambil tahu walaupown kadang2 perkara itu sudah tahu. lebih seronok untuk dibiarkan lupa. biar saja ia bergentayangan bersama zarah waktu. aku lebih rasa teori ini tepat.
terlalu besarlah beban untuk fikir kita ini seorang khalifah. memang betul pown. aku sendiri bila mendengar abang berbicara, bisa senyum menggeleng2 kepala. aku sendiri rasa macam kelakar sgt apa yang ada pada aku untuk aku katakan aku boleh pikul sebegitu amanah? come on! aku ini seorang yang maha biasa.manusia.still human mcm kalian2 juga.
maseh tinggal solat subuh bersebab tidur pukul 3 pg atas alasan terlalu terpegun membaca novel twilight.
maseh suka menonton one tree hill & gossip girl walaupown di belakang abah sudah berdehem bila ada aksi2 bercumbu dipaparkan.
maseh suka untuk melepak di bukit bintang sambil telan double cheese burger atas dasar mao have fun yang lebih sedikit dari duduk2 di rumah.
maseh ada keingininan untuk snap bang bang piccie yang bertelanjang melihatkan uraian rambut, lalu letak di laman2 sosial.
ahh..hipokrit besar sgtlah kalau aku katakan aku ini alim berserban kepala bertongkatkan tasbih.
diskusi bersama abang rasanya bertambah hebat bilamana aku sedar aku ini siapa.ya. x perlu sama sekali untuk jadi hipokrit. abang kata perlu buat apa yang termampu untuk kita buat. kalau belajar perlu usaha untuk cemerlang. sewiusly, da only main thing that he told me berulang2 kali ialah tolong mahirkan diri untuk berbicara dlm english. be fluent. natijahnya cuma satu. alam perkerjaan sangat berbeza. lebih cruel kalau kau x ada apa2 dalam genggaman.
kalau kau lebih cantek, org akan lebih pandang kau dari ijazah di tgn.
kalau kau lebih pandai mengipas, org tutup mata sudah boleh angkat kau lebih dari org yg sudah bekerja 10 tahun masa.
kalau kau lambat, sila halal kalau kau ketinggalan.
aku mendengar ini dari pengalaman. x tercipta semuanya hanya fantasi belaka, hatta kau & kalian semua perlu tahu ini realiti.
waima, apa yang menjadikan kita khalifah sebenarnya? jihad.
usaha untuk belajar hingga capai keputusan cemerlang. jihad.
usaha untuk jadi cerdik english. jihad.
usaha bila kau bekerja kau bole tingkatkan taraf diri untuk jadi yang lebih atas. jihad.
perkara seringkas melaungkan azan bila masuk waktu solat pown akan dipertikaikan bila kita hanya kuli2 biasa meminta. akan ada terlalu byk cela bila di atas bukan Islam walaupown dia Melayu. sekurang2nya bila di atas itu Islam, dia akan punya jihad utk org2 di bawahnya.
wallahualam.
msg abang sempena tahun baru..
Rasulullah saw pernah gagal di Mekah. hadapi terlalu banyak rintangan dari org kafir Quraisyh. dihina, dicaci, diludah2. waima, Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk suatu permulaan yang baru. hijrah baginda yang tersiratnya ialah baginda x pernah putus asa. kebaikannya untuk kita semua bukan? jadi jgn putus asa. kata malim ghozali pk - siklus kehidupan sememangnya penuh dgn kejutan & tanda tanya.
4 comments:
Selamat tahun baru :)
selamat tahun baru...
moga pengalaman semalam menjadi 'kenderaan' untuk hari ini =)
salam maal hijrah sayang .
moga tahun baru lebih baek ;)
sara:
slmat thn baru!:)
ikraam:
slmat thun baru!
insyaAllah..sme2 ya? =)
dyan:
salam maal hijrah!;)
Post a Comment