June 15, 2009

satu anak kecil

anak kecil..
hari ini dia bermain tanpa rasa
dunia tidak pernah sedar kehadiran seorang dia
sama seperti dia ghaib dari pandangan mata
gembira & gelak tawa

anak kecil..
hatinya mulus persis fikirannya yg belum menduga
tiap gerak gaya melentok mesra & manja
lantaran masa yg tiba2 mengengsot pergi
anak kecil itu
tiada lagi fikiran yg sama
hatinya maseh mulus wahai sahabat
namun tidak lagi polos dan jujur
ya,apa erti keduanya perkataan itu buat dia?
mencipta propaganda sehebat naskah shakepeares?
atau mungkin keduanya perkataan itu sudah jadi kaca
bila2 saja terhempas maka terlihatlah aslinya

tapi anak kecil..
jiwanya sudah berbeza
cubalah dia utk menjauh sedalam-dalam yg mungkin
mengecil diri di balik gemersik angin
kerana baginya
bila hilang hembusan angin itu
selamatlah jiwa
selamatlah gelodak yg menggila

satu anak kecil wahai sahabat..
dia mengintai rasa yg sempurna
bukan pengecut,bukan bakhil,bukan pemendam
dia cuma takut pada yg tidak2
dia tidak mao lagi mencipta keperitan dahulu
lebih2 lagi dia tidak mao sesiapa menjilat pedih itu

anak kecil..
berlari2 dia mengejar
dia nampak sinar pelangi di hadapan
di impikan sinar pelangi yg bisa hapus segala rasa
tapi dia juga tahu dia terkubur
dia tahu dia tidak akan tegar
sebenarnya dia juga tahu sekali itu dia akan rebah
tapi tidak buat yg lainnya
tapi tidak buat yg lainnya

mengertilah wahai sahabat..
satu anak kecil itu hanya mendamba yg abadi
telah dia titiskan gugusan air hangat tanpa sedar dari jiwanya
dia tersedak, menggumam air yg kelat
arakian maseh juga dia pertahankan
hapuslah tolong hapus air kelat
jangan kau tumpah lagi di pertemuan suara itu

9 comments:

Unknown said...

fuh bsg2... aku terharu...

Shafinaz Arshad said...

I love it!!
2 thumbs up =D

Sara Musfira said...

Aainaa, sangat menyentuh jiwa. Setiap bucu bait, terbaik. Impressive!

Eerie Liuvyx said...

setiap masa yang berlalu akan mengajar anak itu,
sampai salam kepada anak itu,
sampaikan pesan ini,
jangan takut membuka langkah baru=)

aaina said...

terima kaseh bt kalian! :)

Shafinaz Arshad said...

babe, pic prOfile
kmu sgt sOmelll!!~

zaidharis said...

aina,
kalau ada anak kecil,
kena pandang luas-luas,
baru dipanggil,
anak besar.

eh,
nukilan ni?
sangat indah,
seindah pelangi,
berwarna warni.

cepatlah lari,
biar pantas waktu pergi,
biar kau dapat masa untuk berhanti,
singgah untuk nukilan lagi.

aaina said...

terima kaseh daun keladi..
ahah aku maseh di awangan
nt aku datang
tggu ya!:D

Dyan Myiaa said...

anak kecil tuh pasti comel
mcam kite sayang ;)