June 26, 2010

aku bukanlah gurlish sgt pown





owh seems like diz topic is so crap for me to begin.
gurlish?neva be me.
bahawasanya aku bukanlah seorang gurlish yang pro.
*sewius sewius*

itu hari anak buah aku blk rumah.kakak aku mengadu si tina merengek na suro kakak belikan maskara sbb dia tgk iklan maybeline kat tv.aku gelak guling2.bawu 4 tahun da na pakai maskara.punyalaa berciri perempuan sejati anak buah aku sorang neh T.T

dari kecik aku mmg pena sekali jew mintak mak belikan skirt kembang2. terpengaruh gara2 sebelum tu ikut mak pegi pasar.lepas tu dkat luar pasar ada org bukak gerai jual skirt kembang2 yg digantung dkat kanopi, baju jenama kikilala ngan rocky one.jenama neh jela aku ingat sbb mostly baju dan seluar aku hanya pkai ini jenama. *ceyh belagak*

jahat betul org kat gerai tu.sape suro awak gantung skirt kembang2 tu tinggi sgt?
lepas tu mata aku jadi blink blink lepas tu teringin na pkai.terus saat itu mak belikan untuk aku sbb mak kata dia tekejut petama kali anak perempuan dia neh na pkai skirt.oke dat is da first and last. tobat pakai sekali jew esoknya.bila pkai rasa rimas gatal2 badan.haha padanlah muka aku.

oke oke.

makeup?
mse kecik aku mmg laaaa suka main makeup mak aku.kalau bab menghabiskan makeup mmg aku no satu. diulangi no satu oke.thehee tapi aku buat jadi try and error kat mak.jadi opera cina la jawab nyer muka mak aku. hailaa sian mak.. =.='

masa2 lain aku jadikan bedak campur mask mustika ratu campur minyak wangi campur air, lepas tu aku tenyeh2 jadikan dia cecair pekat.na tau aku buat apa? aku cat dinding rumah dgn natang tu. esoknya dinding rumah jadi lawa macam org cat rumah time raya. gilak aku tipu! haha jadi bertompok-tompok.

tapi masa kecik dolu2 bukannya pk banyak pown.tau main dan seronok melompat-lompat. bila kena marah merajuk tidur belakang pintu bentang suratkhabar lama.konon2 sedih sangatlah org x hargai, rasa down, dan na buat org rasa bersalah balik sbb marah diri yang sgt kerdil ini.
*ceyh ceyh*

ehem.enough of merapu.

tamat.

June 23, 2010

kit kat commercial




sesuatu yg aku rasa sgt kreatif oleh pengiklan coklat kit kat.kalau tgk tiap kala mesti rasa na join nyanyi.haha dan rambut palsu itu ingatkan aku pada sue anna joe.ily!

April 27, 2010

aku x mao rasa ini

heart be icy!
neva get melted.still.

aku ingat ini kata aku dolu2.
seboleh2 keraskan hati supaya diri bisa x ampuh.

org ckp hati x akan mungkin bisa jadi praktikal.
kalau praktikal bole diubah-ubah.
ditambah, dikurang.
ikut suka, tapi x merasa apa.
tapi x akan kan?

heart be icy!
neva get melted.still.

aku rasa waktu aku tules ini, aku sebenarnya sgt bodoh.
waktu itulah.
sbb itu cuba menyamar dengan kata2.
supaya aku xmao rebah walau sekali saja.
tapi perasaannya hanya Tuhan yang bisa tahu.

macam kelakar.
hmm..
& hari ini pown rasa kelakar.

*senyum tawar*


...........



aku rasa perasaan dolu2 itu datang semula.
sesuatu yang aku cuba utk kuburkan.
tatau mao bilang bagaimana.
mungkin bodoh aku dulu, macam bodoh jgk aku sekarang.
tolonglah..

heart.be icy!
neva get melted.still.

April 25, 2010

di mana magisnya?

hai!:)
lme x jumpe?
awak pegi mane?
saye ade jela kat sini,awak yg x pernah perasan saye.


........


aku selalu cemburu pada orang yg sentiasa ada kata2 untuk diperonyok di sini.
aku x selalu ada jiwa2.
sbb:

1. aku malas.
2. aku selalu gagal pengurusan masa.
3. aku terlalu senang moody.
4. aku terlalu memikir.
5. aku sudah hilang magis? (hmm..)

aku hanya layak utk membaca & memahami, lalu mengangguk2 pada ceritera org lain.
lebih afdal begitu saja.

bila ya sumpahan magis aku akan dikembalikan?
di mana magisnya?

March 1, 2010

Best Bits of Project Alpha Season 1

"..Project Alpha..?"

okeee..
*sambil juling mata*
aci natang ape pulaklaaa na buat project mase2 cengginih?

bukan!! bukan!!
certainly not my assignment project apatah lagi project yg direka oleh aku sendiri. (harap maklum.maceh.)

for those who might not even knoe dis particular thing-gy, project alpha is sumkind of cute project which they take a sneak peek into bloggers lives – who they are, how they live, what makes them tick and from where they derive their inspiration.on wut reason wahai sekalian?it is to capture the attention and interest of thousands of online readers on a daily basis.

senang celitera ini macam..project alpha neh akan mengumpulkan blogger2 hebat Malaysia di mana blog2 mereka2 ini dikunjungi oleh sebegitu ramai pelawat samada secara terang-terangan ataupown bersifat mistikus. maka & oleh itu, blogger2 ini tadi akan dikunjungi untuk dipaparkan akan perihal sebenar identiti masing2 termasuklah kisah2 hawt peribadi mereka a.k.a macam mne mereka makan,tidow,men futsal,etc.ala2 terjah gitu.got it?got it?;))

now..

da best part of all..dis project is BACK!!

say cheeerrs people.now we have sumtin to look upon! yeayyy~ :D [ofcoz sbb bile kite x ada kije, kite akan mudah jadi buhsan,bile buhsan waima kite akan jadi sgt2 kuat utk mkn.bile kite mkn, kite akan menyesal bile perut kite kelihatan lebih besar dari biasa2.maka & oleh itu adalah lebih baik jika kita ada sesuatu utk diperbuat kan?kan? ;)]



.......................


Project Alpha Season 1

nah..teaser season 1! :))








project alpha is being hosted by da beautiful miss jojo struys :)



in da previous season, among da ultra super bloggers being selected are fourfeetnine, redmummy, nicolekiss, kennysia, beautifulnara, & last but not least budiey.

all of them shared a very very interesting drama of their life ++plus++ with some crazy & hilarious action which u guys will & only be terkesan di hati if u guys catch da show :) sewius x tipu! aku gelak sakit perut tgk aksi dorunk neh weh. bukan lakonan ikut skrip,it is reality show. so ape yang disebut, apa yg dibuat sendiri terkeluar time2 tu jgk.

& aku rasa mmg rugi kalau missed tonton sbb selain kau ketawa guling2 tgk dorunk, pat jugak input2 berguna macam tips na jadi blogger hebat malaya, tips na buat duit dgn blogging,etc.bole imagine x sebulan bole generate income like 7 ribu or 8 ribu dlm poket? hailaa besh nyer!besh nyer!










tapila kan yg aku rse plg menarik hati dia nyer blog contest. spe yg msuk bole menang tiket tgk live game chealsea kat England oke.isk rugi weh tao lmbat!! T.T

waima sile kalian tonton ini untuk tau lebih lanjut mengenai project alpha season 1 : projectalpha.season1 ! ^___________^

akhir kalam..
Project Alpha Season 2 is presented by Adidas Action 3 and supported by P1 and MAS.


sekian.

February 28, 2010

take a break.ada iklan.

ini aku mao promote blog kawan aku.free2 sile bertandang oke oke! ;D

*kelik sini* :

D'chantique









p/s: pasneh ko kne bg aku komisyen 10%.taa. :))!

February 24, 2010

e-cerpen siri dua

izinkan aku bilang ini..

sewius aku rasa ada depressi utk mula

kaget x semena
melopong mencari berita
aku berkira2 utk mulakan satu tajuk yg muda tapi akal x buleh mencerna
puas aku pujuk & rayu
ahh givup lah!


aku menceruk di satu posisi melihat sekeliling
ada akal yg berdansa bila pancaindera terbias mencipta satu

*senyum*
sambung e-cerpen siri kedua mao?

semestinya tulesan yg tolol dari aku: - siri pertama dolu2 :)

................

bilamana aku kiam, aku rasa aku terlalu jelik dgn alam.
bilamana aku berdiri, jiwa aku meronta mencari kuasa. bilamana aku bertatih menongkah arus, suara2 akan mendesir. bilamana aku berlari, akan ada pinta aku berhenti.

"hey si tua..aku cuma cari satu jalan untuk aku teruskan berkayuh!!"

amarah yg dirasa.
ya..ianya terlalu menduga!

kelam... sunyi...

*ada tangan yg merenggut bahu*


"oiii..kau neh mengenang ke kena sampuk aura org tua tu?" sengih.2 saat menggeleng.

baru tersedar.tapak tgn lantas meraup wajah, benar terasa dingin.. "aku nak jumpa dia"

"betul lah kau dah gila!"

"haish..aku dah jadi si bodoh.sekarang aku nak jadi si gila"

"kau neh biar betul..ada apa dengan org tua tu..? setakat jual kitab agama tepi jalan,pakai serban.. belum tentu alim di kepala buleh sucikan bicaralah kawan" saja nadanya ditekan..

terkebil-kebil.lantas, aku pandang mata sahabat aku pinta kepastian.
"kau juga kata orang tua tu terlalu bijak bukan?"

"iya..tapi perbuatan x menghalalkan niat.kau paham ckp aku neh?"

"aku.." tergagap menjawab x pasti. "aku tau..tapi kau yg x paham aku"

"ooo.key...sekarang akulah yg bodoh?" sang sahabat ketawa..

lama2 aku menjawab.."bukan itu maksud aku"
satu keluhan dilepaskan..
"kau..kau pernah x rasa barang sekali dlm hidup, kau menyesal dgn apa yg kau buat?sekali itu kau terlalu memikir masa silam.sekali itu bila kau sendiri,kau rasa terlalu jelik dgn diri?"


..................

*kreet..kreett*

sesungguhnya bunyi itu maseh segar dlm ingatan

February 9, 2010

siri manusia-bersiri

bulat
segiempat
segitiga
segienam
hitam
putih
ungu
jingga
manis
masam
masin
pahit
pedas
utara
selatan
barat
timur

itu semua tiada mengira
itu semua sang manusia
itu semua celaka

kerana semua manusia tiada sama

January 29, 2010

hanya kerana i suka ianya LONGER!

kalian tahu..( mestilah x tahu)

bila mention mengenai chocolate pastinya hati aku akan benar benar benar teruja..diulang 3x benar.tiada yg benar melainkan yg benar benar belaka.

makan chocolate.
minum chocolate.
tidur chocolate.
mimpi chocolate.
mandi chocolate.err mandi? (ek-cewer-li blom sampai tahap inilah =.=')


lihat gaya aku makan chocolate dengan lahap sambil membesarkan bukaan mulut selebar yg mungkin.lalala~ (p/s: chocolate bukanlah ditaja oleh syarikat berkenaan)

nak dijadikan hujung pangkal cheritera..

baru2 ini aku berkesudahan melihat nuffnang (kelik untuk link oke!) .* ehemm* walaupown sebenarnya aku sehari-hari selalunya berkesudahan melihat web ini untuk melihat sebarang duit yg terkumpul.owh maaf ini bukanlah topik utama cheritera hari ini. lalu aku terserempak sama ini hot story weh! diulangi HOT STORY!

jeng..jeng..jeng..

LG Chocolate is back and longer!!

dahlah aku suka chocolate. sekarang ada telefon bimbit LG CHOCOLATE oke.lagilah dabel triple keterujaan aku terhadap spesis chocolate.diulangi.. ini benar benar benar bikin hati aku teruja. sesungguhnya benar.tiada yg benar melainkan yg benar benar belaka.

LG’s new Chocolate phone (BL40) ini bagaimanakah rupanya?adakah terlalu amat seksis?

jawapan aku: YA! ala ala mcm supermodel tu.x caya? nah amek..



ini adalah inovasi terkini dari LG. sebab itulah reka bentuk dia sgt sgt menarik & mencuit hati yg memandang.apa yg lebih menarik LG’s new Chocolate phone (BL40) bukan sahaja slim bahkan ia juga lebih panjang dari talifon bimbit lain di pasaran. kelebihan terletak pada lebar-skrin nya yg sepanjang 4 inci. oke kalian bayangkanlah kalau sedang tonton muvie avatar rasa mcm diri sedang tonton wayang di panggung. sewius x tipu! hanya kerana ianya LONGER maka bulehlah orang2 (eh orang2?) seperti aku ini merasa menonton wayang selalu kerana sebelum ini terlalu sedih akibat tiada masa menonton wayang termasuk avatar di panggung.al-maklumlah tugas sebagai seorang full time student selalu saja masa itu macam kau na sangat kejar tapi kemudian semput ibarat kura2 berjalan petang. ( abaikan.abaikan.aku merapu saja)

untuk menambahkan lagi kesempurnaan LG’s new Chocolate phone (BL40) ini termasuklah kameranya yg ada 5.0 Mega Pixel yaw! kalau aku amek gambar aku mmg sah segala parut2 jerawat di muka kelihatan terselah lebih dari biasa. dahlah tu siap ada features touch screen.jangan bimbang kalau kalian tiba2 berfikir nanti jari membengkak kerana terlalu lama menggodam talifon ini bersebab LG sudah buat research & terbukti ini talifon finger-friendly 3D graphics (dalam Bahasa Melayu mesra jari berserta 3D graphics.yekew?) jadi selepas ini kalau guna seminggu tanpa henti pown x akan beri apa2 kesan pada jari kalian.sebab itu juga bagus biarkan ianya LONGER supaya kalau pegang talifon lama2 maseh boleh pegang kemas dalam lipatan tgnmu. kalau talifon kecik cinonet kalau pegang lama2 peluh2 sudah tergelincir jatuh bedebuk atas lantai konkrit. lepas itu jerit meraung.."HP JATUH!!" hailaa.. =.='

ada lagi.LG’s new Chocolate phone (BL40) juga turut dilengkapi 21:9 ratio HD panoramic display.jadi bila mao guna perkhidmatan internet bole browse dgn senang hati saja segala e-mel, facebook, twitter, ataupun mao ambil apa2 maklumat segera bila EMERGENCY lecturer membebel di hadapan sebab kau x buat assignment yg dia suroh. *ehemm*

fuhh! fuhh! bangga weh ada talifon bimbit ini.segala mak nenek majalah fashion seperti Vogue, GQ, ELLE dan Esquire pown turut beri pengiktirafan padanya sebagai talifon paling seksis di dunia x ubah seperti seorang supermodal yg tinggi lampai itu.sbb itu i like it LONGER! bulehlah berangan diri mcm supermodel.yekew?

sebenar benarnyalah.. buleh berangan diri mcm dekaaaaattt sgt sgt sgt pada chocolate keterujaan & kesayangan hatiku ini. ingat chocolate.ingat LG’s new Chocolate phone (BL40). lepas ini nescaya mimpi siang pown tarak lena lagi.




betul x aku bilang chocolate x ubah mcm LG’s new Chocolate phone (BL40)?

slim & slender.
unik.
rasa kemesraan tercapai bila diguna.
juga sgt sgt sgt dekat di hati. ;)

penat dah membebel! kalian tonton dulu teaser di bawah:



haish..rugi kalau x dapat! buleh menanges sebakul weh.. kalau mao turut serta buleh sibukkan diri menggodam laman sawang nuffnang dan hantarkan bebelan indah kalian pada whyilikeitlonger@nuffnang.com sebelum 14th of February 2010 oke oke! :D



p/s : iklan ini disiarkan oleh saya tukang penchenta chocolate yg sukakan sgt sgt sgt LG’s new Chocolate phone (BL40) yang lebih LONGER dari biasa!

sekian.

January 11, 2010

lupakan diri sendiri.hanyut dlm kotak hitam putih yg tiada berpenghujung

sudah sampai tika yang aku x dpt utk predict diri sendiri.
rasa diri kadang2 bah dengan air yg x semena percikannya bisa hanyutkan diri entah ke mana.
selalu saja ada rasa utk genggam satu jasad yg teguh & bukannya ampuh supaya aku bisa tau aku x akan hanyut kemana saja arus deras bawa aku.

aku bencilah.
rasa sgt sialan bila kadang2 x kenal lagi diri sendiri.

aku terbayang seolah jasad berada dlm kotak segi empat hitam putih.
berjalan seorangan.
orang melanggar.
deru angin melanggar.
binatang melanggar.
yang terbang melanggar.
yang berlari melanggar.

semuanya berpusu-pusu mengejar sesuatu.
tapi aku di situ.
cuma berjalan perlahan dalam warna cumanya hitam putih.
mahu menangisi tapi enggan.
waima, berasa perlu tabah kental.

rasa macam senyuman itu pura2.
rasa ria boleh merubah menjadi kabut & akan katakan,"hey bukan tadi aku ketawa?"

persis boleh jadi biadadari yg segar-bugar.
dlm sesaat itulah persis pula si dungu yg tiada lagi bertongkat.

kadang2 aku rasa sgt2 letih untuk jadi seorang aku.
perlu byk expectation pada diri.
tapi x semua aku mampu lakukan.ya x semua.haish..


..................


jeritlah si dungu.
keluarkan dari jiwa kamu awan2 hitam.
dia maokan x lebih dari pengertian.

jeritlah si dungu.
lepaskan ikatan dari tangan kakimu.
dia maokan x lebih dari kebebasan.

jeritlah si dungu.
berjalan, berlari, mengejar sisa2 bayanganmu.
dia maokan x lebih dari apa yg ditunggu.

January 7, 2010

hello bidadari malam! kini waktu sudah berubah..

2010

maka ini entri rasmi aku bila waktu berubah angka.


...........


aku sebenarnya terkial2 utk mencari makna entri ini ditules.

sbb pertama kali dulu, bila aku menules jiwa aku perit.hati aku goyah.aku ada beban utk aku hamburkan supaya aku bole lupa pada semua.

sekarang aku x banyak lagi kata2 utk disusun di sini.& aku rasa aku sudah jarang.terlalu jarang lagi meluahkan apa2 pada bidadari malam aku, sang diari.apatah lagi di sini.

apa ini maknanya aku sudah benar2 lupa pada semua?

December 31, 2009

semboyan terakhir

nampak x aku? GILA.aku nmpak bola jew!

sahabat sama kepala neh semua.ecececeyh mcm xtau
kepala aku lg besar.haish..




pose shawl mengerbang T.T

dessert cumel camneh na telan pown syg =.='

xnaaaaaaaak mknnnn!~


diz is so not a tree ow-keyh!




harus cuba korean food weh!:)

da yellow in da block bebeh.


sape x suke sale kan?kan?



cumel sgtlah snow man neh!:)




sementara ada lagi masa yg terluang, harus buat sesuatu untuk dansa riang. entri kali neh sudi untuk memaparkan pose2 gewdik & kurang relevan untuk sahut tahun baru yg menjelang tiba.yeayyyy!:) owh x payah tanyalah apa azam tahun baru.soalan klise. tiap tahun aku angkat tangan sambil angkat2 kening lalu katakan.."yg lepas punyer pown x cash lagi!" pastu sengih2 ubi.pastu tidow. (gila x insaf budak neh! T.T)

December 19, 2009

meledani awal muharam

tahun baru Islam sudah bermula.awalan muharam sebenarnya mugkin lebih tertumpu kepada aksi perlawanan bola sepak di mana pasukan Malaysia menentang vietnam. kurang pasti berapa kerat antara kita yang benar2 ingat untuk melafaz doa akhir serta awal tahun. tapi perkara biasa kan?

*senyum*

meledani awal muharam lebih tepat 1431 Hijrah, apa saja patot kita lakukan? aku sendiri x berapa pasti ada apa2 perkara yang aku ubahkan dlm hidup aku.none.sifar. aku ingat lagi diskusi bersama abang beberapa ketika sudah. hidup di dunia, kita sudah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi (surah Al-Baqarah, ayat 34 kalau aku tidak salah) manusia itu benarnya alpa. kalau x diberitahu, tidak akan sama sekali mao ambil tahu walaupown kadang2 perkara itu sudah tahu. lebih seronok untuk dibiarkan lupa. biar saja ia bergentayangan bersama zarah waktu. aku lebih rasa teori ini tepat.

terlalu besarlah beban untuk fikir kita ini seorang khalifah. memang betul pown. aku sendiri bila mendengar abang berbicara, bisa senyum menggeleng2 kepala. aku sendiri rasa macam kelakar sgt apa yang ada pada aku untuk aku katakan aku boleh pikul sebegitu amanah? come on! aku ini seorang yang maha biasa.manusia.still human mcm kalian2 juga.

maseh tinggal solat subuh bersebab tidur pukul 3 pg atas alasan terlalu terpegun membaca novel twilight.
maseh suka menonton one tree hill & gossip girl walaupown di belakang abah sudah berdehem bila ada aksi2 bercumbu dipaparkan.
maseh suka untuk melepak di bukit bintang sambil telan double cheese burger atas dasar mao have fun yang lebih sedikit dari duduk2 di rumah.
maseh ada keingininan untuk snap bang bang piccie yang bertelanjang melihatkan uraian rambut, lalu letak di laman2 sosial.

ahh..hipokrit besar sgtlah kalau aku katakan aku ini alim berserban kepala bertongkatkan tasbih.

diskusi bersama abang rasanya bertambah hebat bilamana aku sedar aku ini siapa.ya. x perlu sama sekali untuk jadi hipokrit. abang kata perlu buat apa yang termampu untuk kita buat. kalau belajar perlu usaha untuk cemerlang. sewiusly, da only main thing that he told me berulang2 kali ialah tolong mahirkan diri untuk berbicara dlm english. be fluent. natijahnya cuma satu. alam perkerjaan sangat berbeza. lebih cruel kalau kau x ada apa2 dalam genggaman.

kalau kau lebih cantek, org akan lebih pandang kau dari ijazah di tgn.
kalau kau lebih pandai mengipas, org tutup mata sudah boleh angkat kau lebih dari org yg sudah bekerja 10 tahun masa.
kalau kau lambat, sila halal kalau kau ketinggalan.

aku mendengar ini dari pengalaman. x tercipta semuanya hanya fantasi belaka, hatta kau & kalian semua perlu tahu ini realiti.

waima, apa yang menjadikan kita khalifah sebenarnya? jihad.

usaha untuk belajar hingga capai keputusan cemerlang. jihad.
usaha untuk jadi cerdik english. jihad.
usaha bila kau bekerja kau bole tingkatkan taraf diri untuk jadi yang lebih atas. jihad.

perkara seringkas melaungkan azan bila masuk waktu solat pown akan dipertikaikan bila kita hanya kuli2 biasa meminta. akan ada terlalu byk cela bila di atas bukan Islam walaupown dia Melayu. sekurang2nya bila di atas itu Islam, dia akan punya jihad utk org2 di bawahnya.

wallahualam.

msg abang sempena tahun baru..

Rasulullah saw pernah gagal di Mekah. hadapi terlalu banyak rintangan dari org kafir Quraisyh. dihina, dicaci, diludah2. waima, Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk suatu permulaan yang baru. hijrah baginda yang tersiratnya ialah baginda x pernah putus asa. kebaikannya untuk kita semua bukan? jadi jgn putus asa. kata malim ghozali pk - siklus kehidupan sememangnya penuh dgn kejutan & tanda tanya.

December 8, 2009

minta pertolongan kalian

aku mao mulakan entri..

*peno bersemangat*

damn! otak sudah jamn.

*sekarang semangat suda melebur* T.T

macam2 dalam kepala.tulah aku da pesan diri sendiri tadi, sila jangan baca apa2 entri dari blog orang lain.unfortunately (matsaleh kate) entri2 bermutu dari kalian smua seolahnya sedang menggamit aku yang dari jao ini untuk terbaca.owh kononlah kan!sila kalian maafkan kesilapan bodoh aku ini ya! T.T

disebabkan dlm entri lalu, aku katakan masa aku terlalu tidak berharga.maka penyakit "inferiority boredom" > oke-wut-da-hell-is-dat? "rendah diri lalu kebuhsanan"? hmm.. =.='
apa2 sajalah..
sebenarnya disebabkan masa yg terlalu banyak terluang & aku sendiri berhajat untuk menukar ruang abstrak jingga menjadi lebih cumel sedikit dari biasa biasanya, waima terhasil yang sekarang ini.harapnya ruang ini bisa buatkan kalian tiba2 tersungging senyuman di bibir & tidaklah akan mengerut atau memegang atau memicit kepala bersebabkan tiada memahami ayat2 tolol aku di sini.terima kaseh bersebabkan maseh lagi sudi walaupown hanya menjengah seketika.tidak apa.teruskan usaha oke? *kenyit mata sekali* ;)



p/s: aku mao isikan slot twitter di sini. dah buat tapi x menjadi. keluar pelbagai ayat mengelirukan dari org lain yg aku pown xtau siapa.hatta bukanlah namanya aku yg ber"tweet-tweet". sesiapa dari kalian bole membantu? :)

December 2, 2009

di pagi hari ini, aku bangkit utk percaya adanya ciuman utk menghapus rasa

salam siang pada penchenta dun-ni-yaa blogging! salam siang pada kalian yg maseh singgah di ruang bersarang tikus yang tepi2nya sudah pamer jaringan labah sebesar2?ahh..mungkin sudah liputi hampir semua..

*senyum*

masa aku sekarang tidak aku cemburukan.masa aku sekarang sudah terlalu tidak berharga sampai aku tidak lagi mao memperkatakan apa2 tentang masa.aku merindui ini.ya ini.bilamana aku berhempas pulas, bilamana aku menyorak emosi yg tenggelam timbul oleh suka atau lara, atau bilamana aku terlalu letih utk bicara.tapi aku insist aku tidak pernah letih utk curi2 melihat, mendengar, memaut segala kata yg lalu datar dari mata bening aku.mata?mungkinlah hati aku yg bening.

dari garisan horizon itu, yang dahulunya aku rasa cukup mesra.kini sudah diperhenyak segala macam bau yg hamis.relationship bole jadi bermacam rupa, bertukar bentuk sehingga kadang kala aku rasa apa perlu padanya.mataku mengecil.hati aku yang mengecil.sekejap! mana boleh aku lupa pada satu memori yg indah di permulaannya.

haish..

anak kecil benar aku ini barangkali.selalu saja bila merajuk, berlari2 ke sini.hanya memperguna ini bila emosi sudah menyongsang peribadi.walaupown sebenarnya masa aku terlalu tidak berharga kebelakangan.

aku rasa aku perlukan kematangan.
aku rasa aku mungkin perlu sedikit lagi tabah.
aku rasa aku perlu bahagia lebih untuk apa yang aku miliki.
& bukan nanar memikir ke mana perginya relationship aku.

pagi ini aku bangun disahut lebatan hujan yang mencurah ke jalanan.aku bermalas memeluk bantal.mematikan jam penggera di talifon bimbit.aku memandang garisan horizon itu lagi walau hati sudah cukup banyak beranak pertanyaan dan sedikit kegusaran.lalu aku menggeliat bangun membiarkan cahaya penuhi tubuh aku dari atas ke bawah.

Tuhan, bisa kau benarkan si Juliet itu utk dtg?
kemarilah, ke sisi aku di sini.
kiss me Juliet , boleh kau lakukan?
kerna sudah aku riwayatkan..
kalau benar dan jika benar satu ciuman itu bisa hapus segala rasa.

October 10, 2009

negeri denial.catatan utk satu rasa

satu:

sekarang aku tgh mendengar petikan gitar sayup dari corong itu.versi akustik yg slalunya bisa angkat diri aku ke langit.aku dari kecik suka berjiwa.org kata kalau perempuan mmg begitu.mungkinlah kowt(!) sesetengah dari perempuan? yg jiwanya mcm jiwa aku.? ceyh!

darah aku sudah sebati sama muzika yg memperalat perasaan.bila ada jiwa, aku cpat2 & tersangat mahu utk duduk memperosok,tahankan jiwa itu, & kemudiannya menules supaya aku ada kenangan utk tiap saat yg ada.pertama kali merasa begitu aku tidak ingatlah usia berapa.x ada memori yg tercerna yg cuma aku pastikan ialah aku maokan ia lagi.

plis! ini bukan satu manifestasi rasa chenta.tapi ini satu jiwa aku yg dari kecik sudah gila.agaknya aku pampered kew?


dua:

plot2 dlm hidup aku kebanyakannya penuh denial.aku yg pilihkan ia utk jadi satu penafian.ya supaya org x bisa tahu aku seorang berjiwa yg gila.kan aku ada imaginasi sebesar alam.waima aku lebih suka pertahankan imaginasi itu supaya aku boleh lebih senyum & merasa bahagia.

lama sangat aku karangkan imaginasi itu.sbb itulah bila ia mendatang, aku buleh tules pelbagai rasa dlm tulesan2 aku yg tolol.orang kata hidup itu palat.orang kata hidup itu juga adalah celaka.tapi sebagaimana palat & celaka hidup itu maseh perlu diharung mcm kau bernafas sehari-hari jua.

warna dalam hidup aku x selalunya pelangi.ada2 masa perlu tangisi utk hilangkan resahnya.tapi org selalu kata aku orangnya bahagia.selalu ketawa.jarang berduka.senyum tersungging senantiasa.sebab mungkin aku sudah terbiasa.terlalu terbiasa utk tidak tunjukkan mana2 lara yg ada.& selalunya aku lebih suka utk memujuk teman supaya hapuslah mereka dari sengsara.

itu lebih bersifat aku.


tiga:

kalian pernah tidak memerhati sekeliling & tiba2 ada rs insecure dlm diri?
lalu kalian tundukkan diri.mao hapus rasa itu.cuba sedaya-upaya.tapi rasanya telah telan diri.

komplikasinya..nah maseh akan kalian pulang semula ke alam denial.

*sigh*

x tahu kenapa perlu ada rasa sebegitu.jalan yg dipilih menyongsang arus.konon2 nya tidak mao tenggelam di depan sana.supaya esok lusa mungkin ada metafora baru utk kau kiaskan ertinya. mungkin ada pemahaman lain yg bisa ditoreh isinya buat pembalut rasa yg mencuka.

mungkin.


empat:

hari ini aku sudah pulang semula ke dunia jiwa.

selamat pulang wahai aku!

ada getar bethoven dlm 1/4 diri.
ada roh ana balqis dlm 1/4 yg lainnya.

yg tinggal hanya 1/2 utk aku isikan ruang itu sendiri.





October 5, 2009

entri x cukup bebel

arghhh..sakit blakang!
menaip dgn laju segala assigmnt T.T
cepatlah noktahkan.mata sudah bening.tunggu aku bulan.aku ikut mao menari sama bintang di angkasa.

abstrak jingga.
henjutkan langkah tangan menuju ke mari.
sudah agak lama sepi,bukan mmg lama pown!
aku mao ubah sedikit ruang ini x lama lagi.sedikit cukuplah buat sedap mata aku memandang oke :)

hari yg sepi.
malam yg dingin.
rasa mcm ingin kejar sesuatu.
rasa mcm hati segar-bugar,beranak-pinak dgn lagu mendayu-dayu.
hey aku mcm nampak pari-parilah.

*senyum*

housemate bilang imaginasi aku besar sgt.
aku x kata apa sbb aku tau seorang aku.
nak buat macam mana lagi? T.T

September 18, 2009

rambut sehat menawan & hari lebaran


ini adalah entri yg sgt2 lari dari topik yg tersemadi dalam abstrakjingga & x pena ada kena mengena sama jiwa aku.eh selama hari neh pown aku pakai belasah jew tules apa2 yg aku suka pown kan! *wengs ;)

secara rasminya aku telah pown pulang ke syurga. a big2 "hOreayyy!!!" :D sepatotnya ikut plan mao pulang on khames tengahari (di mana cluz pada petangnya telah pown diganti terlebih awal sbb lecturer i pown na blk kg beraye juge oke!) tapi tibe2 miss mai, lecturer islamic finance aku kata "esok cluz x ada" oke.. terus aku sengih2 nampak gigi.ini namanya rezeki!hehe.. owh..tapi terpaksalah aku ponteng cluz D.O (a.k.a Dr Omar) yg berlangsung pada pukul 8 hingga 10 pg ye kalian.(yekew terpaksa?) & aku tertanya2 ada kew budak2 yg laen neh na dtg cluz die pown? err..soalan yg x dapat aku mao pastikan 100% jawaban nyer.. lalala~

aku tadi meneropong segala ceruk webby bagi menghilangkan kebuhsanan tahap petala ke-8 aku.waima terpanggil utk baca isi kalam "tips rambut sehat!" :) helooo..perempuan mestilah pentingkan rambut kan,kan.. org pown berkata rambut itu mahkota seseorang perempuan. orglah yg kata, aku baru kata ini hari *ehemmm* tapi yg masyuknya bila baca tips neh ialah bersebab aku rasa ramai kwn2 aku pown da jadi insecure sbb kes rambut byk gugur.yg buat rebond tu mestilah kena jaga lebey, tapi yg bertudung pown hadapi masalah yg sama.aku pown 2 x 5 jew rambut berguguran segala ceruk alam.ngee..

kalau da rasa terlalu insecure sampai beli ubat berbotol2, buat treatment rambut berpuluh2 kali, even kalau pergi treatment kat..ape tuh?yun nam eh? pown tarak brapa na berkesan jgk..da jadi masalah.jadi runsing sgt2 sampai na sambut hari lebaran pown berkira2 pasal rambut jugak.tiba2 aku teringat mak aku pernah ceritera dolu2, masa kakak aku baby pown rambut dia x berapalah na banyak nyer.hatta mak aku pown beli minyak zam2.yg kaler dia hijau,slalu org india gunapakai, & berbau agak pelik sedikit.lepas mengaplikasikan minyak tersebut lepas tu trus rambut kakak aku sehat menawan sampai ini hari.

& ikut tips yg aku baca, kita sebenarnya sikat rambut guna jari pown boleh(!).jadi x perlu lagi susah2 & pening2 kepala di kedai barang2 eksesori utk pilih sikat bentuk apa yg perlu guna.yelah..kan sikat tu mcm2 ada kan..bentuk bulat,bentuk leper,bentuk tajam macam gigi ikan pirana,besar, atau kecik2 jew yg bole muat dlm porch kita yg cumel utk pergi beraya tu :)

byk2 selebriti, aku plg suka rambut angelina jolie..auwww seksi u! ikal,panjang & perang2 sket.nampak manis utk si gadis kalau dpt rambut mcm tu.setuju?hee.. owh tapi maaflah piccie di atas agak terdedah sedikit.dahlaa bln pose.aku nehlaaa pilih yg mcm tu pulak..haishh =.='

ahaa..yg plg2 penting walaupown bertudung,x semestinya kne buat x endah pada rambut.sesekala kalau na buat gilak snap bang bang gambar sendiri yg hawt pkai dress xdala rasa malu dgn rambut ye x? :) (owh.dis.is.sooo.random.people.abaikan!abaikan!)

banyak merapu pulak aku neh(!) dah..noktahkan tulesan daku.





p/s: aku buat 'kuiz nur kasih' itu hari,adekew patot aku dapat watak sarah the gewdickness (!) sgt2 tidak adil ini terjadi padaku.. O.o

September 12, 2009

aku berdiri utk nur kasih

bulan2 puasa neh aku x byk bicara.selalu saja akal x dpt melawas kalam dgn baik.lebih baik aku diam2kan diri saja kan?ulang-alik ke kelas,blk seharian yg lelah,nampak tilam yg empuk lalu terjun tiruk utk rasakan nikmat tidur di bulan puasa.haha aku akui aku mmg kuat tidur.nah bulan2 puasa lagilah enak utk sebegitu ;) err..

satu confession utk dilakukan.bilamana aku di segamat,aku mmg tiada berpeluang utk melakukan teraweh berjemaah.indeed,sgt2 rugi utk seorang aku! rumah sewa di kg yg segelap penjuru jalannya bergelaplah kamu.ya ada lampu neon di beberapa langkah jalan,namun x pernah cukup utk tebus segala isi ruang itu.perlu menapak pula ke hujung sana arah.haishh..rugi,rugi,rugi.aku harap sgt akan ada rezeki aku di tahun hadapan.

kalau mahu tahu,rutin seharian aku sama saja tiap kali.& bilamana tiba hari jumaat aku akan selalu tidak sabar2 utk tonton nur kasih di TV3.kacau! macam org angau.hahaha sengih2 menunggu di depan tv.tertanya2 apa lagi plot mao dipertontonkan.aku perlu nyatakan ini.. aku berdiri tepuk tangan sama penulis skripnya,pengarahnya,pelakonnya, & semua.satu manifestasi yg lain dari biasa.aku tidak tahu kalian pernah menonton atau tidak.tapi kalau belum,perlu utk ditonton (sungguh!).drama sutradara Malaya x banyak yg bermain dengan lensa kamera,x banyak yg bermain dgn suasana,x banyak yg akan buat kita mao menghayati lebih tiap bait kata2nya.nur kasih bisa hidangkan kalian & kita2 ini nilai2 Islam yg serasanya sebegitu indah, sebegitu maniisss mcm gula2 oke..





hitam putih sebuah penghidupan.

*senyum*

September 3, 2009

kenapa aku x belog?




sebab study buatkan aku biol *wengs!



setting: bilik rumah sewa yg bersepah
talent: aku
kala: tengahari yg dingin