January 29, 2010

hanya kerana i suka ianya LONGER!

kalian tahu..( mestilah x tahu)

bila mention mengenai chocolate pastinya hati aku akan benar benar benar teruja..diulang 3x benar.tiada yg benar melainkan yg benar benar belaka.

makan chocolate.
minum chocolate.
tidur chocolate.
mimpi chocolate.
mandi chocolate.err mandi? (ek-cewer-li blom sampai tahap inilah =.=')


lihat gaya aku makan chocolate dengan lahap sambil membesarkan bukaan mulut selebar yg mungkin.lalala~ (p/s: chocolate bukanlah ditaja oleh syarikat berkenaan)

nak dijadikan hujung pangkal cheritera..

baru2 ini aku berkesudahan melihat nuffnang (kelik untuk link oke!) .* ehemm* walaupown sebenarnya aku sehari-hari selalunya berkesudahan melihat web ini untuk melihat sebarang duit yg terkumpul.owh maaf ini bukanlah topik utama cheritera hari ini. lalu aku terserempak sama ini hot story weh! diulangi HOT STORY!

jeng..jeng..jeng..

LG Chocolate is back and longer!!

dahlah aku suka chocolate. sekarang ada telefon bimbit LG CHOCOLATE oke.lagilah dabel triple keterujaan aku terhadap spesis chocolate.diulangi.. ini benar benar benar bikin hati aku teruja. sesungguhnya benar.tiada yg benar melainkan yg benar benar belaka.

LG’s new Chocolate phone (BL40) ini bagaimanakah rupanya?adakah terlalu amat seksis?

jawapan aku: YA! ala ala mcm supermodel tu.x caya? nah amek..



ini adalah inovasi terkini dari LG. sebab itulah reka bentuk dia sgt sgt menarik & mencuit hati yg memandang.apa yg lebih menarik LG’s new Chocolate phone (BL40) bukan sahaja slim bahkan ia juga lebih panjang dari talifon bimbit lain di pasaran. kelebihan terletak pada lebar-skrin nya yg sepanjang 4 inci. oke kalian bayangkanlah kalau sedang tonton muvie avatar rasa mcm diri sedang tonton wayang di panggung. sewius x tipu! hanya kerana ianya LONGER maka bulehlah orang2 (eh orang2?) seperti aku ini merasa menonton wayang selalu kerana sebelum ini terlalu sedih akibat tiada masa menonton wayang termasuk avatar di panggung.al-maklumlah tugas sebagai seorang full time student selalu saja masa itu macam kau na sangat kejar tapi kemudian semput ibarat kura2 berjalan petang. ( abaikan.abaikan.aku merapu saja)

untuk menambahkan lagi kesempurnaan LG’s new Chocolate phone (BL40) ini termasuklah kameranya yg ada 5.0 Mega Pixel yaw! kalau aku amek gambar aku mmg sah segala parut2 jerawat di muka kelihatan terselah lebih dari biasa. dahlah tu siap ada features touch screen.jangan bimbang kalau kalian tiba2 berfikir nanti jari membengkak kerana terlalu lama menggodam talifon ini bersebab LG sudah buat research & terbukti ini talifon finger-friendly 3D graphics (dalam Bahasa Melayu mesra jari berserta 3D graphics.yekew?) jadi selepas ini kalau guna seminggu tanpa henti pown x akan beri apa2 kesan pada jari kalian.sebab itu juga bagus biarkan ianya LONGER supaya kalau pegang talifon lama2 maseh boleh pegang kemas dalam lipatan tgnmu. kalau talifon kecik cinonet kalau pegang lama2 peluh2 sudah tergelincir jatuh bedebuk atas lantai konkrit. lepas itu jerit meraung.."HP JATUH!!" hailaa.. =.='

ada lagi.LG’s new Chocolate phone (BL40) juga turut dilengkapi 21:9 ratio HD panoramic display.jadi bila mao guna perkhidmatan internet bole browse dgn senang hati saja segala e-mel, facebook, twitter, ataupun mao ambil apa2 maklumat segera bila EMERGENCY lecturer membebel di hadapan sebab kau x buat assignment yg dia suroh. *ehemm*

fuhh! fuhh! bangga weh ada talifon bimbit ini.segala mak nenek majalah fashion seperti Vogue, GQ, ELLE dan Esquire pown turut beri pengiktirafan padanya sebagai talifon paling seksis di dunia x ubah seperti seorang supermodal yg tinggi lampai itu.sbb itu i like it LONGER! bulehlah berangan diri mcm supermodel.yekew?

sebenar benarnyalah.. buleh berangan diri mcm dekaaaaattt sgt sgt sgt pada chocolate keterujaan & kesayangan hatiku ini. ingat chocolate.ingat LG’s new Chocolate phone (BL40). lepas ini nescaya mimpi siang pown tarak lena lagi.




betul x aku bilang chocolate x ubah mcm LG’s new Chocolate phone (BL40)?

slim & slender.
unik.
rasa kemesraan tercapai bila diguna.
juga sgt sgt sgt dekat di hati. ;)

penat dah membebel! kalian tonton dulu teaser di bawah:



haish..rugi kalau x dapat! buleh menanges sebakul weh.. kalau mao turut serta buleh sibukkan diri menggodam laman sawang nuffnang dan hantarkan bebelan indah kalian pada whyilikeitlonger@nuffnang.com sebelum 14th of February 2010 oke oke! :D



p/s : iklan ini disiarkan oleh saya tukang penchenta chocolate yg sukakan sgt sgt sgt LG’s new Chocolate phone (BL40) yang lebih LONGER dari biasa!

sekian.

January 11, 2010

lupakan diri sendiri.hanyut dlm kotak hitam putih yg tiada berpenghujung

sudah sampai tika yang aku x dpt utk predict diri sendiri.
rasa diri kadang2 bah dengan air yg x semena percikannya bisa hanyutkan diri entah ke mana.
selalu saja ada rasa utk genggam satu jasad yg teguh & bukannya ampuh supaya aku bisa tau aku x akan hanyut kemana saja arus deras bawa aku.

aku bencilah.
rasa sgt sialan bila kadang2 x kenal lagi diri sendiri.

aku terbayang seolah jasad berada dlm kotak segi empat hitam putih.
berjalan seorangan.
orang melanggar.
deru angin melanggar.
binatang melanggar.
yang terbang melanggar.
yang berlari melanggar.

semuanya berpusu-pusu mengejar sesuatu.
tapi aku di situ.
cuma berjalan perlahan dalam warna cumanya hitam putih.
mahu menangisi tapi enggan.
waima, berasa perlu tabah kental.

rasa macam senyuman itu pura2.
rasa ria boleh merubah menjadi kabut & akan katakan,"hey bukan tadi aku ketawa?"

persis boleh jadi biadadari yg segar-bugar.
dlm sesaat itulah persis pula si dungu yg tiada lagi bertongkat.

kadang2 aku rasa sgt2 letih untuk jadi seorang aku.
perlu byk expectation pada diri.
tapi x semua aku mampu lakukan.ya x semua.haish..


..................


jeritlah si dungu.
keluarkan dari jiwa kamu awan2 hitam.
dia maokan x lebih dari pengertian.

jeritlah si dungu.
lepaskan ikatan dari tangan kakimu.
dia maokan x lebih dari kebebasan.

jeritlah si dungu.
berjalan, berlari, mengejar sisa2 bayanganmu.
dia maokan x lebih dari apa yg ditunggu.

January 7, 2010

hello bidadari malam! kini waktu sudah berubah..

2010

maka ini entri rasmi aku bila waktu berubah angka.


...........


aku sebenarnya terkial2 utk mencari makna entri ini ditules.

sbb pertama kali dulu, bila aku menules jiwa aku perit.hati aku goyah.aku ada beban utk aku hamburkan supaya aku bole lupa pada semua.

sekarang aku x banyak lagi kata2 utk disusun di sini.& aku rasa aku sudah jarang.terlalu jarang lagi meluahkan apa2 pada bidadari malam aku, sang diari.apatah lagi di sini.

apa ini maknanya aku sudah benar2 lupa pada semua?

December 31, 2009

semboyan terakhir

nampak x aku? GILA.aku nmpak bola jew!

sahabat sama kepala neh semua.ecececeyh mcm xtau
kepala aku lg besar.haish..




pose shawl mengerbang T.T

dessert cumel camneh na telan pown syg =.='

xnaaaaaaaak mknnnn!~


diz is so not a tree ow-keyh!




harus cuba korean food weh!:)

da yellow in da block bebeh.


sape x suke sale kan?kan?



cumel sgtlah snow man neh!:)




sementara ada lagi masa yg terluang, harus buat sesuatu untuk dansa riang. entri kali neh sudi untuk memaparkan pose2 gewdik & kurang relevan untuk sahut tahun baru yg menjelang tiba.yeayyyy!:) owh x payah tanyalah apa azam tahun baru.soalan klise. tiap tahun aku angkat tangan sambil angkat2 kening lalu katakan.."yg lepas punyer pown x cash lagi!" pastu sengih2 ubi.pastu tidow. (gila x insaf budak neh! T.T)

December 19, 2009

meledani awal muharam

tahun baru Islam sudah bermula.awalan muharam sebenarnya mugkin lebih tertumpu kepada aksi perlawanan bola sepak di mana pasukan Malaysia menentang vietnam. kurang pasti berapa kerat antara kita yang benar2 ingat untuk melafaz doa akhir serta awal tahun. tapi perkara biasa kan?

*senyum*

meledani awal muharam lebih tepat 1431 Hijrah, apa saja patot kita lakukan? aku sendiri x berapa pasti ada apa2 perkara yang aku ubahkan dlm hidup aku.none.sifar. aku ingat lagi diskusi bersama abang beberapa ketika sudah. hidup di dunia, kita sudah diamanahkan untuk menjadi khalifah di muka bumi (surah Al-Baqarah, ayat 34 kalau aku tidak salah) manusia itu benarnya alpa. kalau x diberitahu, tidak akan sama sekali mao ambil tahu walaupown kadang2 perkara itu sudah tahu. lebih seronok untuk dibiarkan lupa. biar saja ia bergentayangan bersama zarah waktu. aku lebih rasa teori ini tepat.

terlalu besarlah beban untuk fikir kita ini seorang khalifah. memang betul pown. aku sendiri bila mendengar abang berbicara, bisa senyum menggeleng2 kepala. aku sendiri rasa macam kelakar sgt apa yang ada pada aku untuk aku katakan aku boleh pikul sebegitu amanah? come on! aku ini seorang yang maha biasa.manusia.still human mcm kalian2 juga.

maseh tinggal solat subuh bersebab tidur pukul 3 pg atas alasan terlalu terpegun membaca novel twilight.
maseh suka menonton one tree hill & gossip girl walaupown di belakang abah sudah berdehem bila ada aksi2 bercumbu dipaparkan.
maseh suka untuk melepak di bukit bintang sambil telan double cheese burger atas dasar mao have fun yang lebih sedikit dari duduk2 di rumah.
maseh ada keingininan untuk snap bang bang piccie yang bertelanjang melihatkan uraian rambut, lalu letak di laman2 sosial.

ahh..hipokrit besar sgtlah kalau aku katakan aku ini alim berserban kepala bertongkatkan tasbih.

diskusi bersama abang rasanya bertambah hebat bilamana aku sedar aku ini siapa.ya. x perlu sama sekali untuk jadi hipokrit. abang kata perlu buat apa yang termampu untuk kita buat. kalau belajar perlu usaha untuk cemerlang. sewiusly, da only main thing that he told me berulang2 kali ialah tolong mahirkan diri untuk berbicara dlm english. be fluent. natijahnya cuma satu. alam perkerjaan sangat berbeza. lebih cruel kalau kau x ada apa2 dalam genggaman.

kalau kau lebih cantek, org akan lebih pandang kau dari ijazah di tgn.
kalau kau lebih pandai mengipas, org tutup mata sudah boleh angkat kau lebih dari org yg sudah bekerja 10 tahun masa.
kalau kau lambat, sila halal kalau kau ketinggalan.

aku mendengar ini dari pengalaman. x tercipta semuanya hanya fantasi belaka, hatta kau & kalian semua perlu tahu ini realiti.

waima, apa yang menjadikan kita khalifah sebenarnya? jihad.

usaha untuk belajar hingga capai keputusan cemerlang. jihad.
usaha untuk jadi cerdik english. jihad.
usaha bila kau bekerja kau bole tingkatkan taraf diri untuk jadi yang lebih atas. jihad.

perkara seringkas melaungkan azan bila masuk waktu solat pown akan dipertikaikan bila kita hanya kuli2 biasa meminta. akan ada terlalu byk cela bila di atas bukan Islam walaupown dia Melayu. sekurang2nya bila di atas itu Islam, dia akan punya jihad utk org2 di bawahnya.

wallahualam.

msg abang sempena tahun baru..

Rasulullah saw pernah gagal di Mekah. hadapi terlalu banyak rintangan dari org kafir Quraisyh. dihina, dicaci, diludah2. waima, Rasulullah berhijrah ke Madinah untuk suatu permulaan yang baru. hijrah baginda yang tersiratnya ialah baginda x pernah putus asa. kebaikannya untuk kita semua bukan? jadi jgn putus asa. kata malim ghozali pk - siklus kehidupan sememangnya penuh dgn kejutan & tanda tanya.

December 8, 2009

minta pertolongan kalian

aku mao mulakan entri..

*peno bersemangat*

damn! otak sudah jamn.

*sekarang semangat suda melebur* T.T

macam2 dalam kepala.tulah aku da pesan diri sendiri tadi, sila jangan baca apa2 entri dari blog orang lain.unfortunately (matsaleh kate) entri2 bermutu dari kalian smua seolahnya sedang menggamit aku yang dari jao ini untuk terbaca.owh kononlah kan!sila kalian maafkan kesilapan bodoh aku ini ya! T.T

disebabkan dlm entri lalu, aku katakan masa aku terlalu tidak berharga.maka penyakit "inferiority boredom" > oke-wut-da-hell-is-dat? "rendah diri lalu kebuhsanan"? hmm.. =.='
apa2 sajalah..
sebenarnya disebabkan masa yg terlalu banyak terluang & aku sendiri berhajat untuk menukar ruang abstrak jingga menjadi lebih cumel sedikit dari biasa biasanya, waima terhasil yang sekarang ini.harapnya ruang ini bisa buatkan kalian tiba2 tersungging senyuman di bibir & tidaklah akan mengerut atau memegang atau memicit kepala bersebabkan tiada memahami ayat2 tolol aku di sini.terima kaseh bersebabkan maseh lagi sudi walaupown hanya menjengah seketika.tidak apa.teruskan usaha oke? *kenyit mata sekali* ;)



p/s: aku mao isikan slot twitter di sini. dah buat tapi x menjadi. keluar pelbagai ayat mengelirukan dari org lain yg aku pown xtau siapa.hatta bukanlah namanya aku yg ber"tweet-tweet". sesiapa dari kalian bole membantu? :)

December 2, 2009

di pagi hari ini, aku bangkit utk percaya adanya ciuman utk menghapus rasa

salam siang pada penchenta dun-ni-yaa blogging! salam siang pada kalian yg maseh singgah di ruang bersarang tikus yang tepi2nya sudah pamer jaringan labah sebesar2?ahh..mungkin sudah liputi hampir semua..

*senyum*

masa aku sekarang tidak aku cemburukan.masa aku sekarang sudah terlalu tidak berharga sampai aku tidak lagi mao memperkatakan apa2 tentang masa.aku merindui ini.ya ini.bilamana aku berhempas pulas, bilamana aku menyorak emosi yg tenggelam timbul oleh suka atau lara, atau bilamana aku terlalu letih utk bicara.tapi aku insist aku tidak pernah letih utk curi2 melihat, mendengar, memaut segala kata yg lalu datar dari mata bening aku.mata?mungkinlah hati aku yg bening.

dari garisan horizon itu, yang dahulunya aku rasa cukup mesra.kini sudah diperhenyak segala macam bau yg hamis.relationship bole jadi bermacam rupa, bertukar bentuk sehingga kadang kala aku rasa apa perlu padanya.mataku mengecil.hati aku yang mengecil.sekejap! mana boleh aku lupa pada satu memori yg indah di permulaannya.

haish..

anak kecil benar aku ini barangkali.selalu saja bila merajuk, berlari2 ke sini.hanya memperguna ini bila emosi sudah menyongsang peribadi.walaupown sebenarnya masa aku terlalu tidak berharga kebelakangan.

aku rasa aku perlukan kematangan.
aku rasa aku mungkin perlu sedikit lagi tabah.
aku rasa aku perlu bahagia lebih untuk apa yang aku miliki.
& bukan nanar memikir ke mana perginya relationship aku.

pagi ini aku bangun disahut lebatan hujan yang mencurah ke jalanan.aku bermalas memeluk bantal.mematikan jam penggera di talifon bimbit.aku memandang garisan horizon itu lagi walau hati sudah cukup banyak beranak pertanyaan dan sedikit kegusaran.lalu aku menggeliat bangun membiarkan cahaya penuhi tubuh aku dari atas ke bawah.

Tuhan, bisa kau benarkan si Juliet itu utk dtg?
kemarilah, ke sisi aku di sini.
kiss me Juliet , boleh kau lakukan?
kerna sudah aku riwayatkan..
kalau benar dan jika benar satu ciuman itu bisa hapus segala rasa.

October 10, 2009

negeri denial.catatan utk satu rasa

satu:

sekarang aku tgh mendengar petikan gitar sayup dari corong itu.versi akustik yg slalunya bisa angkat diri aku ke langit.aku dari kecik suka berjiwa.org kata kalau perempuan mmg begitu.mungkinlah kowt(!) sesetengah dari perempuan? yg jiwanya mcm jiwa aku.? ceyh!

darah aku sudah sebati sama muzika yg memperalat perasaan.bila ada jiwa, aku cpat2 & tersangat mahu utk duduk memperosok,tahankan jiwa itu, & kemudiannya menules supaya aku ada kenangan utk tiap saat yg ada.pertama kali merasa begitu aku tidak ingatlah usia berapa.x ada memori yg tercerna yg cuma aku pastikan ialah aku maokan ia lagi.

plis! ini bukan satu manifestasi rasa chenta.tapi ini satu jiwa aku yg dari kecik sudah gila.agaknya aku pampered kew?


dua:

plot2 dlm hidup aku kebanyakannya penuh denial.aku yg pilihkan ia utk jadi satu penafian.ya supaya org x bisa tahu aku seorang berjiwa yg gila.kan aku ada imaginasi sebesar alam.waima aku lebih suka pertahankan imaginasi itu supaya aku boleh lebih senyum & merasa bahagia.

lama sangat aku karangkan imaginasi itu.sbb itulah bila ia mendatang, aku buleh tules pelbagai rasa dlm tulesan2 aku yg tolol.orang kata hidup itu palat.orang kata hidup itu juga adalah celaka.tapi sebagaimana palat & celaka hidup itu maseh perlu diharung mcm kau bernafas sehari-hari jua.

warna dalam hidup aku x selalunya pelangi.ada2 masa perlu tangisi utk hilangkan resahnya.tapi org selalu kata aku orangnya bahagia.selalu ketawa.jarang berduka.senyum tersungging senantiasa.sebab mungkin aku sudah terbiasa.terlalu terbiasa utk tidak tunjukkan mana2 lara yg ada.& selalunya aku lebih suka utk memujuk teman supaya hapuslah mereka dari sengsara.

itu lebih bersifat aku.


tiga:

kalian pernah tidak memerhati sekeliling & tiba2 ada rs insecure dlm diri?
lalu kalian tundukkan diri.mao hapus rasa itu.cuba sedaya-upaya.tapi rasanya telah telan diri.

komplikasinya..nah maseh akan kalian pulang semula ke alam denial.

*sigh*

x tahu kenapa perlu ada rasa sebegitu.jalan yg dipilih menyongsang arus.konon2 nya tidak mao tenggelam di depan sana.supaya esok lusa mungkin ada metafora baru utk kau kiaskan ertinya. mungkin ada pemahaman lain yg bisa ditoreh isinya buat pembalut rasa yg mencuka.

mungkin.


empat:

hari ini aku sudah pulang semula ke dunia jiwa.

selamat pulang wahai aku!

ada getar bethoven dlm 1/4 diri.
ada roh ana balqis dlm 1/4 yg lainnya.

yg tinggal hanya 1/2 utk aku isikan ruang itu sendiri.





October 5, 2009

entri x cukup bebel

arghhh..sakit blakang!
menaip dgn laju segala assigmnt T.T
cepatlah noktahkan.mata sudah bening.tunggu aku bulan.aku ikut mao menari sama bintang di angkasa.

abstrak jingga.
henjutkan langkah tangan menuju ke mari.
sudah agak lama sepi,bukan mmg lama pown!
aku mao ubah sedikit ruang ini x lama lagi.sedikit cukuplah buat sedap mata aku memandang oke :)

hari yg sepi.
malam yg dingin.
rasa mcm ingin kejar sesuatu.
rasa mcm hati segar-bugar,beranak-pinak dgn lagu mendayu-dayu.
hey aku mcm nampak pari-parilah.

*senyum*

housemate bilang imaginasi aku besar sgt.
aku x kata apa sbb aku tau seorang aku.
nak buat macam mana lagi? T.T

September 18, 2009

rambut sehat menawan & hari lebaran


ini adalah entri yg sgt2 lari dari topik yg tersemadi dalam abstrakjingga & x pena ada kena mengena sama jiwa aku.eh selama hari neh pown aku pakai belasah jew tules apa2 yg aku suka pown kan! *wengs ;)

secara rasminya aku telah pown pulang ke syurga. a big2 "hOreayyy!!!" :D sepatotnya ikut plan mao pulang on khames tengahari (di mana cluz pada petangnya telah pown diganti terlebih awal sbb lecturer i pown na blk kg beraye juge oke!) tapi tibe2 miss mai, lecturer islamic finance aku kata "esok cluz x ada" oke.. terus aku sengih2 nampak gigi.ini namanya rezeki!hehe.. owh..tapi terpaksalah aku ponteng cluz D.O (a.k.a Dr Omar) yg berlangsung pada pukul 8 hingga 10 pg ye kalian.(yekew terpaksa?) & aku tertanya2 ada kew budak2 yg laen neh na dtg cluz die pown? err..soalan yg x dapat aku mao pastikan 100% jawaban nyer.. lalala~

aku tadi meneropong segala ceruk webby bagi menghilangkan kebuhsanan tahap petala ke-8 aku.waima terpanggil utk baca isi kalam "tips rambut sehat!" :) helooo..perempuan mestilah pentingkan rambut kan,kan.. org pown berkata rambut itu mahkota seseorang perempuan. orglah yg kata, aku baru kata ini hari *ehemmm* tapi yg masyuknya bila baca tips neh ialah bersebab aku rasa ramai kwn2 aku pown da jadi insecure sbb kes rambut byk gugur.yg buat rebond tu mestilah kena jaga lebey, tapi yg bertudung pown hadapi masalah yg sama.aku pown 2 x 5 jew rambut berguguran segala ceruk alam.ngee..

kalau da rasa terlalu insecure sampai beli ubat berbotol2, buat treatment rambut berpuluh2 kali, even kalau pergi treatment kat..ape tuh?yun nam eh? pown tarak brapa na berkesan jgk..da jadi masalah.jadi runsing sgt2 sampai na sambut hari lebaran pown berkira2 pasal rambut jugak.tiba2 aku teringat mak aku pernah ceritera dolu2, masa kakak aku baby pown rambut dia x berapalah na banyak nyer.hatta mak aku pown beli minyak zam2.yg kaler dia hijau,slalu org india gunapakai, & berbau agak pelik sedikit.lepas mengaplikasikan minyak tersebut lepas tu trus rambut kakak aku sehat menawan sampai ini hari.

& ikut tips yg aku baca, kita sebenarnya sikat rambut guna jari pown boleh(!).jadi x perlu lagi susah2 & pening2 kepala di kedai barang2 eksesori utk pilih sikat bentuk apa yg perlu guna.yelah..kan sikat tu mcm2 ada kan..bentuk bulat,bentuk leper,bentuk tajam macam gigi ikan pirana,besar, atau kecik2 jew yg bole muat dlm porch kita yg cumel utk pergi beraya tu :)

byk2 selebriti, aku plg suka rambut angelina jolie..auwww seksi u! ikal,panjang & perang2 sket.nampak manis utk si gadis kalau dpt rambut mcm tu.setuju?hee.. owh tapi maaflah piccie di atas agak terdedah sedikit.dahlaa bln pose.aku nehlaaa pilih yg mcm tu pulak..haishh =.='

ahaa..yg plg2 penting walaupown bertudung,x semestinya kne buat x endah pada rambut.sesekala kalau na buat gilak snap bang bang gambar sendiri yg hawt pkai dress xdala rasa malu dgn rambut ye x? :) (owh.dis.is.sooo.random.people.abaikan!abaikan!)

banyak merapu pulak aku neh(!) dah..noktahkan tulesan daku.





p/s: aku buat 'kuiz nur kasih' itu hari,adekew patot aku dapat watak sarah the gewdickness (!) sgt2 tidak adil ini terjadi padaku.. O.o

September 12, 2009

aku berdiri utk nur kasih

bulan2 puasa neh aku x byk bicara.selalu saja akal x dpt melawas kalam dgn baik.lebih baik aku diam2kan diri saja kan?ulang-alik ke kelas,blk seharian yg lelah,nampak tilam yg empuk lalu terjun tiruk utk rasakan nikmat tidur di bulan puasa.haha aku akui aku mmg kuat tidur.nah bulan2 puasa lagilah enak utk sebegitu ;) err..

satu confession utk dilakukan.bilamana aku di segamat,aku mmg tiada berpeluang utk melakukan teraweh berjemaah.indeed,sgt2 rugi utk seorang aku! rumah sewa di kg yg segelap penjuru jalannya bergelaplah kamu.ya ada lampu neon di beberapa langkah jalan,namun x pernah cukup utk tebus segala isi ruang itu.perlu menapak pula ke hujung sana arah.haishh..rugi,rugi,rugi.aku harap sgt akan ada rezeki aku di tahun hadapan.

kalau mahu tahu,rutin seharian aku sama saja tiap kali.& bilamana tiba hari jumaat aku akan selalu tidak sabar2 utk tonton nur kasih di TV3.kacau! macam org angau.hahaha sengih2 menunggu di depan tv.tertanya2 apa lagi plot mao dipertontonkan.aku perlu nyatakan ini.. aku berdiri tepuk tangan sama penulis skripnya,pengarahnya,pelakonnya, & semua.satu manifestasi yg lain dari biasa.aku tidak tahu kalian pernah menonton atau tidak.tapi kalau belum,perlu utk ditonton (sungguh!).drama sutradara Malaya x banyak yg bermain dengan lensa kamera,x banyak yg bermain dgn suasana,x banyak yg akan buat kita mao menghayati lebih tiap bait kata2nya.nur kasih bisa hidangkan kalian & kita2 ini nilai2 Islam yg serasanya sebegitu indah, sebegitu maniisss mcm gula2 oke..





hitam putih sebuah penghidupan.

*senyum*

September 3, 2009

kenapa aku x belog?




sebab study buatkan aku biol *wengs!



setting: bilik rumah sewa yg bersepah
talent: aku
kala: tengahari yg dingin

August 22, 2009

ramadhan tiba lagi.kalian pose ke neh?:D


"selamat menyambut bulan ramadhan!!"
^____________^




p/s: jgn ponteng2 taw! hehehe..

August 18, 2009

rama2.terbang kamu?si perempuan mao mengikut

gesekan biola merdu
tembus menusuk saraf2 beku
hati mula ada depresi yang dingin
mao berlari ke angin


lalu si perempuan itu mendengar melodi bintang jatuh
di dadanya berombak
kesetiaanya padu
hati mula merindu


onar si matahari maseh lagi kuat
memegang tanpa ada mao melepaskan
si perempuan lihat ke matahari
dia palingkan wajah dek teriknya membahang
dia hanya berdiri kemudiaannya
maseh lagi hanyut mendengar melodi asyik dalam kekangan hati yg bermusim


si perempuan ada senyum tersungging di bibirnya
dia perhati
dia melihat
dia mendengar
dia berdansa


kadangkala akan ada rasa yg menyucuk senak paru2 muda
kadangkala jiwa terlalu ghairah utk girang seharian pula
kadangkala juga si perempuan tidak tahu utk merasa apa


jiwa yg terlalu kabus
ada getar yg tidak gentar



ahh..nampak sudah rama2 itu terbang!
mao si perempuan ikut

August 11, 2009

baluti kami si bayu segar,kau jadi saksi

ini satu hari yg biasanya aku akan mendambakan ia.
kepenatan juga acap kali x akan bisa jejak jika ada si bayu segar yg akan sambut kalian dari seluruh ruang abstrak.
infinitikan diri dalam ruang kalian sendiri.
maka bila dipandang telus dari satu hati sayang, tiba2 akan terpalit senyuman yg plg manisssss utk dikenang-kenang. *hehaaa senyuman itu bukankah satu sedekah!* ^_________^




x wujud hatta satu motif pown entri ini.barangkali kesukaan yg tiba2 dilemparkan kepada aku.berlindung di balik deraian ketawa & penghiburan bersama mereka2 yg kalian gelarkan teman2 segila sekepala.waima patot dijadikan hari ini sebagai sejarah kerana mungkin esok2 kau akan sedih, tapi waktu itu kau akan ingat maseh ada hari ini yg kau sukakan.boleh begitu? ;)




mari..aku perkenalkan.piccie satu- cik reeNa & cik atIe :), piccie dua- cik aHda & aku si gila :), piccie tiga- cik diELa & cik aYu :)

oke..

entri hari ini tamat degan jayanya ;) (yucksss..poyo giler weh!)

August 8, 2009

tongkat

wahai anak2 sekalian alam..

kamu.anda.kalian.
malahan aku juga.

ilmu itu rupa-rupanya penongkat diri
bila hilang tongkat itu, maka terjelepuklah kita ke atas lantai
sakit?
tapi malu itu lebih lg kita rasa bukan?

aku x mao bilang & aku x mao omongkan berapa byk ilmu aku di sini
aku ertikan bila dibandingtara org lain, bila bicara mengenai ilmu, aku terlalu kecil seperti zarah
betapa aku ini amat jahil pada sesuatu yg mungkin org lain sudah lama tau, hanya aku yg terkial-kial mencari makna

sepertimana aku yg biasanya melakukan, aku juga punya ego utk berpura2 tau akan sesuatu
betapa aku henyakkan di dalam pemikiran aku, tersangatlah tidak 'kewl' nya bilamana mereka2 yg lain berbicara rancak,hatta kau sorang saja tidak ertikan apa2

sepertimana aku yg biasanya melakukan, bila aku tidak cernakan apa2 yg mereka2 fikirkan, waima aku suka utk mengangguk2 bersetuju biarpun aku tau aku ego

sepertimana aku yg biasanya melakukan, bilamana ilmu itu mencari, aku yg mencari jalan utk pergi nun jauh di ceruk & aku akan katakan .. "ahh busanlah.aku x ada minat"

ego.
malu.
bongkak.

adat manusia dungu seperti aku

*sigh*

kadang-kala aku rasa aku ini bertuah
setiap kali aku tersilap melangkah, aku tiba2 akan tersedar
langit itu bangkit membisikkan kata2 chentanya pada aku
Allahhuakbar..
Allah itu Maha Besar!

sesungguhnya Ya Allah, kau Maha Mengasihani & Menyayangi insan jahil seperti aku

..........


semenjak aku tidak lagi tinggal di kolej, semenjak menjadi non-resident (NR)
tempat aku & kwn2 lain beristirehat ialah di surau atau masjid

zuhur
waima, selalunya akan dikerjakan berjemaah
sudah 2,3 kali perkara ini..perkara yg sama berulang

suatu masa
ada seorang si polan solat di sebelah aku,saf belakang sekali
ada selang beberapa jarak antara si polan dan saf di depan
aku fikirkan dia juga berjemaah, waima kalau dia tidak bergerak bagaimana aku mao bergerak
rupa-rupanya si polan itu tidak berjemaah pun tapi niat solat sendiri
setelah 2 waktu terus dia meninggalkan saf & aku bergerak 3 langkah utk merapatkan saf (itu yg dibenarkan bukan?)
kwn aku di sebelah bergerak menuruti aku,tapi yg di sebelahnya terus berdiri kaku hingga ke akhir solat
putus saf..
aku & kwn terlongo
solat jadi tidak kusyuk
kenapa si polan solat di tempat org berjemaah?
& mana mungkin solat berjemaah sedangkan safnya tidak dirapatkan

suatu masa lain
semua sudah merapatkan saf, imam sudah takbiratulihram rakaat pertama
datang si polan terus masuk ke saf belakang & solat
tapi si polan bukan mao berjemaah, niatnya bersolat sendiri
solat dengan pantas kerana merasakan ianya perlu utk mengisytiharkan diri bersolat sendiri
waima utk apa kau masuk ke saf belakang?
datang 5,6 orang yg lain semua terlongo kerana si polan tidak menginzinkan mereka utk berjemaah
nampak x kebodohan si polan?
dia sudah merugikan org lain yg sememangnya mao berjemaah

suatu ketika
datang si polan ayu bertudung litup, aku rasa geng2 TLC (tudung labuh clan)
selalu juga rasa malu pada mereka
pakaian sopan menutup aurat, jauh lebih baik dari aku yg selalunya tergelincir aurat
kemudian dia buka tudung
haruman semerbak mengisi ruang masjid
hapak.kepam
okeeeey!
sejahil aku yg mmg jahil, rasanya kebersihan dituntut dlm Islam
sbb itu perlu dijaga luar & dalam.kan?
mana mungkin menghadap tuhan, tunggang terbalik solat sedangkan diri tdk bersih & suci

............

wahai kamu.anda.kalian.
malahan aku juga.

ilmu itu tidak memandang siapa pemiliknya
ilmu itu tidak sekali membanding-tara antara kau & mereka2

kalau tiada tongkat kita, berjubah & berserban juga tidak sama sekali membayangkan alimnya
apa kita pasti kita tidak akan terjelepuk ke atas lantai?
apa kita yakin tongkat kita sudah cukup utuh utk menggalas beban selamanya?

kadang2 kita akan rasa terlalu malu utk mengakui kita jahil
tapi kita x sedar mungkin jahil kita akan membunuh yg lainnya

kadang2 kita akan rasa terlalu bongkak utk mencari tongkat yg berguna
tapi kita x sedar tongkat itu yg menyuluh kita

& kadang2 kamu.anda.kalian.
malahan aku juga.
kita akan rasa terlalu ego utk memiliki sebatang tongkat itu
sedangkan kita tidak sedar siapalah kita tanpanya


p/s: aku hanya manusia yg dungu.ada salah kata aku di sini, aku berterima kaseh pada kalian yg mencantas supaya aku x selamanya dungu itu.










August 3, 2009

helooo 22! gud bye 21! *winkwink* :D


weee..~ pat mkn kek! nyum2 :P
cik aaina & inchek pon2 :P



owh..tolong jgn bt aksi ini di khalayak rmai oke! haha :D


cik nud & inchek arie ;P


cik nud & cik aaina (again?) :P

................

aku akan merindukan sgt2 usia 21 aku..gud bye utk selamanya! sekarang sudey tue.. hohoho :D heloooo 22! mari kita hug2 bersama! ^_________^

even though sebenarnya da lmbt gilak aku post entri neh tapi aku na jgk post sbb aku mmg sengal.eheh.. cik nud, GFF since high skOOl.kebetulannya bufday nud 13 Julai & bufday aku 21 Julai, so kitorunk decide na celebrate bufday same2.eceyh walhal mmg every year pown dgn nud jela aku slalu celebrate bufday pown =.=' dis year len sket sbb dpt sambut bufday rmai2.yeayyyy!~ aku na berterima kaseh sgt2 kat inchek pon2 utk kek & adiah yg kamOo bg ya! suka suka suka! ;P

aku na berterima kaseh daun keladi juge pd smua yg wish bufday aku taw taw!! even korunk wish jew x kesah oke sbb aku rasa terharu sudi jgk korunk na ingat.. sayang korunk triple! *winkwink* ;P

July 27, 2009

dua ceritera dlm 1.maaflah serabut

satu.dua.tiga.empat..lapan?
errr..x kirala brapa saat sekalipown
persoalannya pernah x kalian rasa buhsan gler na mati?
terpisat-pisat dari siang
da jadi mcm hopeless person yg baru putus chentan *auch!*

how i wish kalau aku bole jd mrs.smith bt terjun gaya x cuak langsung2 dr tingkat atas bangunan ke kan..
well.. *angkat2 kening*
since aku duk rumah flat,kemungkinan na buat tu mcm bulehhhh jew.yekew?
sekurang2nya adala aktiviti brutal sket dari terperuk dlm rumah

neh semua pasal cuti midterm yg tiba2 uitm na selaraskan kat seluruh kampus
aku ingat blk rumah weekend jew
skali!

...........

ring ring

"aaina tau x kita cuti smp ahad dpn?"
reena yg merangkap cik housemate aku call..

"huh..celah mana pulak dpt cuti?

"cuti midtermla.kan ada uitm tutup sbb H1N1.so na selaraskan all campus"

"sewius?!confirm ke neh?betul confirm?"

"yup confirm.na mntak tlg belikan tiket bas buleh?takut sold out babe rmai serbu"

"owh..wokeh2.tarakhal"


& dari saat itu sampaila skrg oke..

................

bapaklaaa bowink nyer!! *juling mate*

lappy tarak.
na layan muvie dolu2 dvd hancus.
novel da lapuk.

abes ape yg tinggal?
owh..trima kaseh maseh ada tv kesayangan mak abah aku!

online?
aku semenjak dua menjak neh da jarang online. (saja na kasitau)
maispes sudey pown dibubarkan.
bila ada yg menyapa,aku sahut smbil ketawa..
"aku dah tua kowt.layan maispes dari muda jenuh ahh"

alah..
in fact rmai pown yg da stop maispes ke frenster ke sebabnya dah ada facebook.
skrg zaman sudey berubah la dey!kan?

hmmm..
tapi x smua org la jgk ertikan satu kata tu.
anjakan paradigma.
perubahan.

sinopsis nyer secara drastik atau tidak ia berlaku, apa kesah kowt.
janji berubah atas dasar mao memperbaiki,mao jadi lebih baik.
susah sgtkah mao menerima yg baek?

owh..yelah.
aku lupa manusia itu buleh saja beri pelbagai definasi.
sedang sudah tau panas terik patot pakai payung, buleh juga ditafsir..
"hey gewdick sgt.panas dunia pown x buleh tahan.panas akhirat?"

x fikir pulak kalau orang tu ada penyakit kulit sensitif macam mana?
biasalah tu.
mulut manusia.

patotlah fynn jamal terpekik melolong..
kalau kau fikirkan orang sampai bila?
..
sesungguhnya manusia itu bagaikan serigala
..

nah..
sebab itu aku bilang dalam entri sebelum ini
kalau rasa ingin merasa,buat saja sebelum kau terasa
terasa menyesal bersebab kau x lakukan atau terasa sebal kerana manusia2 serigala yg mengadu domba yg tidak2

acap kali
kalau ini berlaku..kalian pedulikanlah!
x kan kemana
berbicara tinggi melangit pown satu hari perlu jejak tanah & cium bumi jua

*senyum*
m just one person who realize dat i shud put my feet firmly on the ground before i fall

July 13, 2009

bangkit ikut langit

kali pertama mengisi ruang abstrak jingga
aku ini menaip kata2 yg tolol
aku rasa sgt hati aku yg ragu2 samada kata picisan aku bisa relevan sama bumi
entah2 dimuntahkan sama langit?
sejenak yg aku terkial-kial itu aku terus saja menaip
tutup mata.pekakkan telinga

kemudian kali itu
buat pertama kalinya aku sentuh kembali diari2 lama
sudah kemana saja letaknya aku tidak hirau
bisa aku gelak sundal sama tulesan aku yg lepas2
ahh..sialan kata2 budak hingusan ada apa :)
tapi yg aku jeling2 mungkin tiap apa katanya luncur dari bening hati dingin aku kala itu
rasa seronok yg tiada menipu
rasa bodoh yg menyucuk kalbu
rasa hangat ceritera yg dahulu
aku menjadi penghulu nun jauh di hulu aku

bagus juga ya?
feelin good about yourself
aku x tipu
setaranya merasa diri bagus dalam dunia sendiri setelah kau merasa terlalu jerih sama hidup
bilamana kau rasakan diri kau terlalu menyongsang
kau akan cuba mencari lubang lain utk kau lupakan kelam itu
ini aku yg bilang
si polan sang polan aku x ertikan pendapat mereka
entah kalian rasa?;)

yang ini juga aku bilang
kalau rasa ingin merasa,rasa saja sebelum kau terasa
peluang x akan datang selalu

sudah termaktub:

buat sebelum kau tua
buat sebelum kau sakit
buat sementara masih ada ruang

waima,kalau peluang sudah tiada jangan pula kau sesalkan
agaknyanya mungkin kau yg tidak bangkit tika langit pinta






July 12, 2009

expecto patronum



aku mulakan kalam aku dgn senyum selebar alam! ^___________^
<>

agaknya alam byk gamit aku kembali ke alam maya.kemalasan aku menebeng & aku rasa jari jemari sudah terlalu kaku.lappy dipandang sepi.hanya byk meneleku menonton vcd yg aku sudah berulang kali putarkan.di mana magis ayat itu?the patronus words into which i need to find indeed my happiest memoir back to the real world of mine.. owh pjg sgt ayat aku kowt! ;D tah betul atau tidak grammar.aku bilang saja hentam keromo!




aku kira aku perlu cari satu kebahagian utk aku pahatkan dlm hati & minda.aku perlu utk hirup udara segar alam itu & aku gumpal utk menjadi seorang yg lebih magis.(err..perhatian: aku mungkin sudah byk terpengaruh sama harry potter.tapi aku,aku..dia,dia ^_^) bagus juga akhirnya aku dpt cari satu peluang utk ke hulu sedikit dari kota,waima aku dpt secebis memori yg lebih indah di sana.aku snap bang bang piccie ini.piccie yg buhsan aku tau! tapi hati aku teringin.. ;)






mak& her besan oke :)

kolam anak ikan keli








aku yg mengembang =.='




p/s: aku akan lawati bloggy kalian ya!;) maaf aku x tgglkan komentar lewat waktu ini!perlu sedikit kerajinan lagi.aku akan,insyaAllah :)