June 18, 2009

notis

aku baru habes test.
isnin mendatang final exam.

bermain2 di awanan.
sementara maseh ada ruang.
syurga!
nantikan kepulangan aku ;)

June 15, 2009

satu anak kecil

anak kecil..
hari ini dia bermain tanpa rasa
dunia tidak pernah sedar kehadiran seorang dia
sama seperti dia ghaib dari pandangan mata
gembira & gelak tawa

anak kecil..
hatinya mulus persis fikirannya yg belum menduga
tiap gerak gaya melentok mesra & manja
lantaran masa yg tiba2 mengengsot pergi
anak kecil itu
tiada lagi fikiran yg sama
hatinya maseh mulus wahai sahabat
namun tidak lagi polos dan jujur
ya,apa erti keduanya perkataan itu buat dia?
mencipta propaganda sehebat naskah shakepeares?
atau mungkin keduanya perkataan itu sudah jadi kaca
bila2 saja terhempas maka terlihatlah aslinya

tapi anak kecil..
jiwanya sudah berbeza
cubalah dia utk menjauh sedalam-dalam yg mungkin
mengecil diri di balik gemersik angin
kerana baginya
bila hilang hembusan angin itu
selamatlah jiwa
selamatlah gelodak yg menggila

satu anak kecil wahai sahabat..
dia mengintai rasa yg sempurna
bukan pengecut,bukan bakhil,bukan pemendam
dia cuma takut pada yg tidak2
dia tidak mao lagi mencipta keperitan dahulu
lebih2 lagi dia tidak mao sesiapa menjilat pedih itu

anak kecil..
berlari2 dia mengejar
dia nampak sinar pelangi di hadapan
di impikan sinar pelangi yg bisa hapus segala rasa
tapi dia juga tahu dia terkubur
dia tahu dia tidak akan tegar
sebenarnya dia juga tahu sekali itu dia akan rebah
tapi tidak buat yg lainnya
tapi tidak buat yg lainnya

mengertilah wahai sahabat..
satu anak kecil itu hanya mendamba yg abadi
telah dia titiskan gugusan air hangat tanpa sedar dari jiwanya
dia tersedak, menggumam air yg kelat
arakian maseh juga dia pertahankan
hapuslah tolong hapus air kelat
jangan kau tumpah lagi di pertemuan suara itu

June 5, 2009

aku mao berkongsi rasa

aku x tau kenape blog aku ada masalah skrg.tool box utk upload piccie & edit2 text smua sudey hilang.m wondering if m da only yg ada dis kind of kesengalan or org laen pown sama jgk? tapi jgn wisau,biar pown aku x buleh nak buat blog aku jd kalerful,kalam aku maseh terus bernafas :) maaf kalian utk kecacatan yg aku mensampahkan ini!

............

dua tiga kala ini, jiwa aku ada macam sedikit menggila.mungkin sbb itu juga kalam2 aku jadi sgt rumit utk kalian pahamkan.
tapi x apa.aku bukan mao kalian utk meneka.aku sudah cukup suka kalau ada antara kalian yg sudi menjengah, hatta utk baca sepintas lalu sekalipown.sebenarnya,tiap apa yg aku riwayatkan di sini semuanya atas dasar imaginasi aku,khayali aku, apa yg aku cernakan dr sudut pancaindera aku yg naif.lihat saja kala aku menules entri pelukis buta,aku senyum utk baca tiap apa yg kalian coretkan dr sudut pancaindera kalian sendiri :)

hey..
tiap2 org itu bukankah ada mata yg berbeza, hati yg berbeza.
tiap2 antara kita punya roh yg sendiri.. ya?
ditafsirkan apa2 saja yg dilihat,disentuh,dipegang,dijulang,merasakan,dirasakan.
aku cuma mao kalian tau,apa2 saja yg kalian pikirkan, maka itulah.

ada yg tanyakan aku apa maksud di balik kalam aku itu.
waima, aku berkeputusan hari ini utk berkongsi apa yg aku rasa.
pelukis buta adalah seorang aku cuma.


lukisan yg bercorak itu
bahawasanya contengannya hanya biasa

aku ini kadang2 juga tidak teguh akan rasa yg ada pada diri sendiri.
aku juga sama mcm kalian2 di luar sana.
punya keinginan,punya perasaan, punya sikap keanak-anakan.
aku cuma manusia biasa.itu.
contengan yg sama kelihatan pada tiap2 seorang kita.
tiada yg lain, melainkan kita mao merubahkan diri kita utk menjadi yg lainnya.
itu sudah Allah nyatakan dari azali.
siapa kita?
hidup berpeleseran hanya menumpang seketika jua bukan?
tapi itulah, tiada apa yg lebih rumit dr utk memahami diri & kehendak hati.
aku bukanlah baek mana.
selalu saja melakukan dosa bersebab mengikutkan kehendak.
kadang2 aku tergelincir.
kadang2 aku saja menggelincirkan diri aku.
seteguh mana seorang aku itu, di dalamnya hanya manusia biasa2.


sang pelukis berlagak primadona
menyusun atur langkah persis dewa

tiap apa yg aku mao lakukan, aku mao buatkan supaya ia menjadi apa yg aku mao
aku keraskan hati gah seolah-olah aku org tersohor
sang primadona yg x pernah khuatir akan apa yg dilakukannya
dewa kayangan yg disanjung dipuja kerana dewa adalah dewa
bersebab dia hebat
bersebab dia punya pengalaman berganda dari org yg baru2 bertatih
bersebab dia mmg sudah ditancapkan dlm fikiran menjadi itu
aku mao tanpa segan-silu membuat apa yg aku sukakan
menules itu misalnya sudah sebati dlm jiwa
walau ayat aku seakan sampah sekalipown
waima aku tebalkan juga muka sbb aku x hidu ia menjadi merah di pipi
tapi menjadi sesuatu yg aku banggakan
samalah juga arakian aku lakukan apa2 saja yg aku berkehendak dlm hidup aku



wujus suara entah dari mana
lalu bertanya di balik kata
"sudah kau bungkamkan hati kesuma?"

realiti penghidupan
ironiknya kita tidak hidup berseorangan di muka bumi ini
kita tidak akan sama sekali punya citarasa yg sama, hatta kau & kau itu adalah sepasang kembar seiras sekalipown
suara itu acap kali menebeng lalu mengubrak-abrik perasaan kalian
setelah kalian yakin, dia lontarkan persoalan..
"apa kau pasti yg kau tidak songsang?"
"apa kau benar mao lakukan itu?"
"kau bodohkah? kau jangan buat itu & ini"
"alaaahh..aku x yakinla si polan itu dpt lakukan seperti ..."

*senyum*

waima kalau itu yg terjadi.. apa harus kalian lakukan?


sang pelukis tidak hirau wujudnya kata
pada laungan itu baginya hanya bisikan

kerana bagi aku..
kalau sudah ditanam di hati maka pedulilah,hey pergilah semua yg membingitkan
aku mao menjadi diri aku
walau ya aku tau aku manusia biasa
walau ya aku tau aku hanya berlagak persis primadona & dewa kayangan
aku cuba utk jadikan ia hanya satu bisikan, yg kalau aku tdk dgr dgn sempurna
maka hapuslah ia selamanya dari jasad


tangannya melukis kanvas putih di hadapan
buta hati & perasaan
nah..
masih juga dia melukis firasat itu

sara musfira bilang sama aku..
"pelukis itu kuat.aku suka"

aku sgt berterima kaseh kerana sara, kau ertikan pelukis itu & perasaannya :)
aku hanya cuba utk bangkit
be icy.neva get melted still
mengeras bukan maknanya aku terlalu degil & membongkak
aku hanya mao buktikan kalau aku polos melakukan yg tiada dosa pada perkara itu
hatta seharusnya aku teruskan saja kaseh aku yg menggunung
tiada cacat-celanya utk aku menjadi sang pelukis yg terus melukis bersebab itulah kasehnya dia
semestinya aku butakan hati & perasaan dari laungan suara2 sialan
aku ini hanya mao mencorak penghidupan yg aku pilih atas jalan sendiri
kanvas putih yg masih kosong tanpa garisan abstrak
bahawasanya aku ini hanya seorang aku yg mengikut firasat
jika garisan lukisan aku membengkok..
maaflah kerana mungkin itu satu pengajaran yg harus aku cernakan yg tdk sempurna itu menjadi lurus di kemudiannya

ahah..
mana mungkin manusia biasa2 ini menjadi sempurna!
kan? ;)

June 4, 2009

si dungu

gendang itu berlagu lagi
tidak cukup tidak utk ungkap berhenti
hati rapuh lalu bilang pada si dungu..

"kau ini aku rasakan kelakar"
"apa maksud kau?"
"kau ketawa tapi sumbang"
"tapi aku tau kau gembira"
"ya..aku berdansa dgn girang"
"habes utk apa kau nyatakan yg sulit?"
"sebab aku x berpihak pada yg songsang.rohku jua rohmu.berkongsi nada yg sama.alunan itu x dtg selalu,kau tau bukan?"


hati rapuh senyum sarkastik
acap kali si dungu juga tau dia ikut senyum sama hati rapuh
kabus tebal tiba2 selubungi
perlahan-lahan si dungu undur utk dia beradu & bermimpi

tolong rindukan aku!

jun..jun..jun..
bawu jun mao menjengah blog.
owh tolonglah kata kalian rindukan aku!
sbb aku juga sgt2 rindu utk menules, berangan, berimaginasi & seperapuan apa2 saja di sini..
selamat tinggal sepi!
kalam aku telah kembali ;)

April 22, 2009

pelukis buta

lukisan yg bercorak itu


bahawasanya contengannya hanya biasa


sang pelukis berlagak primadona


menyusun atur langkah persis dewa


wujud suara entah dari mana


lalu bertanya di balik kata


"sudah kau bungkamkan hati kesuma?"



sang pelukis tidak hirau wujudnya kata


pada laungan itu baginya hanya bisikan


tangannya melukis kanvas putih di hadapan


buta hati & perasaan


nah..


masih juga dia melukis firasat itu


April 12, 2009

bilang saja hari2 yg berlalu

satu kata yg amat besar bagi aku sekarang.
mcm kiamat kerana aku ini amat mengecil di sebut-sebutnya.
final exam sudah tersedia utk dilalu jalan itu.
langkah saja yg belum.
aku lalu membilang hari2 yg berlalu mcm anak kecil membilang bilangan gula2 yg dibeli di kedai Ah Keong.
ahhh..kalian doakan aku ya!:)

& juga barangkali aku tidak bisa update selalu lagi bloggy ini.
utk kesekian kalinya.
bisa kalian tunggu aku?
x mao?
oke.x apa..
*rajuk munchung sedepa*


...............







hey hey..
tiga venus telah berjanji setia!
akhirnya bintang jatuh bisa lagi bersama menongkah melodinya yg x hapus.
kali ini coretannya lebih menarik kerana bukan satu, bukan dua, tapi tiga. ;)
aishh..tapi aku ini terjelepuk di antara dua hati.
satu hati kata, aku harus hadir pada majlis nikah ex-rumate aku di kedah.
satu hati lain kata, aku terus mungkin x akan lagi temui 3 venus di kehadapan.
itulah.
aku kurang gemar memilih.
jadi bagaimana ya kalian?

chentaku tertinggal pada si kembang pinky


lagu dewa berkumandang..
"duhai kekasehku ..
chentaku tertinggal di Malaysia "

lalu sayang2ku sekalian ..
chentaku turut tertinggal pada si kembang pinky ;D
harap maklum.
tajuk entri kali ini mmg sgt menggewdickkan diri aku.
ini pertama kali aku mao mendedahkan diri aku memakai si kembang pinky.
pink? blausy?
oke.. aku akui ini sudah jadi agak banyak sedikit gurlish.. (apakah ayat aku?)
*euuww* which is i hate to do.
but i did! hehooo..



aku kini berasa sgt heaven ;)
again..m home!
study week seminggu oke.niat asal x mao balik.memandangkan semua pown beria-ia balik ke kg halaman jadi aku ikut tidak buleh menahan kata hati utk balik juga.kalian usahlah menyalahkan diri aku.salahkan housemate aku sekalian jelatanya.mereka yg memaksa aku! errr..pada housemate yg membaca ini bloggy sile jgn halau aku keluar rumah no. 15A ke rumah 15B.aku tao 15B ramai jejaka hawt a.k.a inchek *ehemm ehemm* (maaf terpaksa disensoredkan)

pulang ke rumah tujuannya utk menghiburkan hati aku yg lara.terlalu byk stress di uitm. (aku sewius neh!) waima menjelang final yg bakal tiba, aku berkeputusan berjalan2 membeli brg sedikit & menemui wajah kwn2 yg disayangi.sob3..malangnya mereka terlalu bz.aku hanya ketemu sama ex-ruumyku cik azie adyda yg jelita *winks* ;) & bf beliau inchek hissan.

pemergian aku mulanya di klcc.aku menunggu dgn sabar kedatangan mereka berdua walaupown perut da berbunyi lagu scremo.utk hilangkan "perasaan" itu hatta aku pergi ke kinokuniya.tempat wajibul gunnah sbb kinokuniya best.xda sebab laen.sambil belek buku, "apakata snap bang bang pixto?" berkatalah aku dlm hati.. hasilnya aku dapatlah snap2 si kembang pinkyku.ahaa dgn niat utk tunjukkan betapa aku khusyuk membaca sebenarnya. *ehemm* hasilan pixto yg tidak kemas dari aku jadilah seperti di atas utk tatapan kalian para blogger yg dikasehkan oleh aku. ;D



setelah lamanya aku menunggu rupanya azie stuck dlm train ktm.perhatian..aku mmg benci gler naik ktm! sebabnya x perlu dijelaskan, kalian pasti tau kenapa kan? how i wish i have my own car rite now. =.=' waima x jadi ketemu di klcc berpindah pula ke mid.titik pertemuan di kl sentral.aaaa mmg windu gler sama azie!!! kami makan2.kami jalan2 cari pasal.i bought my stuff.
she's lookin 4 her dress.tawaf satu mid then aku balik rumah.curfew sebelum maghrib oke.tapi terlajak kul 8pm bwu smp umah.pastilah abah aku membising & aku pura2 tdk dengar.terima kaseh pada mak yg membela anaknya ini.heee..
enough of the seperapuan.
next entri aku akan cuba jadi lebih sewius.
neuron otak aku sekarang hanya fikir utk bermain-main.
:)


April 7, 2009

aku rasa, parent aku lebih cool.yekew?





itu hari, bila aku balik menyapa rumah..aku tiba2 punya ide gila utk menyelongkar kembali tiap2 pixto album parent aku yg dolu2 sewaktu mudanya.aku buka & lihat satu2.owh & kalian.. barulah aku sedar mereka jauh lebih cool dari aku si anaknya. mak aku sexy wei! haha.. aku pasti parent kalian begitu juga kan? berfashion ala2 60an.. berseluar long-bottom.rambut seperti alleycats barangkali?ataupown saling x tumpah mcm A. Rahman Hassan? :D aku kira fashion abah aku dah ada gaya mcm bittersweet pown ada.ngeee dasatnya abah!


nak dibanding-tara aku ini mmg jauh berbeza.abg & kakak aku juga x seperti mak & abah. barangkali zamannya x bisa sama.hatta fashionnya juga jadi ikut tidak sama.yekew?cuba kalau aku beritahu sama mak sekarang,aku ingin pakai skirt atau blaus sexy yang serupa, ada mak aku akan bagi kebenaran? huh..kirim salam laa.silap2 aku kena backhand! =.='


tgh ralit perhatikan pixto..tiba2 abah aku berdiri di sebelah.aku dah agak dah abah aku neh mesti sibuk nak tau aku buat apa.& dia gapai pixto2 yg aku sudah asingkan keluar dari album.kemudian dia sengih2.


aik?! *angkat2 kening*


dalam hati.. "okeee (5 harkat)..dia dah nak start enjin"


dah kata dah!abah aku bersuara..
"neh kau nak buat apa dgn gambar lama mak kau pakai skirt neh? keke.."


"adalaa..nak buat projek" jeling sket2 muka abah aku.

abah belek2 lagi."kenape gambar mak kau jew byk?gambar abah ada dua jew,yg x nampak muka pulak tu.x acilaa"


"ish..gambar abah byk2 mane buleh.x best x best.." *gelak jahat dlm hati* :D


"kau letakla gambar abah byk sket.haa gambar yg neh masa abah kat kg neh. (merujuk pada gambar ke-3 di bawah) abah pinjam camera tuk mat.camera dia bagus buleh zoom jauh2,yg muncung dia pjg2 tu"


aku rasa abah rujuk pada camera slr.woa giler cool! abah pown dah merasa pakai cam tu.aku?=.=' tah bila mao merasa!sob2.. see..aku sudah bilang.parent aku jauh lebih cool drp aku kowt.



& lepas tu jew...



abah aku mengadu sama mak gara2 aku ambil pixto mak aku yg sexy.
hailaa..abah neh.suka kantoikan projek aku! *juling mata*







mak aku ofcozlah bikin muka terkejut.dia tanyakan pada aku..
"laaa.. (4 harkat 1/2) nak buat apa amek gambar mak?"


utk kaber line aku gelak sket.sket jela. "saje jew.nak sebarkan kat internet.ON PANAS gambar2 neh.dpt duit byk.kan!kan!" bwu aku gelak terabur.isk x senonoh!


errr..betul pown kowt.kan aku dah letak dlm internet sekarang.heee sowieee mak!! (mcm mak aku baca blog aku pulak kan) :D konklusinya entri ini.aku menyatakan bahawa aku x cool mcm mak & abah aku. *ehemmm*x buleh jadi neh.satu hari nanti kalau anak2 aku pulak yg belek pixto aku bagaimana? x bestlah kalau xda pixto aku yg cool.x bestlah jugak kalau aku xda cerita cool yg mao aku kabarkan pada anak2 aku.


waima..nampaknya aku kena bertafakur utk memikir jln penyelesaian.



*bertafakur*




*bertafakur*



noktah ini entri.





p/s: maaf aku sibuk memikir.jumpa on next entri oke oke?:D


............


owh2..sebelum ini aku ada janji kan sama kalian utk upload pixto zaman tadika aku dolu2.tapi rupa2nya aku hanya ada satu gambar saja.itu pown masa hari graduasi tadika.disebabkan mak aku sudah frame & aku malas mao curi pixto itu, jadi aku gantikan dgn pixto aku masa darjah satu ya! ^__________^































April 6, 2009

sewius aku benci biawak!!

rumah aku sekarang da jadi mcm zoo.
biawak sebesar alam, bukan sekor aku rasa satu famili biawak da bermaustautin kat sini.
waima, kami tadi berkeputusan menelefon inchek bomba.
terima kaseh pada mereka.
dlm masa 5 min datang menyerbu rumah melakukan operasi membanteras biawak durjana.
hailaaaa... malangnya si bapak & mak biawak x dpt ditangkap!
tau x aku da menjerit 44x hari neh! =.='
yg dpt tangkap anak dia yg kecik jew.

ya ampun..
elok jew bomba da balik.
sekarang mak biawak buleh bertenggek atas dinding bilik mandi.
gaya aci lepaklaa konon.
hey biawak kau ingat kau lawa kew aku nak tgk muka kau hari2 kat bilik mandi aku.
kau ingat best kew maen chak2 aci sembunyi dgn aku..
isk..
saket jantung!
sewius aku benci biawak!!

April 5, 2009

hati muda.dambakan satu chenta


chentakan aku.
bersebab.
aku juga dambakan chenta.
satu chenta aku.
x bohong.
kata2 aku mainan chenta aku.
& itulah chenta aku.
untuk madahnya.
biar hiperbola,biar diksi,biar metafora, biar apa2 jua.
aku hanya menules apa yg terlintas di hati,di akal.
waima kalamnya walau songsang bagaimana sekali pown tetap aku lakarkan juga.

kalian mengerti?
aku menules kerana aku suka.
bukan mengolok-ngolok benda yg tidak wujud.
bukan juga membesar-besar perkara yg tiada wujudnya.

hey sayang..
kalau aku selenggarakan kata aku terlalu melangit.
maaflah kerana aku barangkali buat kau sengsara utk memahami.
itu mainan jiwa aku.
hati muda.
hatta aku dambakan satu chenta aku itu.
chenta utk menules!

persisnya anak ini dilahirkan sebegini.
aku adalah seorang aku yg tidak buleh aku tukarkan menjadi si zainab atau si fazilah.


*ketawa*


kalian mao tahu?
kadang-kala hati aku ini sgt berjauh.
teriaklah aku..
"aku x punya apa2!!"
aku tiada apa2 utk org pandang aku supaya aku menjadi besar.
aku tiada apa2 utk org ingat2 pada aku.

sudahnya.
aku akan memikir.
aku akan merajuk.
& rajuknya hati aku itu akan aku sampaikan pada lagu2 klausa yg aku tules.
aku ambil diari aku.
(sebenarnya sekarang hanya kertas A4 bergaris kerana helaian bukunya sudah habis aku conteng dgn karutan yg tah hapa2)
ya.diari itu sudah jadi sahabat terbaik.
waima aku contengkan saja apa2 yg terbuku.
segala rajuk.
segala sangsi.
segala cemburu.
segala angan.
segala amarah.
aku puas bila aku lakukan chenta aku.
satu2 harta yg aku pegangkan.
kalau aku bercerita pada org x mungkin semua akan mengerti.
kalau aku ceritakan pada org, x mungkin semua mao mendengar.
kalau aku ceritakan pada org,lama2 dia pasti akan buhsan juga.


*senyum sumbing*


hanya sekali seumur hidup, aku pernah mao mengirim diari aku pada seseorang.
kala itu aku sudah terlalu putus asa.
aku sudah puas menangisi.
jadi aku mao dia tahu apa yg aku x terluah pada dia.
aku bilang pada diri.
aku x mao menules lagi selepas ini bila aku sudah hilang sahabat terbaik aku.
hilang rasa chenta itu.
aku sudah matikan chenta aku utk dia yg x mengerti.
lama2 aku batalkan niat.
terbatal kerana aku lupa utk memberi pada dia.
arhh..bodoh aku ini bukan?

kalau aku hilangkan chenta aku.
siapa lagi yg mao aku chentakan.
syukur juga aku x beri pada dia.
diari itu yg sesekala aku perhati maseh berbalut kertas bercorak.
yang aku x sentuh pown.
entah mengapa.
.................

epilog:



hati rapuh..
kalau kau ikut aku lagi.
aku bicara sama kau dalam mimpi aku ya!
aku karangkan mimpi itu menjadi satu chenta.
dambalah aku chenta itu sampai aku mati.

April 4, 2009

aku suka pada inspirasi

aku benar lama saja kiam.
adalah dua tiga org yg bertanya mana pergi seorang aku?
ayat penyata mereka2, lama menyepi.

*senyum*


sekurang-kurangnya aku tau.
ada juga yg mao mengambil peduli.kan?:)


satu perkara.
perasaan addict sama bloggy harus aku abaikan saja.
sesekala aku singgah ke rumah ini melihat apa2 yg patot.
aku sebenarnya mao berterima kaseh pada kalian yg mengikut.
sungguh aku berterima kaseh!
lama ingin aku katakan.
sbbnya tiada apa2 pown di sini maseh sudi kalian ikuti.
*sigh*
& harus juga berterima kaseh pada yg meninggalkan reaksi hangit, walaupown ceriteranya sudah lagi x hangit.
basi barangkali! ahah..


hey..berlegar2 ke sana ke mari.
aku suka pada inspirasi yg senyap2 mao menyapa.
piccie di bawah aku sukalah.
ini hasilan kawan aku.
aku rindu utk snap bang bang piccie seperti itu.
aku rindu lagi sama awan yg lama aku x bertegur sapa.
mana2 jua,aku acap kali kenang2 saja.
tangan aku kena bekerja lebih keras utk perkara lain kala ini.
arhh..penantian itu selalunya satu penyeksaan.
inspirasi yg ada juga bisa hapus macam debu.sayang..




harapnya aku akan ada lebih masa.
harapnya inspirasi melekat pada aku sampai tiba masa itu. :)


p/s:hailaaa.. entah apa aku melalut dlm entri neh!


March 16, 2009

gadis cengeng malaya

helooooo kalian...

aku dgn penuh dramatik & semangat mao menaip entri hari ini.mood duka pergilah engkau!hanya maokan yg ceria supaya aku bisa tersenyum saban hari.hahaha.. :D (gelak gaya sin chan, sungguh x senonoh)

well my dear...
*angkat2 kening*

sesudah habis baca ini entri silelah jgn ketawa kuat sama aku ya!:D

dengan senang hatinya aku ceritera.

alif ba ta mula!

ingat x masa kita mula2 masuk sekolah dolu2?:) sesetengah antara kalian mungkin mulakan sesi persekolahan lebih awal kan? i dunno..4 tahun,5 tahun? aku neh lambat.usia 6 tahun, itulah pertama kali aku dengar perkataan tadika.time aku dolu..err masa 1993 lah lebey kurang, mmg smua spesis kat area rumah aku terus masuk tadika kemas jew.da 1 and only tadika yg ada kat kawasan kem tentera sg. besi.harap maklum abah aku bukanlah tentera tika itu oke walaupun dia bekas tentera.masa aku lahir abah aku dapat tender meniaga kedai runcit dlm kem tentera 1 RAMD (Rejimen Askar Melayu Diraja).jadi aku mmg dilahirkan dlm suasana ketenteraan. kononlah tabah & kuat mcm tentera kan,tapi x pown! ahah :D

hari pertama pegi tadika.mmg sgt2 takot! tapi seronok pown ada.pkai baju kotak2 merah dgn kain warna biru tua.pastu bwk beg galas corak katun2.buleh kata smualah nak katun2 include pencil box, bekas air, pensel, pemadam segala bagai.haha cumel jew pkai camtuh kan mase tadika.aku tader piccie lah nak tunjuk sama kalian sbb smuanya kat rumah.ntlah aku update kemudian piccie aku mase tadika okie ;D

berjalan pergi tadika dgn mak aku.tekedek-kedek pagi2 nak daftar.alah 5 min jew dari umah sebenarnya.heee.. masa tu yg dibuka utk belajar cuma ada 2 kelas.satu cikgu mah handle & satu lagi cikgu yah handle.cikgu mah cumel, baik hati,senyum jew semedang walaupown badan dia agak berisi.cikgu yah pulak serius garang walaupown dia kurus kering.err kalian paham kan ayat aku neh? maksudnya aku suka cikgu mah yg cumel,bukan pada cikgu yah yg sedikit tidak cumel berbanding cikgu mah (ehemmm..ayat kaber line) .mmglah kan mula2 tuh buat gaya aci tarappappaaa..layback jew gumbira senang hati.mak temankan dari awal smp habes sesi salam suai kenal watsoeva tu.

esoknya.. hailaaa! =.='

"uwarrr..nak balik! nak balik!" sampai berdiri atas kerusi utk tunjukkan protes.

aku tak taula kenapa aku sedey giler masa tu.mak x ada,abah x ada mcm x sempurna jew hidup.kalian pernah merasa kekosongan di jiwa?nah..itulah yg aku rasakan! *eceyhh poyo jew ayat* :D satu hari suntuk tu aku nanges x berhenti sampailah da nak balik mak aku ambik baru berhenti nanges.kira okela kowt kalau aku nanges first week sekolah tu kan..heh tader maknanya! sampailaa setengah tahun kowt barulaa aku buleh update mind aku utk suaikan diri dgn kawan2 tadika & environment sekolah.

oke..x abeh lagi ceritera neh.
hehhh..! (utk kali keduanya)

bukan takat sampai tadika jew aku jadi gadis cengeng.wabak neh melarat sampailaa aku masuk darjah 3.aku ulang, darjah 3 oke! *malu malu* setiap kali pertengahan penggal yg pertama jew mesti muka akulaa yg menanges x benti2.dah mcm2 cara cikgu aku pujuk, pengawas sekolah pujuk,abah aku siap datang temankan kat sekolah, & ada sekali tu pengetua siap offer nak lantik aku jadi pengawas.warhh rasuah u! tapi x aku hiraukan semua itu.hahaha giler gewdick :D aku nak perhatian?errr x jugak aku rasa.*garu2 kepala yg x gatal* tulaa pelik, sampai skrg pown aku x tau kenapa aku nanges.haishh..

hatta, aku seterusnya dinobatkan sebagai gadis cengeng terbaik malaya.x pernah2 nyer budak sekolah menanges seteruk aku.bila balik sekolah elok jew pulak gelak ketawa, mkn x hengat dunia.mcm nak sekeh jew kepala sendiri,kasi bikin malu empunya diri sendiri.heeee.. =.='

owh aku seperapuan saja hari ini!x ada ayat2 gramatis yg membikin kalian susah hati utk paham.setuju?;D

March 13, 2009

sisterhOOd award


The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show "Attitude and/or Gratitude"
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you

............

aku telah dianugerahkan award ini oleh cik afy sufy..thnx muchi muchii dear!!

^______________^ *senyum lebar dpt award neh*

10 person aku anugerahkan kalian award yg sama:

  • cik iela
  • cik dyan
  • cik icha
  • cik niemah
  • cik miera
  • cik fithot
  • cik sara
  • cik peanut
  • inchek syahir
  • inchek ady

tahniah pada kalian!! yg laen aku anugerahkan award laen di laen masa okie!

*winkwink* ;)

March 12, 2009

sehari aku dengar chef wan celoteh!

setting : lecture hall
talent : semua yg terlibat
kala : hari 11.bulan 3.tahun 2009

semalam hati aku berbunga riang.chef wan mai dik non!:D

plg teruja aku rasa of cozlah macik2 cleaner (sbb sanggup berhenti keja menyelit tgk chef wan),lecturer2 wanita, & tak ketinggalan para suami yg tiba2 berminat pada chef wan. *ehemm* aku ingatkan perempuan jew yg berbunga hati mao dgr celoteh si chef wan tu.waima,satu lecturer hall itu dipenuhi warga kampus yg bersorak-sakan menyambut ketibaannya si dia.

dari awal sem sudah diberi tugasan oleh lecturer aku,subjek personal development.our job is to arrange a seminar & secara sukarelanya aku jadi one of the biro yg bertugas on that day.sukarela bermaksud "dapat markah lebih"..sbb tulah aku sukarela mao jadi biro jemputan & pendaftaran oke oke!:D nampak sangat aku kerja x ikhlas!errr..

sesungguhnya kalian..chef wan itu seorang yg amat sempoi,klakar,& bercakap aci redah dia jew sampai aku ketawa overdose tahap maksimum.maaflah ya pada sang kakak di hadapan aku yg menjeling setiap kali bunyi ketawa aku keluar.x cool lah akak neh,nak ketawa pown x buleh!haish..tapi yg plg penting actually da point yg dia nak sampaikan.berceriteralah dia al-kisah kehidupannya dari kecil sampai sekarang.kalau dihayati di hati,kau akan bisa jadi sebak pada tiap bait patah katanya.he's delivering it with humour but indeed it is full of deeper meaning.aku mengkagumi dia, pertama, kerana dia bisa bercakap selama 2 jam tanpa noktahnya cuma sesekala berhenti meneguk air mineral.kedua, selama 2 jam itulah dia sentiasa bergerak dgn penuh energetik ke sana ke mari,tangan mendepa-depa, melompat-lompat..ya ampun, sgt bersemangat! itu baru 2 jam pada sesi pertama.sesi kedua, 2 jam lagi dia berceloteh.di mana ya dia serap tenaga sebegitu banyak? & ketiga, dia langsung2 tidak lokek ilmu utk berkongsi apa saja utk dijadikan tauladan.

hermm..waktu zaman hingusan chef wan x seperti sesetengah daripada kita yg mungkin bersenang-lenang saja.kecil lagi,sgt2 kecil.. sudah ditanggung utk menjaga adik2 yg ramai, menolong ibunya menyiapkan ns lemak seawal sebelum subuh, pergi ke sekolah menjaja ns lemak itu, petangnya kembali menolong ibu membuat & menjaja kuih pula.di waktu remajanya langsung2 tidak punya wang walaupun mao membeli uniform sekolah sekalipown.kalian buleh bayangkan dia bilang begini..


"abg pernah curi seluar dalam kwn abg sbb abg nampak seluar dlm tu x pernah dikutip tuannya walaupown sudah berhujan berpanas berhari-hari."


memanglah satu hall gamat dgn ketawa mengekek, tapi ya di hulu hati bisa jadi sgt sebak hatta seluar dalam sekalipown terpaksa dikutip lebihan org.terlalu byk aku rasa yg dia hadapi.chef wan itu x pernah kenal erti putus-asa,malu utk melakukan apa saja yg halal utk mencari rezeki, & sgt2 rajin.perempuan pown kalah.isk..

hampir maghrib baru seminar tamat betul2.itu pown setelah chef wan tergesa-gesa mao ke supermarket sbb esoknya dia & chef florence tan mao ke melaka utk goverment event,related to cooking definitely.jadi selesailah seminar. :D hoyeahhh kerja aku pown tamat! kat bawah aku snap bang bang piccie utk tatapan kalian.x byklah sbb aku kena buat kerja utk tunjuk "konon2 aku rajin kan" & jgk sbb cam aku bila zoom kan piccie jadi pecah.x suke.x suke.semua piccie chef wan yg disnap dari jao x nampak pown muka.so delete jelah! pilih2 ini yg tertinggal.. ^______________^












March 9, 2009

bukan kata hati tapi membesar itu kepayahan

hari ini dalam sejarah.
aku tiba2 tercuit utk menules kembali.
ceriteranya aku hanya membuka.
kemudiannya menutup kembali bloggy aku.
aku fikir2 apa saja yang mao aku palitkan.
nil.
neuron otak sudah membeku.
a great happiness.
indeed a great sorrow as well.
sudahnya atas dua rasa kata hati, aku jadi tdk mao utk membising apa2 di sini.
nanti kalian akan bilang aku hanya org gila yg tdk tahu bersuara.
suaranya sumbang,aite?

membesar itu satu kepayahan yg tiada tolok-bandingnya.
atau aku terlalu memikir?
aku maksudkan aku perempuan jadi aku emosi.
mungkin.
membesar itu suatu yg tiada kesudahannya.
hari2 kita dihadapkan satu hidangan dunia yang baru.
yang harus kita sedar.
yang harus kita santap.
lalu menggumpal sesuatu yg lain,yang lebih nikmat utk dirasa.
nah metafora ini aku rasa cocok sama jiwa aku!

aku kini lebih banyak kiam.
penjenayah picisan yg dolu2 aku x mampu utk buat lagi.
sudah jadi skematik elektronik.
sang ustaz yg tiba2 bertanya soalan pelik sama aku & rakan.
"di mana singa dlm diri kamu?"
apa aku harus jadi singa mengaum tidak semena?
aku jadi terkesima sama soalan itu.
da brave one.
yes.da bold & brave.
which is i find too impossible for me to make it.
susah utk aku mengadun menjadi satu jiwa aku.

kiam aku & bukannya singa mungkin saja begini..

kala dulu tinggalnya aku di sangkar emas.
dijolok.disua.dimanja.
waima tiada apa2 pown yg harus aku risaukan.
kala kini aku sudah kembara mencari makna penghidupan.
sudah kenal jerih.
sudah tidak dimanjai.
sudah mengeluh berjuta kali sama kata hati.
kini aku tahulah membesar itu tidak enak kalau diri tidak utuh.
lalu singa aku di mana ya?

aku rasa aku tau akan jawapannya.
harus singa itu menjadi satu aku.

"hey bangkitlah!"

sampai bila harus kau selindung di balik rasa.
sampai bila harus kau keluhkan hanya satu di antara berjuta.
sampai bila kau mao menjadi pengecut.
sampai bila kau mao mengobrok-ngobrok yg sebenarnya kau tidak seperti itu lagi.

lantas bukan lagi kata hati.
membesar itu merupakan satu kepayahan yg nyata.
berdiri atas diri.
bukan bersandar pada yg lain lagi.
bukan berselindung di kulit siapa2.
bukan juga aku ini anak2 kecil.
kalau aku belek2.
kalau aku usap2.
mungkin saja bisa kepayahan itu akan hapus.
mengapa tidak?

anyway,berada di rumah is heaven.
mencari kembali jiwa yg terbang.
melihat dgn mata hati.
kalau aku lihat hanya lurus itu,bagaimana bisa aku lihat di balik bengkang-bengkoknya.
hatta,maaflah kalau ada msg yg x berbalas.
maaflah kalau ada comment yg dialpakan.
maaflah kalau terlanggar bahu tapi membikin muka mencuka.
maaflah kalau aku hanya memikir aku & mengabai yg lainnya.

x sempurna seorang aku kalau aku sempurna segala.

grow up kiddo!

bangun aku menggeliat.
terpisat-pisat melontar pandangan ke hadapan.
& aku senyum.
masih lagi diri aku yg itu.
tapi aku membesar utk hadapi kepayahannya.
terima kaseh dunia!







March 5, 2009

hutang lagi sama kalian

tagger: syahir suhaimi ! ;)

The rule:
Use Google Image to search the answers to the questions below. Then you must choose a picture in the first page of results, and post it as your answer. After that tag 8 people.


>The Age Of The Coming Birthday















>The place i would like to visit
















>The Favourite Food













>The Favourite Things




























>Nickname I had













>Name Of My Love















>My Bad Habit














>My Wishlist


























tagger: zUHdi ! ;)

A) People who have been tagged must write their answers in their blog.
B) Tag 8 people to do this quiz.
C) Continue this game by tagging 8 other people


1.What have you been doing recently?
notin much.going to classes,outing,working on my asgmnt.gosh m badly want a longer sleep!


2.Do you ever turn your cell phone off?
Yes.


3.What happened at 10am today?
Eerrr.. my dad wakes me up.heee :D


4.When did you last cry?
A few time diz week.owh aku yg cengeng! *ehemm*


5.Believe in fate/destiny?
definitely.


6.What do you want in your life now?
car.


7.Do you carry an umbrella when it rains or just put up your hood?
small small umbrella.


8.What's your favourite thing to do on the bed?
sleeping of coz! :D


9.What bottoms are you wearing now?
do I really need to answer diz? *teett*


10.What's the nicest things in your inbox?
sweet sms from plenty of my frenz ;)


11.Do you tend to make the relationship complicated?
uhhh..i tink I am! Lalala~


12.Are you wearing anything borrowed from anyone?
rite now? na’aahh..


13.What was the last movie you caught?
oke..m losing da track! perhaps..fury?yekew?


14.What are you proud of?
my laugh! grOsss.. c(:


15.What does the oldest text msg in your inbox say?
assalammualaikom.


16.What was the last song you sang out loud?
my choir arabian songs.


17.Do you have any nicknames?
mek nyot,hime,dahlia.


18.What does the newest text say and from who?
from a friend & says “assalammualaikom”


19.What time did you go to bed last night?
11.45 pm.damn tired oke!


20.Are you currently happy?
ain’t so happy.


21.Who gives you the best advise?
my bro.even it’s sweetly hurt & honest.lalala~


22.Do you eat whipped cream straight from the can?
Neva done dat.


23.Who did you talk on the phone last night?
My dad & mom :)


24.Is something bugging you now
yes.my asgmnt! How I wish m da witch! @.@


25.Who was the last person to make you laugh?
Housemate pal.



tagger : nEmO ! ;)

1. Your hp model? model?
Nokia 3320.


3. How many times did your hp get tortured by you?
kalau tejato tu kire tortured kew? :D


4. Which part of your hp u hate the most and why?
mine is cikai one.y shud I hate it?

5. Which part of your hp you like most and why?
da button.

6. What icon do you like the most?
Games.haha :D

7. What else to change to become a perfect hp?
errr..flip hp?

8. You need a handphone because?
For now..calling n messaging.

9. Who bought this handphone for you?
my dad.actually it was him!:P

10. With the total amount of your hp price, what could you buy others than hp?
oladida.~ ada price lg kew hp aku neh?ngeee..

11. Is your hp model popular in the market?
definitely nope!

12. Describe yourself as a smart hp user?
m experto user to da function of calling & messaging.hehe :D

13. How often do u charge your hp?
depends.

14. Estimate, how long could your hp survive?
until m working.dat wud be another 2-3 years oke!

15. Actually are you interested in hp?
not an addict.

16. Are u happy with your hp condition now?
yes.

17. Every morning, what is the first thing u do with your hp?
turn off da alarm :)

18. Imagine someone takes your hp away for 1 day.. What would happens?
borrow my fren’s hp,calling my mom & says “mum,I lost my hp.can I buy a new one?? :D”

19. No hp no life. agree or bullshit?
err..½ bullshit?

20. Tag 6 sexy phone users..
anyone tink yourself sexy?oo yes u can do diz!;)


tagger: nEmO again ! ;)

Rules:
* Go to your photos folder in your computer.
* Go to the 6th folder of photos.
* Go to the 6th picture in that folder.
* Put the picture on your blog and description of it.
* Invite six friends to join the challenge.Link them in your blog and let them know they have been challenged

pixto snap bang bang neh aku amek masa dlm bus.buhsan kOwt! :D


tagger : joker39 ! ;)


1.Berapa Kali Anda Benar Benar Jatuh Cinta? Dan Siapa Paling Meninggalkan Kesan Dalam Hati Anda?
2 kali.ex aku yg lepas. @.@!

2. Siapa Dan Berapa Lama?
siapakah,ex itu barangkali? :D errr..setaun 2 bulan mcm tu lah.

3. Kenangan Paling Manis/Romantik Anda Dengan Mereka? Kenapa?
owh byk2..tapi yg plg sweet aku ingat dia pgg tangan aku da whole day kitorunk date sbb dia kata “I tanak lepas sbb I takut I hilang u & I tanak dat things to happen”. lepas tu hati aku bunga2. :D

4. Kenangan Duka Anda Dengan Mereka? Kenapa?
ofcoz bila bergado sbb tasuke gado2 oke!

5. Perkara Terbaik Yang Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?
aa apa ek?bagi hadiah kowt! haha..

6. Perkara Tak Elok Anda Pernah Lakukan Pada Mereka?
’termarah’ mereka..ngeee..

7. Jika Di Beri Pilihan Dari Kisah Cinta Anda, Siapa Yang Anda Inginkan?
lucas one tree hill..! owh owh tapi dia bukan ex aku! Harap maaf..hee :D

8. Anda Berjaya Mendapatkan Beliau?
disebabkan aku x kawen lagi,mustilah aku x berjaya.. *ehemm*

9. Jika Dia Berada Di Hadapan Mata Anda Sekarang, Apakah Yang Anda Ingin Katakan?
lama x jumpa u! heee.. :D

10. Bilakah Kali Terakhir Anda Menangis Kerana Cinta?
setahun yg lepas.isk.





March 1, 2009

ke hadapan bintang jatuh

bintang yg ikut bicara sama aku

pesan2 pada anak ini

yg ikut utk membangkit sama percayanya fynn jamal pada si bintang jatuh.





p/s:aku sebenarnya tiada apa utk berbicara sama kalian.hatta hanya sekadar menongkat dagu merenung tiub anda.ini terlintas di penghilatan aku.si amatur seperti aku ini hanya mampu mengkagum.

February 24, 2009

tanpa nada

wtf!
hari yg sgt2 down.
aku mao sesuatu.
aku mao hilang.
aku mao kembali kemudiannya tp jadi yg berbeza.
aku mao semangat yg dulu.
aku mao..
& aku mao ia bukan seperti ini.

..............

entah kenapa tah.hari ini jadi hari emosi aku.agaknya sbb smua benda yg sewel smua sedepuk dtg.& wabak mellow sappy wappy tu dah x dpt nak bendung.tadi pown (err..oke supposely smalam) masa taip entri da rasa semangat terbang melayang pergi ceruk mana pown tak taulah.yg buatkan aku rasa nak lompat atas katil & peluk bantal kuat2.jadi over sensitif satu hal lagi.sampai jadi kejadian tadi.. =.='

rumate aku tlg baso & sidaikan baju.since cuaca panas terik,pukul 3 mcm tu baju da kering.aku angkat kain sbb aku da agak ptg sket nanti for sure hujan.& betot pown sangkaan aku.hujan turun lebat giler2! rupa2nya ada satu lagi baju aku yg x berangkat sbb rumate aku sidai kat depan.since she's doesn't mention anytin aku hengat mmg smua baju da angkat.bile tgk baju aku tu basah lenjun kat ampaian, bunyi hujan rintik2 still belum reda, & wabak mellow yg x hilang lagi..isk aku da rasa semacam yg semacam.

plz aaina tahan..tahan..

hati da jadi sebu.muka mmg da toya kowt masa tu,tapi sbb housemate lain nampak aku pegi angkat kain jadi aku pura2 senyum & buat2 nampak cool mcm xda apa2.buat 2 saat lalu depan diorang semua,aku x pandang langsung2 muka satu2.trus pegi toilet sekadar berpura2 nak baso blk baju yg da lenjun tu.oke..dlm toilet air mata tiba2 menitis.aku da x buleh tahan.sgt2 x buleh tahan.walau aku cuba jadi kuat mcm mana pown.walau aku cuba utk jadi iron lady sekalipown,kalau da namanya perempuan..& inilah aku.menangisi.

air mata tak taulah brape byk keluar x berhenti.aku rasa aku duduk dlm toilet almost 1 hour.bukak air besar2,biar bunyi bising so xda sesiapa yg akan sedar aku menangis.lepas tu,lega! mata da merah,suara da serak..naseb baek dapat kaber dari rumate aku.aku rasa dia x perasan kowt! kesian kat dia.kang dia hengat aku marah sbb kejadian baju tu.by fact, xda kait mengait langsung.it juz me & my *wengs* emosi.tapelaa tu.aku da oke neh.oke & super duper cool.kan?
^__________^

................

supposely hari ini (25 feb 2009) hari jadi ex-rumate aku time kat matrik gopeng dolu2.tapi aku x sempat wish dia by msg..maaf yaw dayatkuuu!! :D incaselah kau bace bloggy aku yg tah hape2 neh..i juz wanna say:






HAPPY 22ND BUFDAY BABE..!!!!! :DD



+MUGE PJG UMO+
+MURAH REZEKI+
+HAPPY2 MCM SLALU+
+GRAD ON TIME+
+GEMOKKAN DIRI LEBEY DR SKRG+
+CEPAT2 KAWEN! ^.^+

LURF U MUCHI MUCHI.!! MUAXX!!



February 21, 2009

colorless.ada ia bawa maksud apa2?

aku ini sedang menghadapi krisis kesibukan yg mengalahkan
menteri kabinet.even aku tau menteri2 tu semua mestilah lagi maha sibuk dari aku.& aku tau juga kalian pown facing da same thing baik bagi yg belajar mahupown yg sedang bekerja.itu lumrahlah kan.waima sekarang aku walaupown bukak blog, akan aku baca saja sepintas lalu entri2 kalian.maaf maseh x punya masa yg byk utk tinggalkan kata2 yg bermutu di entri semuanya.nt aku topup blk bila2 yg menginzinkan oke?;)

& sekarang..aku rasa agak stress luarbiasa.blk uma letih lesu mcm nak demam.tapi lepas mandi & mkn, raba rasa dahi aku x demam pown.sengaja mao minta perhatian.jadi aku fikir2 aku kurang supplementlah kowt.taper blk uma nt aku demand sama mak aku mao pegi farmasi beli vitamin buat ubat 'penguat'.lembik semedang jew aku dari dulu smp sekarang.neh da tambah kronik. hailaaa.. =.='

sebenarnya aku nak tules apa neh?mcm da lari dari topik kan!
colorless? tah kenapa aku nak timbulkan isu psl color.hey aku warna purple,kau warna apa? tak.aku x mao tau pown pasal color kalian.it juz dat sesekala aku rasa life aku da colorless semenjak kebelakangan neh.& dlm masa yg sama aku sgt banyak terpaksa sabar & menahan 'color2 persona' org laen.

*senyum sumbing*

da muak juga hidup macam ini. statik tanpa nada liuk-lengkok.hatta aku duduklah saja2 tanpa perlu aku pedulikan & membising keperihalan org laen.pandang & senyum.aku x akan campur hal org melaenkan itu sudah berkait dgn aku.

aku membaca tulesan magenta.tulesan yg mencuit rasa."why we always forget them?you knoe, 'the nice people'.."mmg itulah pown yg terjadi.kalau org terlalulah baiknya,kita hanya akan angguk2.kemudian kita puji dia buat sesaat.tapi dlm sesaat yg laen kadang2 kita terlepas utk bicara.. "oke,kenapa dia baik sgt?mcm ada apa2 jew?" macamlah kita ini nujum pak belalang yg buleh saja mengklasifikasikan niat seseorang.aku rasa x perlu itu semua.cukuplah kalau aku hanya tau yg dia baik.kalau ada ceritera2 lain di belakangnya,itu dulu.ya mungkin sekarang dia tiada lg yg mcm dulu2.ataupown dia sememangnya sama dari dulu tapi mulut org saja bawaan yg jadinya tidak baik.aku x mao jadi bias.itu saja.ringkas.

magenta juga bilang.org2 yg baik itulah yg selalunya akan kita lupakan.which is also true.kalau kita mati di kemudian,katalah esok.agak2 apalah saja yg org akan ingat mengenai kita? da nice thing or the nasty thing? kalau satu itu buruk & kepam, org berulang kali akan membising hal yg sama tanpa memikir yg baik lainnya.susah hidup.ingatan hanya pada yg tdk sempurna tapi sering kali kita terlupa yg tdk sempurna itu yg bisa menunjuk pada kesempurnaan.cth senang,kau mkn bersepah hari ini.nasi berterabur keluar pinggan.itu x elok.kemudian akan dimarah oleh mak,waima esok x akan ulang lagi.cukuplah.makan lain kali x akan sesekali biarkan nasi bersepah lagi.x perlu kan utk mak ulang & ulang lagi hingga jadi isu basi walhal kau mmg sudah x buat.

jadi colorless.menempel pada benda atau keperihalan yg tiada logika.kadang2 aku rasa kasihan pada org yg terlalu baik atau sudah jadi baik dari dulu2nya.sering saja manusia itu akan alpa.tiada yg berubah pown.maseh manusia berfikir & mengenang juga.

......................

al-kisah sama juga akan berlaku pada 'org yg kurang rupa' vs 'org yg cantek tampan'.bukan aku mao mengungkit.bukan sama sekali jadi bias.aku sudah jelas di atas.kau cantek itu anugerah.tapi org laen yg objeknya pada kecantikan semata,hatta itu yg menjadi sengketa.lihat saja mereka2 yg kurang rupa.seringkali akan dilupakan.pejam celik mungkin nama


pown tak akan diingat lagi walhal dia mungkin saja jiran sebelah rumah atau kawan di sekolah yg hari2 kau berselisih bahu.


aku maseh x paham hingga hari ini jika ada situasi ini yg berlaku...


berbual di ym.setelah beberapa kala & dilayan seperti nak x nak.

"ada gambar x?"


"ada"


"mana tak ada pown"


lalu disuakan gambar.kalau gambar itu kejadiannya bagus.molek.anggun.


"cumelnyer! hehehe.. bla..bla"


serta-merta sudah bertukar nada bicara.tiba2 jadi super peramah yg luar biasa.


*bosan*


bukan saja di laman maya.waima di mana2 pown.di rumah,di studio,di pejabat,di kelas,atau di kedai Pak Ramli sekalipown senarionya kalau mereka2 yg lebih cantek tampan akan tersungginglah senyuman dari mereka2 yg memuja & dilayan dgn lebih sedikit dr mereka2 yg biasa2 saja.ini fakta.aku bukan membuat cerita dongeng.kalau kau tdk bersetuju sila saja memberi bicara.aku suka pada ketulusan.


kita ini hidup dalam dunia yg penuh hipokrasi.


aku berkira2 sampai bila ini yg berlaku.org yg biasa2 saja x harus dilayan ramah?org yg baik2 kita lupakan sejarah mereka?maseh lagi mao mengenang yg jahat dari yg tidak jahat?


it really sound silly lah!


& sememangnya aku malas lagi utk bicara apa2.colorless bukan?ada ia bawa maksud apa2 buat kalian?