June 18, 2009

notis

aku baru habes test.
isnin mendatang final exam.

bermain2 di awanan.
sementara maseh ada ruang.
syurga!
nantikan kepulangan aku ;)

June 15, 2009

satu anak kecil

anak kecil..
hari ini dia bermain tanpa rasa
dunia tidak pernah sedar kehadiran seorang dia
sama seperti dia ghaib dari pandangan mata
gembira & gelak tawa

anak kecil..
hatinya mulus persis fikirannya yg belum menduga
tiap gerak gaya melentok mesra & manja
lantaran masa yg tiba2 mengengsot pergi
anak kecil itu
tiada lagi fikiran yg sama
hatinya maseh mulus wahai sahabat
namun tidak lagi polos dan jujur
ya,apa erti keduanya perkataan itu buat dia?
mencipta propaganda sehebat naskah shakepeares?
atau mungkin keduanya perkataan itu sudah jadi kaca
bila2 saja terhempas maka terlihatlah aslinya

tapi anak kecil..
jiwanya sudah berbeza
cubalah dia utk menjauh sedalam-dalam yg mungkin
mengecil diri di balik gemersik angin
kerana baginya
bila hilang hembusan angin itu
selamatlah jiwa
selamatlah gelodak yg menggila

satu anak kecil wahai sahabat..
dia mengintai rasa yg sempurna
bukan pengecut,bukan bakhil,bukan pemendam
dia cuma takut pada yg tidak2
dia tidak mao lagi mencipta keperitan dahulu
lebih2 lagi dia tidak mao sesiapa menjilat pedih itu

anak kecil..
berlari2 dia mengejar
dia nampak sinar pelangi di hadapan
di impikan sinar pelangi yg bisa hapus segala rasa
tapi dia juga tahu dia terkubur
dia tahu dia tidak akan tegar
sebenarnya dia juga tahu sekali itu dia akan rebah
tapi tidak buat yg lainnya
tapi tidak buat yg lainnya

mengertilah wahai sahabat..
satu anak kecil itu hanya mendamba yg abadi
telah dia titiskan gugusan air hangat tanpa sedar dari jiwanya
dia tersedak, menggumam air yg kelat
arakian maseh juga dia pertahankan
hapuslah tolong hapus air kelat
jangan kau tumpah lagi di pertemuan suara itu

June 5, 2009

aku mao berkongsi rasa

aku x tau kenape blog aku ada masalah skrg.tool box utk upload piccie & edit2 text smua sudey hilang.m wondering if m da only yg ada dis kind of kesengalan or org laen pown sama jgk? tapi jgn wisau,biar pown aku x buleh nak buat blog aku jd kalerful,kalam aku maseh terus bernafas :) maaf kalian utk kecacatan yg aku mensampahkan ini!

............

dua tiga kala ini, jiwa aku ada macam sedikit menggila.mungkin sbb itu juga kalam2 aku jadi sgt rumit utk kalian pahamkan.
tapi x apa.aku bukan mao kalian utk meneka.aku sudah cukup suka kalau ada antara kalian yg sudi menjengah, hatta utk baca sepintas lalu sekalipown.sebenarnya,tiap apa yg aku riwayatkan di sini semuanya atas dasar imaginasi aku,khayali aku, apa yg aku cernakan dr sudut pancaindera aku yg naif.lihat saja kala aku menules entri pelukis buta,aku senyum utk baca tiap apa yg kalian coretkan dr sudut pancaindera kalian sendiri :)

hey..
tiap2 org itu bukankah ada mata yg berbeza, hati yg berbeza.
tiap2 antara kita punya roh yg sendiri.. ya?
ditafsirkan apa2 saja yg dilihat,disentuh,dipegang,dijulang,merasakan,dirasakan.
aku cuma mao kalian tau,apa2 saja yg kalian pikirkan, maka itulah.

ada yg tanyakan aku apa maksud di balik kalam aku itu.
waima, aku berkeputusan hari ini utk berkongsi apa yg aku rasa.
pelukis buta adalah seorang aku cuma.


lukisan yg bercorak itu
bahawasanya contengannya hanya biasa

aku ini kadang2 juga tidak teguh akan rasa yg ada pada diri sendiri.
aku juga sama mcm kalian2 di luar sana.
punya keinginan,punya perasaan, punya sikap keanak-anakan.
aku cuma manusia biasa.itu.
contengan yg sama kelihatan pada tiap2 seorang kita.
tiada yg lain, melainkan kita mao merubahkan diri kita utk menjadi yg lainnya.
itu sudah Allah nyatakan dari azali.
siapa kita?
hidup berpeleseran hanya menumpang seketika jua bukan?
tapi itulah, tiada apa yg lebih rumit dr utk memahami diri & kehendak hati.
aku bukanlah baek mana.
selalu saja melakukan dosa bersebab mengikutkan kehendak.
kadang2 aku tergelincir.
kadang2 aku saja menggelincirkan diri aku.
seteguh mana seorang aku itu, di dalamnya hanya manusia biasa2.


sang pelukis berlagak primadona
menyusun atur langkah persis dewa

tiap apa yg aku mao lakukan, aku mao buatkan supaya ia menjadi apa yg aku mao
aku keraskan hati gah seolah-olah aku org tersohor
sang primadona yg x pernah khuatir akan apa yg dilakukannya
dewa kayangan yg disanjung dipuja kerana dewa adalah dewa
bersebab dia hebat
bersebab dia punya pengalaman berganda dari org yg baru2 bertatih
bersebab dia mmg sudah ditancapkan dlm fikiran menjadi itu
aku mao tanpa segan-silu membuat apa yg aku sukakan
menules itu misalnya sudah sebati dlm jiwa
walau ayat aku seakan sampah sekalipown
waima aku tebalkan juga muka sbb aku x hidu ia menjadi merah di pipi
tapi menjadi sesuatu yg aku banggakan
samalah juga arakian aku lakukan apa2 saja yg aku berkehendak dlm hidup aku



wujus suara entah dari mana
lalu bertanya di balik kata
"sudah kau bungkamkan hati kesuma?"

realiti penghidupan
ironiknya kita tidak hidup berseorangan di muka bumi ini
kita tidak akan sama sekali punya citarasa yg sama, hatta kau & kau itu adalah sepasang kembar seiras sekalipown
suara itu acap kali menebeng lalu mengubrak-abrik perasaan kalian
setelah kalian yakin, dia lontarkan persoalan..
"apa kau pasti yg kau tidak songsang?"
"apa kau benar mao lakukan itu?"
"kau bodohkah? kau jangan buat itu & ini"
"alaaahh..aku x yakinla si polan itu dpt lakukan seperti ..."

*senyum*

waima kalau itu yg terjadi.. apa harus kalian lakukan?


sang pelukis tidak hirau wujudnya kata
pada laungan itu baginya hanya bisikan

kerana bagi aku..
kalau sudah ditanam di hati maka pedulilah,hey pergilah semua yg membingitkan
aku mao menjadi diri aku
walau ya aku tau aku manusia biasa
walau ya aku tau aku hanya berlagak persis primadona & dewa kayangan
aku cuba utk jadikan ia hanya satu bisikan, yg kalau aku tdk dgr dgn sempurna
maka hapuslah ia selamanya dari jasad


tangannya melukis kanvas putih di hadapan
buta hati & perasaan
nah..
masih juga dia melukis firasat itu

sara musfira bilang sama aku..
"pelukis itu kuat.aku suka"

aku sgt berterima kaseh kerana sara, kau ertikan pelukis itu & perasaannya :)
aku hanya cuba utk bangkit
be icy.neva get melted still
mengeras bukan maknanya aku terlalu degil & membongkak
aku hanya mao buktikan kalau aku polos melakukan yg tiada dosa pada perkara itu
hatta seharusnya aku teruskan saja kaseh aku yg menggunung
tiada cacat-celanya utk aku menjadi sang pelukis yg terus melukis bersebab itulah kasehnya dia
semestinya aku butakan hati & perasaan dari laungan suara2 sialan
aku ini hanya mao mencorak penghidupan yg aku pilih atas jalan sendiri
kanvas putih yg masih kosong tanpa garisan abstrak
bahawasanya aku ini hanya seorang aku yg mengikut firasat
jika garisan lukisan aku membengkok..
maaflah kerana mungkin itu satu pengajaran yg harus aku cernakan yg tdk sempurna itu menjadi lurus di kemudiannya

ahah..
mana mungkin manusia biasa2 ini menjadi sempurna!
kan? ;)

June 4, 2009

si dungu

gendang itu berlagu lagi
tidak cukup tidak utk ungkap berhenti
hati rapuh lalu bilang pada si dungu..

"kau ini aku rasakan kelakar"
"apa maksud kau?"
"kau ketawa tapi sumbang"
"tapi aku tau kau gembira"
"ya..aku berdansa dgn girang"
"habes utk apa kau nyatakan yg sulit?"
"sebab aku x berpihak pada yg songsang.rohku jua rohmu.berkongsi nada yg sama.alunan itu x dtg selalu,kau tau bukan?"


hati rapuh senyum sarkastik
acap kali si dungu juga tau dia ikut senyum sama hati rapuh
kabus tebal tiba2 selubungi
perlahan-lahan si dungu undur utk dia beradu & bermimpi

tolong rindukan aku!

jun..jun..jun..
bawu jun mao menjengah blog.
owh tolonglah kata kalian rindukan aku!
sbb aku juga sgt2 rindu utk menules, berangan, berimaginasi & seperapuan apa2 saja di sini..
selamat tinggal sepi!
kalam aku telah kembali ;)